28 August 2010

Duit raya RM500 kakitangan kerajaan dibayar pada 1 September.


Kuala Lumpur- Menurut Jabatan Perkhdmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan,seramai lebih 1.2 juta kakitangan awam yang layak terdiri daripada pegawai tetap, kontrak, sementara, sangkut, guru sandaran, sambilan dan pegawai yang bercuti separuh gaji akan menimati duit raya sebanyak RM500.00 pada 1 September nanti.

Manakala pembayaran bagi pesara melaluai sistem pembayaran bank pula akan dibayar pada 6 September dan bagi pesara yang dibayar melalui waran akan diposkan sebelum tarikh 6 September. Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.00 bagi perbelanjaan sebelum musim perayaan Aidilfitri nanti

27 August 2010

SENARAI BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN (3 hingga 17 September 2010)


1. Ayam hidup

2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal)-RM6.35/kg(borong)/ RM7.20/kg(runcit)


3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)-RM7.20/kg(borong)/ RM8.05/kg(runcit)

4. Daging lembu tempatan -RM16/kg(borong)/ RM20/kg(runcit)


5. Daging kerbau tempatan -RM17/kg(borong)/ RM21/kg(runcit)


6. Daging kerbau import (India) -RM12/kg


7. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji) -35 sen/biji

8. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) -34 sen/biji

9. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) -33 sen/biji

10. Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk
kubis Beijing) -RM3.20/kg

11. Cili merah -RM3.20/kg

12. Tomato-RM4/kg

13. Kelapa biji (borong sahaja)-tidak ditetapkan

14. Kelapa parut (runcit sahaja)-RM4/kg

15. Santan (sajaha runcit)-RM3.20/kg

16. Kacang tanah import-RM6.50/kg

17. Bawang merah kecil (India)-RM4.50/kg

18. Ikan kembung (8 hingga 11 ekor sekilogram)-RM9 hingga RM11/kg

Skim Kawalan Harga Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010 (SKHMP HRP) 2010


Kuala Lumpur-Menteri Perdangagan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan harga maksimum borong dan runcit Skim Kawalan Harga Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010 (SKHMP HRP) 2010 sebentar tadi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia,WP Kuala Lumpur. Sebanyak 18 jenis barang diwartakan sebagai barang harga terkawal SKHMP HRP 2010.

Tempoh kuat kuasa SKHMP HRP 2010 adalah 3 hingga 17 September 2010 (15 hari). Pengeluaran lesen bagi menjual barang harga terkawal pada bermula SKHMP HRP 2010 ini dimansuhkan. Ini bermaksud KPDNKK tidak mengeluarkan langsung apa-apa lesen menjual barang harga terkawal seperti kebiasaannya.

menurut beliau, 2 barang baru ditambah pada skim ini iaitu daging kerbau tempatan dan santan. Santan tersebut adalah santan pekat yang tidak dicampur air yang dijual mengikut timbangan kilogram. Manakala, kelapa biji hanya dikawal di peringkat borong sahaja manakala kelapa parut dan santan dikawal di peringkat runcit sahaja. Barang-barang lain dikawal dikedua-dua peringkat borong dan runcit. Senarai harga maksimum tersebut boleh dicapai melalui laman web kementerian iaitu http://www.kpdnkk.gov.my bermula esok.

25 August 2010

Kakitangan kerajaan dapat duit raya RM500


Putrajaya, 25 Ogos-Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500. Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Cuepacs harap bonus lebih tinggi

Dalam reaksi spontan, kongres kesatuan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam (Cuepacs) dan persatuan pesara kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

-Bernama

Lelaki sembelih anak direman di Hospital



KOTA BHARU: “Saya tergamam melihat leher anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami,” kata Nik Suzila Nik Hashim, 32, ibu kepada Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin, 3, yang mati selepas dipercayai disembelih bapanya di Kampung Sungai Keladi semalam. Nik Suzila berkata, selepas menyembelih anak, suaminya yang mengalami masalah mental cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau sama, namun tidak berjaya kerana ditahan polis.
Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, dia dan suaminya, Muhaimin Sauntar, 33, sempat berbual-bual sebelum suaminya mengadu kepanasan dan berjalan ke arah dapur sambil diekori Mohamad Adam Muszahffar.

Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar jeritan kuat Mohamad Adam Muszahffar dan pada mulanya menyangka anak kedua daripada tiga beradik itu terjatuh di dapur.

“Saya segera ke dapur dan terkejut melihat anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami. Saya tak sangka dia sanggup berbuat begitu. Saya mampu menjerit dan makin terkejut apabila suami cuba mengelar lehernya sendiri,” katanya.

Menurut Nik Suzila, turut berada di rumah ketika kejadian, anak bongsunya, Siti Aisyah, 2, manakala anak sulung, Nur Syafikah, 8, berada di sekolah.

Difahamkan, suspek pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya di sini, sebelum berhenti sebulan lalu.

Nik Suzila berkata, suaminya sudah lama menghidap penyakit mental dan sering mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Sudah lama dia tidak mengalami sebarang gangguan mental sehinggalah kejadian semalam.

“Sejak akhir-akhir ini, dia tak mahu ambil ubat kerana menyebabkan dia sakit kepala. Sudah lama penyakitnya tidak menyerang dan saya sangka dia sudah pulih. Namun sangkaan saya meleset,” katanya.

Datuk mangsa, Nik Hashim Nik Abdullah, 64, berkata dia menyedari kejadian itu selepas diberitahu Nik Suzila.

Nik Hashim yang ketika itu berehat di rumahnya tidak jauh dari rumah mangsa menghubungi polis yang kemudian menahan menantunya dan merampas pisau.

