31 July 2013

Polis cari suspek kes bunuh pengasas AmBank

Polis hari ini mendedahkan gambar dari rakaman litar tertutup yang menunjukkan seorang suspek dalam kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi pada hari Isnin lalu.
Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, polis Kuala Lumpur menyatakan bahawa individu yang digelar 'Sen Ngan Chai' (Budak Mata Empat) atau 'Jian' itu merupakan suspek utama kejadian tersebut. 

Polis tahan jurulatih anjing isu video hari raya

Polis hari ini menahan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof, yang mencuri tumpuan ramai dengan video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing.

Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.

Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan," katanya. 

Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.

Katanya, Maznah juga memaklumkan bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam. - Malaysiakini

PEMBERITAHUAN PELANTIKAN SETIAUSAHA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

YBhg. Dato’ Abu Bakar bin Othman telah dilantik sebagai Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.          


YBhg. Dato’ Abu Bakar boleh dihubungi melalui alamat dan talian komunikasi berikut :                         

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 
Aras 3, Blok B3
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62526 Putrajaya                         
No. Telefon   :           03-8871 7333 
No. Faks        :           03-8871 7497
E-mel             :           abubakar.othman@spp.gov.my

My Integriti: Elakkan Memberi dan Menerima Hadiah

Makluman dan peringatan kepada semua kakitangan awam terutamanya ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 1998:Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam untuk penerangan lanjut. Adalah dimaklumkan kegagalan untuk mematuhi arahan pekeliling ini boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 kerana ingkar perintah.

30 July 2013

Pengasas Arab M'sian Bank maut, isteri cedera parah ditembak

Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham.

26 July 2013

Anggota tentera maut dipanah petir ketika latihan

Seorang anggota tentera maut manakala rakannya cedera akibat dipanah petir ketika menjalani latihan hutan di kawasan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru, dekat Kota Tinggi semalam.     Mohd Razid Sadiran, 25, dari Markas 6 Renjer yang berpangkalan di Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Azwan Abdullah, 25, dari Markas 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan, dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).    Difahamkan ketika kejadian kedua-dua mangsa bersama 11 anggota lain merupakan pasukan pendahulu bagi membuat persiapan sebelum pasukan lain tiba untuk latihan hutan selama seminggu di situ.

Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013


Skim ini akan berkuat kuasa bermula dari 26 Julai 2013 hingga 11 Ogos 2013. Tempoh pelaksanaan adalah selama 17 hari bagi perayaan tersebut. 
Senarai 20 jenis barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013, iaitu:


Rayuan Sumbangan Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/ Miskin Taman Baiduri

Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/ Miskin Taman Baiduri ingin memohon sumbangan daripada orang ramai bagi merialisasikan visi dan misi Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/ Miskin (RAYM) Taman Baiduri. Sumbangan dari orang ramai diharapkan dapat membantu dalam pengurusan dan pendidikan anak-anak yatim/ miskin di RAYM Taman Baiduri tersebut.
 
    Sehubungan dengan itu, sumbangan orang ramai amatlah dialu-alukan. Semoga bantuan yang bakal diberikan dapat dan melancarkan aktiviti pendidikan di  Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/ Miskin (RAYM) Taman Baiduri.
 
    Sumbangan derma berbentuk Cek/ Wang Pos/ Kiriman Wang hendaklah di atas nama TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM/ MISKIN TAMAN BAIDURI dan boleh juga menggunakan kemudahan seperti berikut :
 
MAYBANK ISLAMIC BERHAD
:
162834034545
CIMB
:
12670005898524
(atas nama TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK
YATIM/ MISKIN TAMAN BAIDURI
CIMB
:
12670000969055
(atas nama PUSAT JAGAAN RUMAH ANAK-ANAK
YATIM/ MISKIN TAMAN BAIDURI

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya 2013 di Festival Ramadhan Putrajaya


sempena Festival Ramadhan Putrajaya 2013, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya bermula 26 Julai hingga 4 Ogos 2013Isnin – Jumaat (12.00 tengahari – 12.00 malam), Sabtu dan Ahad (10.00 pagi – 12.00 malam) bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
   
 
 Rebutlah peluang ini untuk membuat persediaan sempena menyambut Syawal yang bakal tiba. Terdapat pelbagai barangan keperluan  untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan barangan berjenama yang dijual pada harga istimewa!!!Selain berlokasi di Putrajaya, program Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya ini juga dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih seperti dalam bahan promosi yang dilampirkan. Jangan lepaskan peluang ini, datanglah beramai-ramai!!!

