20 July 2013

Sinar Harian beri tiket bola percuma hari ini

SHAH ALAM - Sempena kunjungan Chelsea menentang Malaysia pada 21 Julai 2013, pihak Sinar Harian telah menyediakan 400 tiket percuma untuk diberikan kepada pembaca setia Sinar Harian hari ini.
Syarat-syarat untuk memiliki tiket percuma tersebut ialah, para pembaca perlu mengumpulkan 10 masthead Sinar Harian (untuk satu tiket bernilai RM108) manakala lima masthead Sinar Harian (untuk satu tiket berharga RM58).
Selain itu, pembaca juga perlu mengepilkan sekali keratan promosi peraduan ini yang diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 10, 12, 16 dan 20 Julai 2013.
Untuk makluman, bagi 10 masthead, satu keratan promosi peraduan atau lima masthead satu keratan promosi peraduan perlu disertakan.
Tiket boleh dituntut bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari di Lobi Karangkraf Shah Alam.
Siapa cepat dia dapat! Setiap seorang boleh mendapat satu tiket dan jangan lupa bawa kad pengenalan.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Brand Sinar Harian 019-3927202 (Kiki) @ 017-9445799 (Pet Fithry). -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Nuffnag ads