Menurutnya, dia menyedari menantunya itu berperangai pelik sejak dua hari lalu tetapi tidak menjangkakan dia bertindak demikian.

“Sukar untuk saya menerima apabila dia sanggup menyembelih anak sendiri memandangkan kedua-duanya rapat selain mangsa satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, Mohamad Adam Muszahffar mati di tempat kejadian akibat parah di bahagian leher.

Direman 5 hari di Hospital

Seorang lelaki berusia 33 tahun yang sedang menerima rawatan di hospital di sini, dikenakan perintah reman berhubung kematian seorang kanak-kanak berumur tiga tahun semalam akibat disembelih.


Pendaftar Kanan Mahkamah di sini, Rashid Mustafa, memaklumkan bahawa mahkamah telah mengeluarkan reman selama lima hari bermula hari ini.

Rashid yang hadir bersama seorang jurubahasa dan seorang kerani jenayah di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 11.05 pagi tadi turut dilihat menemui doktor yang merawat suspek sebelum mengajukan beberapa soalan kepada lelaki itu.


Bagaimanapun suspek yang kelihatan lemah kerana turut cedera di leher akibat tindakannya cuba menyembelih lehernya sendiri, dilihat lebih banyak menggelengg kepala tanpa bercakap. Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sungai Budor dekat sini semalam, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian, manakala lelaki yang menyerangnya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih dirinya sendiri.


Lelaki terbabit yang juga seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kota Baharu itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental.-Bernama

24 August 2010

injak najis pada Jalur Gemilang


JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di sini dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada satu demonstrasi, petang semalam. Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu melemparkan najis ke dalam perkarangan kedutaan melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan Indonesia yang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.
Mereka juga melepaskan najis ke atas bendera Malaysia yang dipijak di atas jalan tempat mereka berkumpul.

Kumpulan itu membawa lima bungkusan najis diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, plastik serta kotak polisterin sebagai ‘hadiah’ untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini memberi ‘najis’ lebih kotor kepada Indonesia.

Tiba-tiba, seorang daripada mereka melempar bungkusan najis ke dalam pagar kedutaan dan najis dilepaskan atas bendera Malaysia yang dipijak mereka.

Demonstrasi itu menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang didakwa merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan, 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.
Ia juga untuk menyatakan kekecewaan terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang didakwa lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu, polis Indonesia menangkap tiga pelaku.
Demonstrasi berlangsung sejam.

Wakil kumpulan kemudian memberitahu wartawan bahawa mereka memberi kata dua kepada polis Indonesia, iaitu lepaskan rakan mereka daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi dikenali sebagai ‘Sweeping Rakyat Malaysia’ itu dirancang dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di sini. - Bernama

20 August 2010

PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)


Putrajaya- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang). Pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.

18 August 2010

Bayi di atas meja

BUKIT MERTAJAM- Seorang bayi perempuan ditemui oleh seorang lelaki yang kebetulan tidak mempuyai anak selepas berkahwin sejak 10 tahun lalu. Bayi tersebut ditemui berbalut kain lampin atas meja di depan sebuah rumah dekat Bukit Minyak, di sini, Ahad lalu.


menurut lelaki tersebut yang berusia 30-an, Bayi berkenaan ditemui sebaik pulang dari masjid selepas menunaikan solat Tarawih kira-kira jam 11 malam dan mengambil keputusan untuk mengambilnya dan menjadikan anak angkat. Namun demikian hasratnya tidak tercapai setelah mendapat nasihat dari keluarga dan rakannya supaya diserahkan kepada polis.

Bayi tersebut telah diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (IPDSPT), Bandar Perda dan membuat laporan semalam. Menurut kenyatan polis, bayi perempuan berkenaan seberat 1.4 kilogram dengan ketinggian 43 sentimeter dan berkulit sawa matang, serta dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan ibu bapa atau individu yang membuang bayi boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

13 August 2010

Pindaan Peraturan Bagi Jualan Murah Berkuat Kuasa Rabu Lepas - Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menguatkuasakan Pindaan Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) Rabu lepas bagi mengelakkan pengguna ditipu peniaga, terutama pada musim perayaan.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mana-mana individu atau peniaga yang melanggar peraturan tersebut, bakal berdepan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan kedua, mereka boleh didenda sehingga RM200,000 atau penjara enam tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, manakala pertubuhan atau syarikat pula berdepan hukuman denda maksimum RM250,000 bagi kesalahan pertama, dan RM500,000 untuk kesalahan kedua.

"Kesalahan-kesalahan itu ialah jika peniaga mengadakan jualan murah dalam jangka masa 14 hari selepas tamat tempoh jualan murah sebelumnya, kecuali tiga jualan murah yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu Jualan Malaysia GP, Karnival Jualan Mega Malaysia dan Jualan Akhir Tahun Malaysia (M-Yes)," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat KPDNKK di sini pada Jumaat.

Beliau berkata peniaga yang ingin mengadakan jualan murah perlu mengemukakan notis 14 hari sebelum tarikh jualan kepada kementerian untuk mendapatkan nombor pendaftaran.

"Peniaga perlu meletak notis jualan murah dan senarai harga barang di tempat yang mudah dilihat di dalam premis jualan murah tersebut," katanya.

Ismail Sabri berkata peniaga juga perlu menyediakan rekod yang benar dan lengkap berkaitan harga barangan dalam tempoh enam bulan sebelum jualan murah diadakan.

Beliau berkata KPDNKK akan mengambil langkah tegas dalam memastikan jualan murah itu melibatkan tidak kurang daripada 70 peratus produk yang ditawarkan dalam sesebuah premis perniagaan.