20 July 2013

70% Anak Tonton Hubungan Intim Ibu Bapa

Menurut Penolong Pengarah Sektor Sosiobudaya Institut Intergriti Malaysia (IIM) Puan Rohana Yaacob, 70 peratus ibu bapa terutama di luar bandar perlakuan seks mereka ditonton oleh anak-anak.

Penemuan fakta ini hasil kajian Sosiobudaya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.

"Sangat menyedihkan apabila anak kecil dapat melihat perlakuan seks ibu bapa kerana sesetengah rumah mereka terutama golonngan miskin tidak mempunyai bilik tidur"kata Rohana Yaacob seperti yang dilaporkan.


Tragedi letupan kuari di Johor

PASIR GUDANG - Seorang pekerja kilang maut manakala 10 yang lain cedera selepas terkena bongkah dan serpihan batu akibat kerja-kerja meletup batu dari kawasan berhampiran Jalan Bukit 2, kawasan Malaysia Industrial Ester Limited (MIEL) Bandar Seri Alam, di sini, semalam.

Mangsa merupakan warga Nepal berumur sekitar lewat 20-an yang mati di tempat kejadian.
Dalam kejadian kira- kira jam 12.50 tengah hari itu, 14 premis kilang dan 18 kenderaan turut mengalami kerosakan akibat letupan di kuari berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter daripada kawasan kilang.

Sinar Harian beri tiket bola percuma hari ini

SHAH ALAM - Sempena kunjungan Chelsea menentang Malaysia pada 21 Julai 2013, pihak Sinar Harian telah menyediakan 400 tiket percuma untuk diberikan kepada pembaca setia Sinar Harian hari ini.
Syarat-syarat untuk memiliki tiket percuma tersebut ialah, para pembaca perlu mengumpulkan 10 masthead Sinar Harian (untuk satu tiket bernilai RM108) manakala lima masthead Sinar Harian (untuk satu tiket berharga RM58).

19 July 2013

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR - Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan sukarela secara percuma kepada pemilik kenderaan persendirian sempena Aidilfitri mulai 22 Julai hingga 7 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohammed Shukor Ismail berkata pemeriksaan secara percuma itu merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin yang akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan Puspakom yang bertauliah.

Dalam diam Abby Abadi sudah bernikah Tahniah!!!! Abby Abadi & suami.

SHAH ALAM - Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Abby atau nama sebenarnya,  Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Iklan Jawatan Kosong : Kerajaan

Untuk makluman, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (MPIC) telah mengiklankan kekosongan jawatan berikut:
  • Pemandu Kenderaan Gred R3    - 4 kekosongan.
      Iklan dan borang permohonan adalah seperti di lampiran dan boleh juga didapati di laman sesawang MPIC iaitu www.kppk.gov.my atau di:

       Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, 
       Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi,
       Aras 6, No. 15, Persiaran Perdana, Presint 2,
       Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62654 Putrajaya. 

Manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2013.

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya 2013 di Festival Ramadhan Putrajaya

PUTRAJAYA-  Bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) buat julung kalinya akan dianjurkan "Jom Beli Barang Raya@Putrajaya 2013" di Festival Ramadan Putrajaya bermula 26 Julai hingga 4 Ogos 2013 ini di Presint 3 di sini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK). Sebelum ini program yang sama telah dianjurkan di Prresint 2. 

 Jom datanglah beramai-ramai kerana pelbagai barangan murah ditawarkan bersempena Hari Raya yang bakal tiba...!!!!

