31 July 2012

Kayuhan Sihat Ramadhan ; Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan


Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan akan meganjurkan "Kayuhan Sihat Ramadhan"... "KEMPIS PERUT LEPAS TERAWIKH' Tarikh : 31 July 2012 Lokasi : Putrajaya(20km) Masa Berkumpul: 11.00 malam(lepas terawih) Tempat berkumpul: Dataran Masjid Putra, Putrajaya TERBUKA PADA SEMUA YANG BERMINAT.. PM nama dan no telefon jika berminat ke http://www.facebook.com/pages/KelateNet-Gateh/247943458623995.. NP@www.kelete.net

Setengah Juta MyKad Tidak Dituntut


KUALA LUMPUR: Sebanyak 501,941 MyKad belum dituntut di seluruh negara sehingga 30 Jun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said.
Kesemua MyKad itu merupakan kad pengenalan yang belum dituntut untuk kategori kurang daripada tempoh 18 bulan kad dikeluarkan, katanya kepada Bernama.
Daripada jumlah 501,941 itu, Selangor mencatat jumlah kad pengenalan palingbanyak tidak dituntut iaitu 81,010 kad, diikuti Johor (60,678), Sabah (51,462),Sarawak (50,334), Perak (44,855), Kuala Lumpur (36,602), Kedah (31,102),Kelantan (29,654), Pulau Pinang (26,337), Pahang (23,838), Terengganu (19,639),Negeri Sembilan (18,410), Melaka (15,018), Putrajaya (7,091), Perlis (3,751) danLabuan (2,160), katanya.

Jariah berkata, berdasarkan Peraturan 26 Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2010) Mengenai Pelupusan Kad Pengenalan Yang Tak Dituntut, kad pengenalan siap akan dipegang simpan selama 18 bulan dari tarikh ia dikeluarkan.

"Semua kad akan disimpan oleh mana-mana Pejabat Pendaftaran selama 18 bulan sebelum ia dilupuskan," katanya.

Sementara itu Jariah berkata sehingga 2 Julai lepas sebanyak 1,287 MyKad belum dituntut untuk kategori kad pengenalan tidak dituntut melebihi tempoh 18 bulan dari tarikh kad dikeluarkan.

Katanya, Sarawak mencatat angka tertinggi untuk kategori itu dengan 262, diikuti Pulau Pinang (153), Kelantan (146), Johor (131), Kedah (98), Selangor (97), Kuala Lumpur (86), Sabah (71), Pahang (41), Perak (40), Perlis (22), Negeri Sembilan (20), Labuan dan Putrajaya (sembilan) manakala masing-masing satu di Melaka dan Terengganu.

Menurut Jariah, terdapat pelbagai sebab kad pengenalan lewat atau tidak dituntut antaranya kesibukan pemohon untuk datang ke JPN mengambil MyKad mereka, berpindah ke lokasi lain serta dokumen sedia ada masih elok dan boleh digunakan.

Katanya, untuk kes pemohon berpindah ke tempat lain, mereka dinasihat supaya memaklumkan kepada JPN supaya pihak jabatan dapat menghantar MyKad mereka ke JPNberdekatan.

Jariah berkata, pelbagai usaha dilakukan oleh JPN untuk mengatasi masalah kad pengenalan tidak dituntut termasuk menghantar makluman kutipan kad pengenalansiap atau 'Calling Card' kepada pemohon berdasarkan alamat pada kad dokumenpengenalan diri itu.

"Hebahan menerusi media massa juga dibuat secara berterusan di samping paparan senarai MyKad yang tidak dituntut dalam portal JPN," katanya.

Selain itu, mulai tahun 2010 JPN telah berkerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk menghantar MyKad yang tidak dituntut ke rumah pemohon. - BERNAMA

Kisah Amin Ketua Kumpulan Al-Maunah Sebelum Ke Tali Gantung


Mungkin ada di antara kita tidak lagi mengetahui tentang apakah proses yang diperlukan sebelum banduan akhir dijatuhkan hukuman gantung (LINK). Itu proses, kini ada ada sebuah kisah yang mana ia diceritakan oleh seorang ustaz tentang apa yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama kepada banduan-banduan di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Amin.
Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.

Tiada siapa dapat menduga apa yang sebenarnya berlaku ke atas Ketua Kumpulan Al-Ma’unah. Anda juga dialu-alukan untuk mengkaji siapakah sebenarnya kumpulan ini dan mengapa mereka bertindak mahu menentang kerajaan. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

-Melayukini.net -

Gempar!! Peristiwa Aneh Berlaku Di Malaysia Malam ...


Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.
“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.

Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang. ~jomberita.com

27 July 2012

Khianat : Simbahan Minyak Petro


Seorang penguatkuasa di salah sebuah agensi penguatkuasaan mengalami nasib malang apabila kereta dan motorsikal telah disimbah dengan minyak petrol oleh mereka yang tidak dikenali di rumah beliau pada hari Isnin 23.07.2012 @ 3.30 pagi . Laporan Polis telah dibuat dan pihak polis menjustifikasi kes sebagai Sabotaj ( Khianat ) .

SIARAN MEDIA MENGENAI BAYARAN BONUS SETENGAH BULAN KEPADA PENJAWAT AWAM


25 July 2012

Jualan "Jom Beli Barang Raya@PUTRAJAYA 2012"


Jom Beli Barang Raya@PUTRAJAYA 2012

25-29 Julai 2012 | 10.00 pg-10.00 mlm

Tapak Parkir Kereta bersebelahan Bahagian Perumahan, Kementerian Kewangan & kaki lima bangunan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, Presit 2, Putrajaya

Air Zam-Zam; Tuduhan Liar Seorang Doktor dari Mesir


Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.


Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.

Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.


Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit

Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1) Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2) Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3) Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4) Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam. -Crewfathi

22 July 2012

Meriam Ramadhan


Sebut saja "meriam buluh" teringat masa alam remaja dulu! yang mana benda ini dimainkan bila nak dekat raya. Selepas solat terawih saya dan kawan-kawan bersedia untuk mengegarkan satu kampung. Ye..lah dulu mana ada mercun @ bunga api mancam sekarang.
Di bandar suci Makkah sebut kata "Meriam Ramadan" sudah menjadi kebiasaan bagi penduduknya mendengar bunyi tembakan meriam sepanjang bulan Ramadhan sejak 50 tahun lalu. Yang menariknya selagi tidak mendengar bunyi tembakan meriam itu para penduduk Makkah tidak akan berbuka. Selain itu Meriam Ramadhan (teletak di Gunung Meriam atau Jabal Al-Midfa) juga digunakan untuk menandakan waktu Imsak dan permulaan bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramdhan 120 tembakan dilepaskan iaitu sekali untuk tanda berbuka, sekali untuk mengejutkan penduduk supaya bersahur dan dua kali sebagai tanda Imsak. Mengikut rekod sebanyak 6,000 tembakan sudah dilepaskan.

Nuffnag ads