"Tempoh jualan murah ini juga tidak boleh melebihi 30 hari, dan dua penandaan harga untuk harga terdahulu dan harga jualan murah perlu dibuat," katanya.

Beliau berkata semua peniaga dibenarkan mengadakan jualan murah sebanyak lima kali setahun, iaitu tiga kali telah ditetapkan oleh kerajaan manakala waktu selebihnya mengikut tarikh pilihan masing-masing.

-- BERNAMA

'Dakwa ikut Seksyen 302'

KUALA LUMPUR: Pesalah kes buang bayi kini berdepan dengan hukuman lebih berat termasuk hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan membunuh selepas kes pembuangan bayi diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Kabinet kelmarin memutuskan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas melihat kes berkenaan yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

“Kita sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kerana walaupun pelbagai langkah sudah diambil kerajaan, ia masih berleluasa dan memutuskan agar hukuman lebih berat dikenakan.


“Kerajaan tiada pilihan lain lagi kerana pembuangan bayi kini menjadi budaya di negara kita seolah-olah berada pada zaman jahiliah

“Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat kes ini sebagai kes cubaan bunuh atau jika dengan niat sebagai kes bunuh yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan Perbendaharaan bernilai kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, di sini, semalam.


Menurut Shahrizat, sebelum ini, kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.


“Kini, kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh tanpa niat atau Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh,” katanya.


Shahrizat berkata, sebanyak 241 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak 2008 termasuk 60 kes sama direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.


“Pelbagai langkah dilakukan dalam usaha bagi menangani kes pembuangan bayi sebelum ini menerusi pendekatan kebajikan termasuk mengadakan kempen dan program di peringkat sekolah dan sebagainya.


“Namun, pendekatan dibuat itu nampaknya tidak diambil berat segelintir pihak menyebabkan isu sama berlaku,” katanya.

Katanya, PDRM juga diminta menggunakan kaedah asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.


“Langkah itu wajar untuk membawa pesalah dan pasangannya untuk dihadapkan ke mahkamah serta tidak terlepas daripada hukuman yang sepatutnya,” katanya.


Menurutnya, pasangan yang terlanjur kemudian hamil dan terdesak untuk bantuan dinasihat supaya mendapatkan dengan pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis dan NGO.



“Kita mahu mereka pergi mendapatkan bantuan daripada saluran betul bagi mengelak mereka terjerumus lebih teruk dengan membuang bayi.


“Pelbagai program dan bantuan disediakan bagi membantu mereka daripada melakukan kesalahan berkenaan,” katanya.

Amaran juga turut diberikan kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Padah bohong di mahkamah

KOTA BHARU: Seorang peniaga kedai runcit didenda RM10,000 dan sehari penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku salah memberi keterangan palsu berhubung kes politik wang yang sedang dibicara di mahkamah sama pada 16 Mac lalu.

Hakim Rofiah Mohamad mengenakan denda itu terhadap Mohammad Harun, 51, dan hukuman penjara dua tahun menanti tertuduh yang juga bekas ketua cawangan sebuah parti politik jika gagal membayar denda terbabit.

Keputusan berkenaan dijatuhkan Rofiah selepas mempertimbangkan rayuan peringanan hukuman dipohon peguam bela tertuduh, Zahari Kechik, serta mengimbangi faktor pemberatan hukuman dikemukakan pihak pendakwaan.


“Mohamad, selepas mahkamah mempertimbangkan hujahan peguam kamu, pemberatan hukuman pihak pendakwaan dan mengambil kira latar belakang kamu, maka mahkamah perlu menjatuhkan hukuman wajar.


“Dalam situasi kamu pada hari ini (mengaku salah) mahkamah mengenakan denda RM10,000 dan jika gagal bayar, berdepan hukuman penjara dua tahun dan sehari penjara,” katanya ketika menjatuhkan hukuman.


Terdahulu, Zahari dalam rayuannya memohon mahkamah mengambil kira latar belakang anak guamnya yang mempunyai 10 anak termasuk tujuh masih bersekolah selain pengakuan salah yang menjimatkan masa dan kos mahkamah.


“Tertuduh sekarang menjalankan perniagaan runcit kecil-kecilan di rumah dan menghantar barangan dapur kepada pelanggan. Sekarang tertuduh aktif dalam politik dan pernah menyandang jawatan ketua cawangan sebuah parti politik.


“Anak guam juga insaf dan lebih berhati-hati selepas ini. Mahkamah juga perlu mengambil kira tertuduh memiliki tujuh anak yang masih bersekolah selain akan cuba menghindarkan permainan politik yang tidak sihat kerana menjadi mangsanya,” katanya.


Mendengar rayuan terbabit, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Zakiah Che Mat, menyerahkan kepada budi bicara mahkamah mengenakan hukuman wajar ke atas tertuduh berdasarkan pengakuan salah terbabit.


“Isu dikatakan pihak pembelaan bahawa saksi dipaksa adalah pandangannya semata-mata dan harus dibuktikan sekiranya ingin membuat penyataan sedemikian. Ini kerana sikap sebahagian pihak sebeginilah yang menyebabkan SPRM hadapi masalah di mahkamah seterusnya menjejaskan kes SPRM,” katanya.


Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohammad dari Pengkalan Kubor, Tumpat, didakwa memberi keterangan berbeza berhubung satu kes dibicarakan di Mahkamah Sesyen 2, dekat sini, membabitkan kes Mohd Anuwari @ Mohd Solleh Mohamad.