17 July 2013

Cuepacs: Bonus Aidilfitri satu keperluan

SHAH ALAM – Cuepacs hari ini menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kadar bonus raya yang dicadangkan kongres pada 9 Julai lalu adalah berpatutan dan hanya melibatkan kenaikan setengah bulan sahaja berbanding yang diberikan kerajaan pada tahun lepas.

Alvin, Vivian tak ada akal, kata Tun M

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbuatan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada rusuhan dalam kalangan rakyat.

Harimau Malaya seri, Rajagopal puas hati

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal tetap berpuas hati dengan prestasi anak didiknya walaupun hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang kelab Liga Perdana Thailand, Chonburi FC, malam tadi.

Tegas beliau semua anak buahnya memberi komitmen penuh pada perlawanan itu walaupun sebahagian besar menjalani ibadat puasa.


"Walaupun kita hanya sempat menjalani latihan pusat selama beberapa hari, namun mereka mempamerkan aksi terbaik dan saya gembira kerana pada separuh masa kedua mereka mempamerkan sikap agresif untuk memburu gol pembukaan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.



Kes Dhamendran: Polis dedah identiti suspek ke-4

Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan kes kematian N Dhamendran dalam lokap polis pada 21 Mei lalu.

Pegawai berkenaan, Hare Krishnan Subramaniam yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur juga dikehendaki kerana tidak hadir bertugas tanpa kebenaran sejak 15 Jun.

11 July 2013

Pelakon 80-an didakwa tipu palsukan dokumen

KUALA LUMPUR - Pelakon era 80-an, Putri Salbiah Megat Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan menipu berhubung pembelian empat lot tanah dan dua pertuduhan memalsukan dokumen, tiga tahun lepas.

Bagi empat pertuduhan menipu, Putri Salbiah, 49, didakwa menipu seorang peguam, Ng Miow Hia, 48, dengan memperkenalkan orang bersamanya ketika itu, Maajis Senan, 69, dan Yang Azizah Mohamed Yaacob, 72, adalah Ahmad SK Duis dan Sipah Duis@Sipak Duez.
Ahmad dan Sipah adalah pemilik tanah di Lot 1230, 1231, 1232 dan 1233 di Mukim Rim, Jasin, Melaka.

Artis dicekup tidak puasa

PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.
Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Peniaga bazar Ramadan diingatkan pamer harga

SHAH ALAM - Peniaga bazar Ramadan di Selangor diingatkan supaya mempamer tanda harga di gerai mereka bagi memudahkan pengguna selain mengelak berlaku kekeliruan.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor Azizan Ariffin berkata mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Mangsa mercun buatan sendiri, 2 remaja cedera.

ALOR SETAR - Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka.
Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling.

Mesir-Laman web rasmi Ikhwan Muslmin, Ikhwanonline melaporkan sekurang-kurangnya 40 penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di sini terbunuh selepas polis Mesir menyuraikan himpunan dengan kekerasan menjelang waktu Subuh.

Dilaporkan insiden tercetus ketika peserta himpunan yang sudah berkampung sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh.
Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan. Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Jabhah Ulamak Desak Sheikhul Azhar Letak Jawatan

Jabhah Ulama’ Al Azhar, sebuah badan terkemuka yang menghimpunkan ulama’ Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan padu kepada Dr Muhammad Mursi.

Presiden Jabhah Ulama’ Al Azhar, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) menyampaikan ucapannya di podium utama Raba’ah Al Adawiyah, Selasa malam 9 Julai 2013, menyatakan bahawa tindakan tentera melakukan kudeta merupakan satu kejahatan dan haram di sisi undang-undang.

09 July 2013

GURU DITEMBAK MATI DIDALAM KERETA

Panchor Bachok- Seorang guru berusia lebih kurang 40 an ditembak mati berhampiran Sekolah Keb. Beris Panchor, Bachok pada pukul 2.00 Petang. Pembunuh melepaskan 3 das tembakan ke atas mangsa yang berada didalam kereta Mercedes milik mangsa dan meninggal di tempat kejadian.

