09 July 2013

GURU DITEMBAK MATI DIDALAM KERETA

Panchor Bachok- Seorang guru berusia lebih kurang 40 an ditembak mati berhampiran Sekolah Keb. Beris Panchor, Bachok pada pukul 2.00 Petang. Pembunuh melepaskan 3 das tembakan ke atas mangsa yang berada didalam kereta Mercedes milik mangsa dan meninggal di tempat kejadian.


Kejadian berlaku semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah di Kampung Beris Panchor, Tawang, Bachok. Pemeriksaan aggota forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu.

Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan dan didapati sebutir 1 anak peluru di percayai 38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB utk bedah siasat.
Seorang pekerja kampung, Mohamad Deris, 64, berkata dia terdengar empat das tembakan sebelum keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.
Dia terkejut apabila mendapati kereta Mercedes Benz berada di hadapan rumah ibu saudaranya sebelum melihat seorang lelaki rebah pada bahagian gear kereta itu.

“Saya sempat mengajarnya mengucap dan ternampak kesan tembakan di bahagian badannya,” katanya yang tinggal kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Pemilik rumah, Siti Aminah Abdullah, 53, berkata ketika kejadian dia sedang menunaikan solat Zohor sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat dari luar kediamannya.

“Saya dapati sebuah kereta ada merempuh sedikit bahagian tangga dengan pemandunya dalam keadaan tertunduk,” katanya yang mengenali mangsa kerana sering menunaikan solat di Masjid Muhammadiah, kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Nuffnag ads