Mohammad didakwa memberi keterangan pada jam 2.45 petang: ‘Anuwari datang bayar wang saya sebanyak RM400. Dia berhutang dengan saya’, sedangkan pernyataan itu tidak selaras dengan diberikan kepada Penyiasat Syamsul Ariffin Othman.


Ketika pegawai terbabit menjalankan kuasa di bawah Seksyen 22 (8) Akta Pencegahan Rasuah 1997, keterangannya: ‘Encik Anuwari Muhamad datang ke rumah saya. Beliau menyerahkan wang sebanyak RM400 kepada saya. “Saya tidak tahu dari mana dia mendapat wang itu. Tujuan wang terbabit diserahkan adalah untuk diagihkan kepada ketua-ketua cawangan.” Bagi pertuduhan itu, Mohammad didakwa mengikut Seksyen 27 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.


Kesalahan itu, Mohammad berdepan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

08 August 2010

myMetro | Meninggal bagai pahlawan


USUNG... jenazah Hafizie dibawa ke kampung halamannya di Gua Musang untuk dikebumikan.

KUALA LUMPUR: “Sedih memang sedih, tetapi pakcik bangga anak pakcik meninggal sebagai pahlawan,” kata Nik Din Wan Musa, 49, bapa kepada Lans Koperal Nik Hafizie Nik Din, 25, yang meninggal dunia pagi semalam. Menurut Nik Din, Allahyarham anak kedua daripada enam beradik, dianggap sebagai anak lelaki tunggal yang manja dengannya tetapi dalam kerja, dia seorang yang berdisiplin.
“Pakcik reda dengan apa yang berlaku walaupun hati ini sedih. Pakcik mendidik dia dengan penuh kasih sayang, mengajarnya ilmu mempertahankan diri dan mendidiknya cara berdisiplin untuk hidup,” katanya.


Dalam kejadian itu, Hafizie yang bertindak berani mengejar seorang penunggang motosikal yang lari daripada sekatan jalan raya di Bulatan Segambut, gagal mengawal motosikal yang ditunggang sebelum merempuh treler berkenaan apabila berpatah balik melawan arus.


Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 10.45 pagi semalam.

Jenazahnya disembahyangkan di Surau Kompleks Kuarters HKL selepas Zuhur dan dikebumikan di Felda Chiku 3, Gua Musang, Kelantan. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, beliau bangga mempunyai anggota berani seperti Allahyarham yang tidak menghiraukan keselamatannya dengan tindakan pantas mengejar suspek yang disyaki membawa barang haram di dalam beg plastik hitam.


Katanya, suspek sehingga kini belum dapat dikenal pasti disebabkan kejadian pada waktu Subuh mengakibatkan anggota sukar mengecam wajah suspek.


“Kami kehilangan seorang anggota yang sangat berdisiplin, berani, berbudi bahasa dan dianggap sentiasa serius dalam kerja,” katanya.


Allahyarham mula berkhidmat sebagai polis pada Mei 2005 dengan menjadi peninju Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mula berkhidmat di Balai Polis Sentul pada April tahun ini.


Sehubungan itu, pihak Balai Polis Sentul mengadakan bacaan tahlil malam tadi dan akan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham melalui tabung kebajikan.

myMetro | Anak cuba lawan


MANGSA...(dari kiri) Nana, Mimi dan Meme mendakwa dirogol bapa mereka.

KOTA KINABALU: “Ayah arah saya masuk ke dalam kelambu sebelum menarik tangan saya. Saya cuba melawan, namun dimarahi serta diugut akan dipukul jika bersuara, menyebabkan saya terpaksa berdiam diri.Peristiwa itu kali pertama berlaku ketika dia seperti biasa menyiapkan tempat tidur ayahnya di ruang tamu rumah, awal Januari lalu.
Bagaimanapun, rutin harian itu bertukar menjadi malapetaka dalam hidupnya apabila ayahnya yang mabuk merogolnya sebaik pulang ke rumah selepas menikmati air ‘setan’ di rumah rakan berhampiran.


Lelaki ‘dajal’ itu dikatakan tidak tahan melihat aksi anak gadisnya membongkok memasang kelambu dengan berpakaian tidur.


Kejadian menimpa Mimi dan dua adik perempuannya terbongkar apabila akhbar awal bulan lalu mendedahkan seorang petani berusia 43 tahun melarikan diri ke dalam hutan berhampiran rumah selepas disyaki merogol mangsa sejak awal tahun ini.

Lelaki itu bagaimanapun ditahan pihak berkuasa apabila kembali ke rumah akibat kelaparan beberapa hari kemudian.


Dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan merogol dua daripada tiga anaknya.


Mimi seterusnya menceritakan, kedua-dua adiknya berusia 13 dan 11 tahun terjaga daripada tidur akibat terdengar bunyi pelik sebelum melihat kelibat ayah yang tidak berpakaian menindihnya.


“Ayah yang terkejut melihat kelibat mereka di luar kelambu segera melepaskan saya sebelum menyuruh kami masuk ke bilik,” katanya.


Sejak itu ayah mereka seolah-olah mendapat ‘lesen’ dan hampir setiap malam Mimi menjadi pemuas nafsu lelaki bertopeng syaitan itu.


“Malah, kedua-dua adik saya juga menjadi mangsa. Kami diugut supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa. Saya cuba melarikan diri, tetapi ayah menemui saya sebelum memukul dan membelasah saya,” katanya kepada Metro Ahad.


Adik Mimi yang mahu dikenali sebagai Nana, 13, pula berkata dia kali pertama menjadi mangsa rogol bapanya awal Mei lalu.

“Pada hari itu adik dan kakak di sekolah manakala saya di rumah berdua bersama ayah. Ketika saya hendak ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke sekolah pada sesi petang, tiba-tiba ayah terus menarik saya ke dalam bilik,” katanya.