Umat Islam mula puasa Rabu ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. - Bernama

08 July 2013

Permit Import Ayam Bulat Dibuka Stabilkan Harga Ayam Ketika Musim Perayaan

SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membuka serta-merta permit import ayam bulat bagi menstabilkan harganya di pasaran, sekali gus memenuhi permintaan yang meningkat sekali ganda menjelang musim perayaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian menggalakkan pengimportan ayam bulat dari negara lain seperti Australia dan benua Eropah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan ayam tempatan.

Beliau juga mahu penternak ayam meningkatkan pengeluaran ayam bulat daripada antara 1.4 juta dan 1.5 juta ekor sehari pada hari biasa kepada 2.2 juta hingga 2.4 juta ekor sehari, pada musim perayaan.

"Selain itu, harga ayam meningkat di beberapa kawasan disebabkan permintaan meningkat terutama daripada syarikat yang mengusahakan makanan segera yang sebelum ini mengimport bahagian ayam tertentu dari negara seperti China.

"Apabila China menghentikan eksport ayam disebabkan penularan wabak H7N9, syarikat berkenaan terpaksa mendapatkan bekalan di pasaran tempatan yang secara tidak langsung menyebabkan harga ayam meningkat ekoran permintaan tinggi," katanya pada sidang media selepas melawat Pasar Tani Stadium Shah Alam di sini Ahad.

Sesetengah peniaga di kawasan Lembah Klang dilaporkan menjual ayam bulat dengan harga tinggi sehingga mencecah RM9 sekilogram.

Mengenai dakwaan ayam dijual pada harga tinggi atas alasan harga makanan ayam semakin mahal, beliau mengakui masalah itu berlaku disebabkan kebergantungan terhadap import makanan ayam dari negara seperti India dan Brazil.

"Sebab itu saya arahan dikeluarkan supaya kajian dibuat untuk kita sendiri menjadi pengeluar makanan ayam, selain agensi di bawah kementerian, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dipertanggungjawab mengadakan usaha sama dengan rakan dagang dari India," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kementerian merancang mewujudkan 500 lagi pasar tani lagi di seluruh negara berbanding 508 pasar tani ketika ini untuk memenuhi sasaran 1,000 pasar tani menjelang 2020.

Mengenai cadangan untuk menukar pasar tani kepada pasar tani harian, beliau berkata pihaknya mempunyai perancangan melaksanakannya memandangkan ketika ini hanya terdapat dua pasar tani yang telah dijadikan pasar tani rakyat iaitu di Jerantut, Pahang dan Larkin, Johor.

Beliau juga berkata sebanyak 42 pasar tani di seluruh negara akan beroperasi setiap hari, sepanjang Ramadan iaitu Pasar Tani Harian, Pasar Tani Kekal, Pasar Tani Borong dan Desaraya dengan menawarkan harga lebih murah.

Katanya, antara produk terpilih ialah ayam standard dan tiga jenis ikan iaitu selayang, pelaling dan cencaru.

"Harga ayam dikurangkan sebanyak 70 sen seekor manakala harga tiga jenis ikan itu pula akan dikurangkan 50 sen kepada RM1 sekilogram. Sementara harga kobis, kelapa, tomato, cili dan timun ditawarkan antara 10 hingga 20 peratus lebih rendah," katanya. - BERNAMA

Program perumahan untuk penjawat awam perlu siap menjelang 2020- CUEPACS

KUALA LUMPUR - Mana-mana program atau projek perumahan untuk penjawat awam yang dirancang kerajaan perlu disiapkan dalam tempoh tiga hingga lima tahun ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata jika tidak, penjawat awam akan menghadapi situasi kritikal kerana sewa rumah dan harga rumah sedia ada akan meningkat.
"Projek perumahan tersebut perlu mempunyai tindakan segera. Hari ini orang bertanya saya bila rumah akan siap, bila boleh nampak bayangan dan bukan lagi tanya di mana projek dirasmikan atau dilancarkan.

"Jadi kita harap sekurang-kurangya pada 2015, projek perumahan untuk penjawat awam telah disiapkan.

"Bayangkan jika sudah berumur 40 tahun baru dapat peluang memiliki rumah, seseorang penjawat awam itu akan dipotong gajinya hingga pencen dan ini akan menyukarkan hidup mereka akibat rumah itu lewat disiapkan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa bahawa 100,000 unit rumah dirancang dibina di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk penjawat awam di seluruh negara.

