14 July 2014

Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya 2014


YB Dato' Sri Menteri PDNKK telah membuat pengumuman bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya 2014 pada 26 Jun 2014 (Khamis) di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 18 jenis barangan harga terkawal .

Skim ini akan bermula dari 20 Julai hingga 5 Ogos 2014. Tempoh kuat kuasa adalah selama 17 hari (8 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 8 hari selepas perayaan) berbanding dengan amalan 15 hari pada sebelum iniPelaksanaan Skim dimulakan dengan lebih awal sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadhan dan menjelang perayaan Hari Raya Puasa 2014.

Antara barangan yang dimasukkan di bawah skim itu ialah ayam hidup, ayam standard, daging lembu tempatan, daging kerbau import, telur ayam, cili merah, kelapa dan bawang merah serta ikan kembung.


EPSA ® - CARA MUDAH MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN BILA-BILA MASA DI MANA SAHAJA


Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2014

Sebanyak 61 buah syarikat akan mengambil bahagian yang melibatkan 176 buah booth. Pelbagai kategori barangan keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri boleh diperolehi. Antaranya pakaian-pakaian berjenama (Nike, Adidas, Villa, Rimba, BGM Polo, Ventilo & Cheva), perabot/kelengkapan rumah, aksesori lelaki dan wanita, kasut/beg tangan (Edwin, Dunrop, Steeple Jack & Body Glove, Santa Babara, U.S Polo, Brushsh Polo,Tracey Star, Redwead Switch), langsir, kusyen, berbagai jenis kuih raya, kosmetik dan pelbagai lagi. Jenama-jenama hebat lain yang turut serta seperti Sorella, Piere Cardin, Felancy,Youngheart, Novelle, Jean Perry & Niki Carms dan pelbagai lagi.
Dapatkan yang terbaik dengan harga intimewa sehingga 80%
Jom beramai-ramai kita ke sana!!!

21 August 2013

Lesen 1.7j senarai hitam trafik mungkin batal

Seramai 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik mungkin dibatalkan lesen memandu jika mereka enggan membayar baki tertunggak saman lalu lintas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan cadangan terbaru itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan keseluruhan Ops Selamat sepanjang penguatkuasaan 15 hari semasa sambutan Aidilfitri.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 17,831 kemalangan dan 258 kematian direkodkan.

"Kita tidak akan tunggu sehingga musim raya akan datang, kita mahu ambil lebih tindakan agresif secepat mungkin," katanya dalam sidang media hari ini.

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013

PUTRAJAYA - Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos, 13 hingga 15 September, dan 2 Oktober ini dijangka menarik tiga juta pengunjung.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sebanyak enam negara menyertai pertandingan kali ini iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia. Pertandingan ini berlainan daripada pertunjukan bunga api biasa kerana setiap pertunjukan diiringi muzik pilihan negara peserta, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, dianggarkan seramai 500,000 pengunjung akan datang ke Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya pada setiap tarikh pertandingan diadakan.

14 August 2013

Lelaki maut ditikam pisau

BACHOK - Seorang lelaki mati ditikam dengan sebilah pisau pemotong sayur di Kampung Daramain Perupok, Bachok di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu mangsa Mohd Nazami Mat Nawi, 29, dipercayai ditikam di bahagian dada oleh seorang lelaki kurang siuman yang disyaki jiran mangsa.

Nuffnag ads