Nana cuba melawan tetapi ayahnya lebih kuat, menyebabkannya tidak mampu melepaskan diri.


“Bermula detik itu ayah sering merogol saya ketika adik dan kakak ke sekolah, dan pada waktu malam dia melakukan perkara sama dengan kakak walaupun saya dan adik bongsu ada di bilik sama,” katanya.


Lelaki itu yang berpisah dengan isterinya lima tahun lalu, tinggal bersama tiga anak perempuan dan dipercayai merogol mangsa di rumah sejak awal tahun ini.




Kronologi Kes



> 30 JUN 2010: Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof menerima laporan yang mendakwa seorang petani berusia 43 tahun merogol tiga anak kandungnya berusia 11, 13 dan 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Talangkapas. Perbuatannya terbongkar selepas seorang mangsa secara tidak sengaja menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya yang tinggal berhampiran rumah sebelum membuat laporan polis.


> 1 JULAI 2010: Gerakan memburu suspek dijalankan selepas dia gagal ditemui di rumahnya, dipercayai melarikan diri ke hutan berhampiran. Lelaki itu yang bercerai dengan isterinya kira-kira lima tahun lalu itu diburu selepas tiga anak kandung yang tinggal bersamanya mendakwa dirogol suspek sejak awal tahun ini.


> 3 JULAI 2010: Selepas tiga hari menyembunyikan diri, suspek dicekup polis di rumahnya ketika menyelongkar dapur untuk mencari makanan.

07 August 2010

myMetro | 'Samseng tahi kucing’

KUALA LUMPUR: Lagak berani tidak ubah seperti VIP, namun seorang lelaki yang memaki hamun selain mencabar polis supaya memberkasnya hanyalah seorang pekerja pemasang ladam kuda lumba.
Difahamkan, suspek mencabar anggota polis supaya memberkasnya selepas mendakwa dia kenalan rapat seorang pegawai polis.


Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.25 malam kelmarin, apabila dua anggota polis berkenaan melakukan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal di Lorong Haji Taib di sini, sebelum dihampiri sebuah kereta Perodua Kancil dari belakang.


“Pemandu kereta terbabit yang juga seorang lelaki tempatan sengaja membunyikan hon dengan kuat ke arah dua anggota polis berkenaan yang terkejut dengan tindakan itu.


“Bagaimanapun, anggota polis berkenaan memberi laluan sebelum kereta terbabit berhenti di hadapan sebuah butik pakaian tidak jauh dari lokasi itu,” katanya.


Menurutnya, lelaki terbabit kemudian sengaja mengundurkan keretanya sebelum berhenti dan mengeluarkan telefon bimbit dari dalam cermin kenderaan.


“Pada masa sama, lelaki terbabit merakam gambar anggota polis berkenaan menggunakan telefon bimbitnya itu tanpa menyatakan alasan.


“Gerak-geri pelik suspek menyebabkan anggota polis berkenaan bertanya motif dia mengambil gambar. Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri sebelum anggota polis berkenaan memintas keretanya,” katanya.


Menurutnya, anggota polis berkenaan merampas kunci kereta suspek sebelum meminta dia menunjukkan kad pengenalan bagi tujuan pemeriksaan lanjut.


“Bagaimanapun, suspek berdegil dan cuba mengugut dan menakut-nakutkan kononnya akan mengadu perkara itu kepada pegawai polis bernama ‘Encik Nik’,” katanya.


Menurutnya, suspek berpura-pura mahu menghubungi pegawai polis itu, namun panggilannya tidak dijawab.

“Susulan itu, polis menahan suspek atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya.

myMetro | 'Mereka mahu bunuh bayi ini'









DI SINI..Jamaludin menunjukkan tempat bayi terbabit (gambar kecil) ditemui





AMPANG: “Saya yakin mereka yang membuang bayi ini berniat membunuhnya,” kata Jamaludin Mawardi, 17, yang menjumpai seorang bayi perempuan dalam pembetung longkang berair berhampiran stesen minyak Petronas di Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Klang Gate di sini, petang semalam.
Ketika diselamatkan kira-kira jam 3.20 petang, bayi yang masih bertali pusat dan bogel serta terendam dalam air itu diselaputi lumpur dan kotoran serta menangis sekuat hati.

Jamaludin berkata, ketika kejadian dia bermain bersama rakan di kawasan itu sebelum terdengar tangisan bayi, namun hairan kerana ia datang dari arah longkang besar tidak jauh dari MRR2.

“Saya memberanikan diri meninjau ke dalam pembetung itu sebelum terkejut melihat kaki bayi terjuntai keluar dari longkang berkenaan dan bergerak-gerak.
“Sebaik menyedari bayi itu masih hidup, saya memanggil penduduk dan pekerja stesen minyak berhampiran untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai berusaha mengeluarkan bayi perempuan itu dari dalam pembetung berkenaan dengan berhati-hati.

“Ketika itu saya lihat seluruh tubuh bayi terbabit diselaputi lumpur dan kotoran longkang. Keadaannya teruk dan mungkin akan mati jika tidak diselamatkan segera kerana pembetung itu berair.


“Orang yang membuang bayi terbabit binatang berwajah manusia yang tidak ada akal. Saya yakin ibu bayi itu berniat membunuhnya,” katanya.

Sejurus dibawa keluar dari pembetung berkenaan, bayi terbabit dibawa seorang wanita yang juga isteri pemilik stesen minyak Petronas berhampiran ke premisnya untuk dibersihkan.