Jumlah itu termasuk program PPA1M membabitkan pembinaan 10,366 unit rumah di Putrajaya yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, April lepas.

Harga seunit rumah yang ditawarkan di bawah skim itu adalah antara RM150,000 hingga RM300,000 dan keluasannya pula adalah antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi.

Menerusi program itu, kerajaan akan mengenal pasti kawasan-kawasan strategik termasuk di bandar-bandar dan ibu kota untuk memperluas program itu di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar termasuk Sabah dan Sarawak.

Menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara itu, Omar berkata ia menunjukkan kerajaan prihatin dengan nasib penjawat awam yang tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga.

"Masalah rumah ini telah dibangkitkan beberapa tahun lepas. Sampai masa kita perlukan tindakan segera. Ingatlah penjawat awam adalah pengundi setia dan kebanyakan mereka belum mempunyai rumah," katanya.

Mengenai pemaju projek perumahan penjawat awam, Omar menarik perhatian bahawa kerajaan perlu melantik pemaju yang bertanggungjawab agar projek tidak terbengkalai.

Menurutnya umum mengetahui banyak projek perumahan sering terbengkalai disebabkan kegagalan pemaju menyiapkannya dan situasi ini akan menjejaskan lagi masalah dihadapi penjawat awam.

Sebelum ini CUEPACS meminta kerajaan pusat serta kerajaan negeri menyegerakan pembinaan perumahan kos sederhana di bawah RM250,000 kepada golongan penjawat awam yang tidak berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

Menurut CUEPACS, kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih belum berkemampuan memiliki rumah. - Bernama

Festival Ramadhan PUTRAJAYA 2013

PUTRAJAYA- Perbadanan Putrajaya (PPj) buat julung kalinya akan menganjurkan Festival Ramadan Putrajaya bermula 10 Julai hingga 7 Ogos ini melibatkan kawasan Kiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Kompleks PPj di Presint 3 di sini.
penganjuran festival menggabungkan aktiviti keagamaan, perniagaan, pameran dan juga hiburan bercirikan Islam tersebut merupakan konsep yang direncanakan bagi mengimarah serta memeriahkan suasana Ramadan di Putrajaya. Penganjuran festival itu juga bertujuan menyediakan lokasi alternatif kepada penduduk untuk membeli juadah berbuka puasa dan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Setiap hari PPj akan mengedarkan kurma dan air zam zam secara percuma, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula akan diadakan majlis berbuka puasa dan moreh juga secara percuma kepada 1,500 pengunjung setiap hari selain solat tarawih yang akan dipimpin oleh imam terkenal Mesir iaitu Samy Ahmed Abd. Rahman El-Feky. Bagi menghayati Ramadan sebagai bulan memperbanyakkan ibadah, PPj juga merancang mengadakan program-program seperti tadarus al-Quran, qiamullail dan juga tazkirah oleh ustaz dan ustazah popular seperti Haslin Baharim, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Rohidzir Rais dan Fatimah Syarha

http://www.ppj.gov.my/ramadhan/

07 July 2013

Mayat disangka patung

KAMPUNG SUNGAI ULAR - Orang ramai termasuk pengguna Lebuh Raya Pantai Timur gempar dengan penemuan mayat seorang wanita terlentang dalam keadaan tragis dan separuh bogel di Kilometer 41.1 Bukit Besi-Kuala Terengganu, di sini, pagi semalam.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku antara jam 6 hingga 7 pagi berikutan seorang pengawal keselamatan yang melalui lokasi berkenaan sekitar jam 5.30 pagi untuk ke masjid mendapati masih tiada mayat.
Difahamkan, wanita ditemui dalam longkang dengan beberapa kesan kecederaan termasuk di kepala dan dahi tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu dipercayai warga asing kerana tiada suntikan vaksin BCG pada bahunya.

Lebih tragis, ketika ditemui mangsa hanya memakai baju T berwarna oren dan hitam yang terselak serta berseluar dalam.