Bayi terbabit dimandikan sebelum dibalut dengan kain bersih dan diberikan susu berikutan kelaparan.

Isteri pemilik stesen minyak berkenaan, Fadzilah Abdul Majid, 50, berkata keadaan bayi itu kebiru-biruan akibat dibiarkan terendam kesejukan terlalu lama di dalam air.

“Keadaan bayi terbabit amat menyedihkan kerana dia baru dilahirkan. Saya tak pasti siapa yang tergamak mahu membunuh bayi yang baru lahir itu,” katanya.
Menurutnya, dia menghubungi ambulans untuk membawa bayi berkenaan ke hospital.

“Tidak lama kemudian, beberapa petugas Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bersama ambulans tiba dan membawa bayi itu ke Hospital Ampang untuk rawatan kecemasan,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Menurutnya, dia benar-benar sedih dengan apa yang berlaku dan percaya hanya manusia tidak berhati perut sanggup membiarkan bayi itu mati lemas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengesan pihak bertanggungjawab yang membuang bayi terbabit di kawasan itu.

Menurutnya, bayi berkenaan kini stabil dan dirawat di Hospital Ampang.

Pihaknya akan mengambil keterangan beberapa saksi bagi membolehkan siasatan dilakukan secepat mungkin.

Kejadian terbaru itu mengulangi insiden sama apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemui dibuang di dalam kotak di Jalan Menteri, berhampiran sebuah bank di Sungai Besar, Selangor, jam 9.30 pagi kelmarin.

Ketika ditemui bayi terbabit yang berada dalam keadaan bogel hanya ditutupi dengan kotak dengan menampakkan kepalanya sahaja.

Bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi pemeriksaan lanjut.

06 August 2010

myMetro | Pelajar panik











SIASAT...anggota forensik menjalankan siasatan di tempat bayi lelaki ditemui.


SABAK BERNAM: “Saya panik tak tahu nak buat apa-apa. Selepas lihat bayi itu menangis sekuat hati, saya telefon mak cik yang tinggal di Bandar Baru Bangi memaklumkan kejadian dan dia minta saya beli tuala dan susu,” kata seorang remaja hanya mahu dikenali sebagai Iz, 20-an yang menemui seorang bayi lelaki di Jalan Menteri, berhampiran sebuah bank, Sungai Besar, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel beralaskan kotak.

Tubuh bayi itu ditutup dengan kotak dan hanya menampakkan kepala dipercayai berusia antara sehari sehingga seminggu manakala tali pusatnya masih merah.

Iz mendakwa, dia serba salah dan tidak mampu berbuat apa-apa sebelum memaklumkan kejadian itu kepada mak ciknya dan membawa pulang bayi berkenaan ke Bandar Baru Bangi.

Menceritakan lebih lanjut kejadian, Iz mendakwa, ketika kejadian dia bersama rakan wanita baru selesai mengunjungi kedai telefon bimbit sebelum melihat bayi terbabit menangis bersebelahan pintu kiri penumpang Perodua Kancil.

“Kira-kira jam 8.30 malam, saya tiba di sini dan meletakkan kenderaan sebelum kembali semula kira-kira sejam kemudian.

“Bagaimanapun saya tergamam dan tak tahu nak buat apa-apa selepas lihat bayi ini menangis. Malah ketika kejadian kawasan ini sunyi, agak gelap dan tiada orang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor itu berkata, selepas memberi susu dan membalut bayi terbabit dia bersama rakannya membawa pulang ke Bandar Baru Bangi sebelum mak ciknya membuat satu laporan di balai polis kira-kira jam 2 pagi semalam.



Bayi itu dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi pemeriksaan lanjut.

05 August 2010

Presiden Iran nyaris maut


TEHERAN – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad terselamat dalam satu serangan bom dekat konvoi kenderaannya semasa beliau melawat bandar Hamadan semalam.

Sumber-sumber menyatakan konvoi tersebut menjadi sasaran kerana terdapat kenderaan yang membawa Mahmoud dari sebuah lapangan menuju ke sebuah kompleks sukan untuk menyampaikan ucapan.

Beberapa orang cedera dan seorang suspek telah ditahan.

“Siasatan masih dilakukan untuk mengetahui siapakah yang menjadi dalang,” kata satu sumber.

Mahmoud kemudiannya tampil di siaran langsung televisyen Iran dalam keadaan sihat dan tidak bercakap mengenai serangan tersebut.

Selaku pemimpin popular dan tegas, Mahmoud didakwa mempunyai musuh di kalangan puak konservatif dan reformis di Iran selain dari luar negara.

Stesen televisyen Al-Arabiya melaporkan, seorang penyerang telah melontar sebiji bom ke arah konvoi sebelum dia ditahan.

Bom berkenaan dikatakan mengenai sebuah kereta yang membawa wartawan dan kakitangan Presiden. Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Pada Isnin lalu, semasa memberi ucapan pada satu seminar ekspatriat Iran di Teheran, Mahmoud menyatakan bahawa beliau yakin akan menjadi sasaran pembunuhan yang dirancang oleh Israel.

Kabinet pimpinan Mahmoud kini berdepan keperitan ekonomi ekoran sekatan baru antarabangsa yang dikenakan kerana keengganan Iran menghentikan program kuasa nuklearnya. – Reuters

Ibu: Siti Rohana tiada hubungan istimewa


"Arwah anak saya bukan isteri kedua Allahyarham Datuk Abdul Aziz Mohd Noh tetapi hanya sebagai seorang kerani dan tiada apa-apa hubungan istimewa antara kedua-dua mereka."

Demikian penjelasan Siti Badariah Ahmad, 62, ibu kepada Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Permatang itu semalam.
Beliau berkata, Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang mengenali Abdul Aziz, 64, sejak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan Permatang.

"Dahulu pun orang ingat dan cakap anak saya ada hubungan istimewa dengan Datuk Aziz tetapi hubungan mereka sebenarnya tidak lebih daripada majikan dengan pekerja sahaja.

"Sebagai seorang kerani, dia mestilah selalu mengikut bosnya untuk menjalankan tugas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang dekat Tanjung Karang.

Abdul Aziz dan Siti Rohana ditemui mati dengan kesan tembakan pada kepala masing-masing dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi semalam.

Siti Badariah berkata, tiada sebab bagi arwah anaknya menjadi isteri kedua kepada Abdul Aziz kerana Siti Rohana sudah memiliki segala-galanya termasuk rumah, kereta dan perniagaan sendiri.

Katanya, sejak bercerai dengan Abdul Aziz Hamim, 43, lima tahun lalu, anaknya yang aktif berpolitik terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki untuk mereka empat beranak.

"Allahyarham seorang anak dan ibu yang baik serta bertanggungjawab kepada anak-anaknya kerana sanggup bekerja siang malam untuk menyara keluarga," katanya.

Ayah Siti Rohana, Ismat Shafie, 74, berkata arwah anaknya tidak mempunyai sebarang musuh dalam politik mahupun urusan peribadinya.

"Saya juga tidak pernah ambil tahu mengenai urusan peribadi Rohana termasuk hal ehwal politik dan perniagaan butik andaman dan solekan yang diceburinya," kata bekas petani itu.

Beliau juga berkata ketiga-tiga anak Siti Rohana, Izati Natasha, 19, Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, 9, masih dalam keadaan trauma berikutan kematian ibu mereka.

- Bernama

04 August 2010

myMetro | Kikis duit gaji isteri koma

KASIH IBU...Robaeyah menjaga anaknya, Zalina yang terlantar

KUALA LUMPUR: Malang berganda menimpa seorang isteri yang terlantar sakit sejak lebih setahun lalu apabila dia diabaikan suami yang bukan saja langsung tidak pernah datang menjenguk, malah turut mengikis gajinya yang amat diperlukan untuk menampung kos perubatan menjangkau ribuan ringgit setiap bulan.
alina Elias, 30, yang juga kakitangan Pejabat Pos Padang Temu, Melaka, kini bergantung hidup kepada ibu kandungnya yang uzur sambil mengharapkan ihsan sanak-saudara.

Ibunya, Robaeyah Mansor, 54, berkata penderitaan Zalina bermula kira-kira setahun lalu apabila dia mengalami batuk berdarah sebelum jatuh pengsan dan dimasukkan ke Hospital Melaka hampir dua bulan.

Doktor yang merawatnya memberitahu Zalina diserang penyakit tibi, namun agak menghairankan kerana dia selalu tidak sedarkan diri dan koma.

“Malah, dia pernah putus nafas hampir 20 minit sebelum doktor memulihkannya. Namun, keadaannya tidak ubah seperti mayat hidup apabila hanya bernafas dengan keadaan mata terbuka tanpa memberi reaksi.

“Lebih menyedihkan, sepanjang dia terlantar sakit dua bulan di hospital, mak cik terpaksa menjaganya bersendirian kerana suaminya bersikap acuh tak acuh dan enggan ambil tahu keadaan isterinya.

“Hati saya terguris apabila mengenangkan anak perempuan saya yang terlantar tanpa perhatian suami. Saya yang menjaganya sepanjang masa terpaksa membawanya pulang ke kampung di Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor,” katanya.

Robaeyah yang kini menjaga Zalina di rumah adiknya di Sijangkang, Banting, Selangor berkata, dia sering menitiskan air mata apabila mengenangkan kelakuan menantu yang langsung tidak mengendahkan keadaan isterinya itu, jauh sekali membantu mengangkat Zalina untuk dimasukkan ke dalam kenderaan bagi menjalani rawatan.

“Lebih mengecewakan, semua wang gaji anak saya diambil suaminya berikutan kad juruwang automatik (ATM) dipegangnya. Kami pernah bertanyakannya, namun jawapan diberi amat mengecewakan.

“Wang gaji bulanan anak saya RM1,400 sepatutnya boleh digunakan bagi menampung kos rawatan, sebaliknya diambil semua si suami,” katanya.

Berikutan itu, kata Robaeyah, adiknya, Ibrahim Mansor, 44, membuat aduan di Ibu Pejabat Pos Besar Malaysia di sini, pada minggu lalu berhubung masalah berkenaan.

Katanya, pihak pengurusan Pos Malaysia berjanji memberikan bantuan sewajarnya dan meminta mereka membuka akuan bank baru atas nama Zalina bagi memudahkan urusan memasukkan gaji bulanannya selepas ini.

“Saya kesal kerana menantu mengambil kesempatan terhadap penderitaan isterinya dan langsung tidak mahu menjenguk isteri yang terlantar di kampung. Zalina kini seperti dibuang suami dan hanya menunggu detik ajal,” katanya.

Menurutnya, kesukaran untuk menjaga Zalina menyebabkan seorang lagi anaknya, Siti Norhamidah Elias, 23, terpaksa berhenti kerja untuk membantu menjaga Zalina.

“Bukan mudah menjaganya berikutan Zalina perlu dipantau sepanjang masa walaupun koma. Dia kini hanya hidup dengan minuman susu menggunakan saluran tiub yang dimasukkan melalui hidung.

“Kami perlu sentiasa memastikan saluran pernafasan di lehernya yang ditebuk tidak tersumbat lendir dan kahak. Dia juga perlu dibersihkan dan dipakaikan lampin pakai buang, ”katanya.