Mayat berlumuran darah

Pengawal keselamatan berusia 40 tahun yang enggan dikenali berkata, mulanya dia menyangka objek terbaring dalam longkang itu adalah patung dan dia benar-benar terkejut apabila mendapati ia mayat seorang wanita berlumuran darah.

“Kira-kira jam 5.30 pagi, saya menunggang motosikal ke Masjid Sungai Ular untuk solat Subuh dan tiada sebarang objek sewaktu melalui lokasi. Namun, sekitar jam 6.50 pagi sewaktu perjalanan ke tempat bertugas, saya terlihat suatu objek.

“Disebabkan saya mabuk darah, saya hanya memberhentikan motosikal selepas beberapa meter dari tempat kejadian. Ketika itu juga, terdapat seorang pemandu lori yang turut memaklumkan terlihat objek di dalam longkang," katanya yang baru dua bulan bekerja di pondok keselamatan tersebut dan antara individu terawal menemui mayat mangsa.

Menurutnya, pada mulanya dia mengambil keputusan untuk kembali ke tempat bertugas iaitu di pondok keselamatan di Hentian Rehat Ajil bagi mendapatkan nombor telefon balai polis untuk dihubungi tetapi pemandu lori menyarankan supaya terus hubungi talian 999.

Tunggu laporan bedah siasat

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati, orang ramai mengerumuni lokasi dan terdapat sepasang selipar berwarna merah jambu berhampiran mangsa.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Mangsa ditemui tanpa sebarang pengenalan diri dan hanya memakai baju T berwarna oren. Berdasarkan fizikal, mangsa dipercayai berumur antara 40 hingga 45 tahun, ketinggian 158 sentimeter serta berkulit putih.

“Oleh itu, mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu menerusi talian 09-6811222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Johan Tilawah Al-Quran Antaranbangsa ke-55 : Qari dari Indonesia & Qariah dari Maghribi.

KUALA LUMPUR - Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-55 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selama lapan malam berakhir malam tadi dengan peserta Indonesia Dasrizal Marah Nainin muncul sebagai johan qari.

Bagi bahagian qariah, ia dimenangi peserta Maghribi, Hajar Boussaq.

Naib johan qari pula dimenangi peserta dari Iran, Mohammad Mashmoul sementara peserta Malaysia, Anuar Hasin menduduki tempat ketiga.
Sementara Hanimzah Jalaluddin dari Malaysia muncul naib johan bahagian qariah dan peserta Thailand, Natita Manasiya menduduki tempat ketiga.

Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang kepingan emas seberat 350 gram bernilai RM70,000 bersama wang tunai RM40,000, sebuah piala iringan, cenderamata dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir.

Dasrizal yang ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah menyifatkan kemenangannya itu sebagai anugerah daripada Allah S.W.T di atas usahanya selama ini selain dorongan daripada keluarganya.

"Tak ada kata lain yang bisa diungkap atas kemenangan ini yang bukan mengambil masa yang sekejap, dan saya bersyukur menjadi peserta antara yang terbaik," kata pensyarah di Maahad Tinggi Agama Islam Indonesia ini.

Hajar Boussaq, 23, pula menyifatkan pengiktirafan sebagai johan qariah sebagai batu loncatan untuk beliau mengembangkan pengetahun serta kemahirannya dalam bacaan ayat suci Al-Quran.

"Saya tujukan kemenangan ini kepada kerajaan Malik Mohammed ke-VI selain bersyukur kerana menjadi juara dalam pertandingan yang mencabar di peringkat antarabangsa ini," kata pelajaran jurusan Pengajian Islam di Universiti Hamzah II, menerusi terjemahan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Khalid Osman.

Hanimzah pula berazam untuk terus memperbaiki mutu bacaannya yang diakuinya masih mempunyai kelemahan.

"Segala usaha saya tidak sia-sia dan saya berpuas hati dengan kejayaan ini," kata penjawat Jakim ini.

Seramai 43 peserta lain turut menerima hadiah saguhati bernilai RM3,000 setiap seorang beserta cenderamata dan sijil penyertaan.

Para juri berpendapat setiap peserta telah memperdengarkan mutu bacaan yang amat baik serta lancar dengan memelihara hukum tajwid.

Seramai 15 juri dari 10 negara antaranya Jordan, Mesir, Maghribi, Arab Saudi, Lubnan dan Qatar dipertanggungjawabkan untuk menilai bacaan setiap peserta.

Tilawah yang bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' bermula sejak 29 Jun lepas disertai 59 peserta terdiri daripada 37 qari dan 22 qariah dari 48 negara termsuk Sudan, Timor Leste, Mesir, Maldives, Sri Lanka serta Mauritius. - Bernama

Kesihatan: Sedut Lemak Bukan Untuk Kurus

LIPOSUCTION atau bahasa pasarnya sedut lemak adalah proses menghapuskan lemak daripada lapisan bawah kulit pada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan memperbetulkan bahagian bermasalah dan banyak lemak.

Ramai dalam kalangan wanita salah faham dengan berfi kiran liposuction sebagai satu proses menurunkan berat badan sedangkan ia bukan!
Sebelum mengambil keputusan melakukan sedut lemak, anda perlu bersedia dari segi fi zikal dan mental, mesti ada pengetahuan mengenai proses ini dan tahu apa tujuan utama ia dilakukan.

Paling penting adalah mendapat pendedahan daripada doktor yang berpengalaman di klinik atau di hospital.

Kulit terdiri daripada tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan hypodermis.

Epidermis dan dermis merupakan lapisan di mana kelenjar sebum, melanocyte, saraf, rambut tumbuh dan deria sentuh berada.

Lapisan terlibat dalam liposuction adalah hypodermis iaitu tempat lapisan lemak berada.

Fungsi lemak di hypodermis adalah sebagai penebat, insulasi dan penyimpan tenaga.

Dalam proses liposuction, lemak yang disedut keluar adalah lemak lapisan pertama dan lapisan kedua.

Oleh itu, masalah selulit juga boleh dirawat dengan kaedah liposuction.

Proses sedut lemak menggunakan laser boleh dibuat pada mana-mana bahagian tubuh, ia tidak terhad kepada perut dan juga punggung malah boleh dilakukan pada lengan, paha, bahagian pipi dan dagu berlapis dengan kos RM3,000 ke atas.

Pakar pembedahan kosmetik akan memeriksa kesihatan pesakit terlebih dulu bagi memastikan mereka sihat untuk menjalani pembedahan sedut lemak.

Jenis rawatan

Kini terdapat pelbagai kaedah liposuction yang selamat seperti laser liposuctiob, power assited liposuction, vaser liposuctiob, body jet liposuction dan sebagainya yang menggunakan mesin canggih dari negara Itali dan German.

Setiap satu prosedur mempunyai kelebihan masing-masing.

Kebanyakan wanita gemar melakukan kaedah sedut lemak laser lipossuctiob yang boleh dilakukan di klinik estetik sahaja.

Ia kaedah lebih selamat, tidak begitu sakit, tidak memakan masa dan tidak mengalami pendarahan.

Pilihan sama ada mahu menjalani rawatan sedut lemak bergantung kepada jenis rawatan — sama ada membabitkan bahagian kecil atau besar. Secara umumnya, rawatan sedut lemak adalah selamat selagi ia dijalankan pakar yang ada peralatan lengkap iaitu sistem pemantauan (bagi memantau tekanan darah dan nadi), elektrokardiogram (ECG), alat intravena (IV) dan cecair titis sehingga sekurang-kurangnya dua liter.

Prosedur sedut lemak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu menyedut kurang satu liter, satu liter atau lebih dua liter lemak.

Bagi prosedur kecil (satu atau kurang daripada satu liter lemak) boleh dilakukan di klinik yang ada semua kemudahan di atas.

Bagi prosedur besar (melebihi dua liter lemak), disaran dijalankan di hospital kerana bagi setiap liter lemak yang disedut, individu berkenaan kehilangan kira-kira 200 mililiter darah. Untuk prosedur besar (dua liter lemak), seseorang kehilangan sehingga 500 militer darah dan kehilangan ini perlu diganti dengan cecair titis sepanjang tempoh rawatan.

Proses rawatan

Sebelum pembedahan, anda diberi ubat bius (setempat atau menyeluruh). Sebaik ubat bius bertindak, pembedahan dimulakan menggunakan alat penyedut yang dilekatkan dengan kanula (alat besi kalis karat).

Lebihan lemak disedut menggunakan pam penyedut atau jarum besar. Tempoh rawatan berbeza mengikut jumlah lemak disedut.

Selain itu jika berlaku komplikasi akibat penyakit lain, pesakit boleh dihantar terus ke unit rawatan rapi dengan segera untuk dipantau sepanjang masa. Jadi isu lambat mendapat rawatan susulan tidak timbul jika dijalankan di hospital walaupun kosnya lebih sedikit berbanding di klinik.

Jika hendak melakukan liposuction kali kedua perlu tunggu enam bulan bagi memberi peluang tubuh kembali stabil dari semua kesan ubat bius. Anda tidak boleh jalani rawatan sedut lemak berulang kali dalam tempoh singkat.

Dari sudut kesihatan, proses sedut lemak membolehkan seseorang menjadi lebih sihat dengan terhapusnya lemak yang menjadi beban kepada tubuh.

Setelah proses ini, seseorang akan terdorong untuk kembali menjaga pemakanan dan mengawal berat badannya.

Seseorang yang menjalani sedut lemak lazimnya akan menjaga kesihatan ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan berat dan bentuk badan idaman.

Namun, sedut lemak bukan jalan termudah untuk menghilangkan berat badan atau sebagai jalan untuk membuang lemak dengan cepat.

Jalan yang terbaik dan paling selamat adalah dengan menjaga diet dan senaman di samping memperbetulkan ketidakseimbangan hormon.

Menjaga makanan dan senaman memperbetulkan fungsi badan dan menghilangkan berat badan.

LNPT: Markah penuh penjawat awam terlibat aktiviti luar / sukan

Penjawat awam yang terlibat dalam aktiviti luar termasuk bidang sukan sehingga mewakili peringkat kementerian atau negeri akan diberikan markah penuh dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka.
Ketua Setiausaha Negera Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, perkara itu yang akan dibincangkan bersama semua Ketua Setiausaha Kementerian dan ketua jabatan bertujuan bagi menarik minat penjawat awam menyertai aktiviti-aktiviti luar terutama sukan.

"Kita akan berikan insentif kepada mereka dan insentif ini ada pelbagai jenis. Salah satunya ialah saya akan minta ketua-ketua jabatan untuk memberikan kredit tambahan kepada penjawat awam yang terlibat dalam aktiviti luar.

"Kalau dalam penilaian LNPT memang ada lima peratus untuk aktiviti luar tapi kalau sampai ke peringkat kementerian atau negeri...mungkin kita boleh berikan markah penuh atau terbaik dalam kategori itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan menutup kejohanan olahraga Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) ke-45 di Stadium Universiti Sains Islam Antarabangsa, di Nilai.

Beliau berkata, langkah itu juga diharap dapat membantu mencungkil bakat-bakat tertentu dalam kalangan penjawat awam yang seterusnya boleh dimanfaatkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Ali yang juga Penaung MAKSAK berkata, bagi menggalakkan penyertaan jabatan atau kementerian dalam kejohanan sukan, mereka dibenarkan untuk mendapatkan sumbangan dan bekerjasama dengan pihak swasta.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai 'berita gembira' untuk penjawat awam sempena sambutan perayaan hari raya Aidilfitri tahun ini, beliau berkata ia akan ditentukan dan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika ada.

"Sebenarnya dalam bulan Ramadan ini semua penjawat awam akan dapat kenaikan gaji tahunan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, jadi itu sebenarnya ia adalah satu jenis bonus kepada penjawat awam yang mana tahun ini mereka dapat dua pergerakan gaji tahunan," katanya.

-Bernama

05 July 2013

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 8 Julai 2013

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa adalah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Pengumuman tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan 2013 akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengumumkan dan menetapkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti.

Nuffnag ads