Robaeyah berkata, dia perlu membelanjakan RM60 setiap dua hari bagi membeli susu khas untuk Zalina dan membawanya ke hospital di Johor hampir setiap bulan untuk menjalani pemeriksaan susulan.

“Saya dan adik kini berusaha membawa Zalina ke Banting untuk menjalani rawatan secara tradisional. Kami terpaksa mencuba pelbagai cara sama ada moden atau tradisional dengan harapan Zalina akan sembuh,” katanya.

Bekas ADUN Selangor ditembak mati


Bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu. Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, siasatan awal polis terhadap mayat didapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.
Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa.

"Mangsa wanita adalah PA (pembantu peribadi) kepada Datuk Aziz. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Sepucuk pistol turut ditemui di tempat kejadian.

Aziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.

Mengemaskini status kes tersebut dalam laman sosial Facebook beliau, Khalid berkata kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, hampir jam 6 petang tadi, Khalid berkata hasil laporan awal bedah siasat telah diperolehi di mana Aziz dipercayai mati ekoran tembakan di tubuhnya.

Tambahnya, dua kesan tembakan dikesan pada wanita tersebut dan satu lagi pada mangsa lelaki.

"Terdapat dua peluru yg masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga spent bullets di dalam chamber," kata Khalid.

Sebelum itu, polis menyangka kematian Aziz disebabkan kemalangan jalan raya berhampiran Sungai Buluh sebentar tadi.

03 August 2010

Berita Harian Online | Mayat kaki, tangan, mulut terikat ditemui








MAYAT Nooriza ditemui di ruang tamu rumahnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat awal pagi semalam.


KUALA PILAH: Seorang pembantu am rendah (PAR) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua, ditemui mati dengan keadaan tangan, kaki dan mulut diikat serta sudah berbau, dipercayai disamun di rumahnya di Jalan Sungai Dua, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada jam 10.45 pagi itu, mayat mangsa Nooriza Baharin (kanan), 48, ditemui rakannya Norzaini Maarof, 42, yang datang ke rumah itu mencari mangsa yang menghidap penyakit sawan selepas gagal dihubungi.
Katanya, sebaik tiba di rumah itu bersama dua kakitangan SK Sungai Dua, dia terbau sesuatu yang busuk di sebalik pintu dan terkejut melihat mayat mangsa sudah berbau dan dihurung lalat.

“Kali terakhir saya menemui mangsa di sekolah pada Jumaat lalu dan arwah turut menunjukkan perubahan apabila menukar penampilan yang sentiasa memakai songkok sejak 1980-an dengan memakai topi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masrof, berkata mangsa yang masih bujang ditemui mati dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tali manakala mulutnya diikat menggunakan kain.

Katanya, pemeriksaan awal polis mendapati bahagian atas kening dan belakang kepala mangsa cedera dipercayai berpunca daripada objek tumpul.
“Rumah mangsa mempunyai kesan digeledah manakala telefon bimbitnya didapati hilang. Polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

myMetro | Perkosa isteri rakan

KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah perumpamaan tepat menggambarkan perbuatan keji seorang sahabat apabila sanggup merogol isteri rakan karibnya itu di rumahnya di Kampung Chubadak, Sentul, di sini, kelmarin.
Tidak cukup dengan itu, wanita berusia 29 tahun itu mendakwa turut dibelasah suspek kerana keengganannya melayani nafsu rakan baik suaminya itu.
Bagaimanapun, wanita terbabit terpaksa mengalah apabila suspek mengeluarkan sebilah pisau sebelum mengugut untuk membunuhnya sekiranya kemahuannya tidak dipenuhi.


Penderitaan wanita terbabit tidak berakhir di rumah itu malah dia ditinggalkan suspek dalam keadaan separuh bogel di sebuah masjid selain telefon bimbitnya turut dirampas. Semuanya bermula kira-kira jam 8 malam, apabila lelaki terbabit yang berusia awal 30-an diminta suami mangsa menjemput isterinya itu pulang bekerja disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan.


Menurut sumber, wanita terbabit bekerja di sebuah kilang di Damansara, di sini, dijemput lelaki terbabit dengan sebuah kereta.


“Dalam perjalanan pulang, suspek mendakwa perlu singgah di rumahnya akibat tertinggal barang.


Sumber berkata, bagaimanapun sebaik tiba di rumah mangsa terkejut apabila mendapati ibu dan bapa suspek tiada di rumah itu.


“Suspek memaksa mangsa melayaninya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.


“Selepas hampir 10 minit bertengkar, suspek bertindak agresif dengan cuba menanggalkan pakaian mangsa.


“Tindakannya itu menyebabkan mangsa memukulnya dan berlaku pergelutan antara mereka,” katanya.


Sumber berkata, suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan meletakkannya di leher mangsa sambil mengugut akan membunuhnya.

“Mangsa yang ketakutan kemudian dirogol suspek. Selepas selesai melempiaskan nafsunya suspek mengarahkan mangsa memakai semula baju untuk dihantar pulang,” katanya.


Difahamkan, suspek tidak membenarkan mangsa memakai seluar menyebabkannya berada dalam keadaan separuh bogel.


Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

myMetro | Nur Amalina serah diri

KUALA LUMPUR: Dalang sindiket skim cepat kaya, Nur Amalina Mat Rashid, 23, menyerah diri di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, di sini, petang semalam.
Suspek yang hadir bersama peguamnya kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah untuk diambil keterangan berhubung dakwaan mengatakan dia adalah ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu. Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata keterangan Amalina sangat penting bagi membuktikan sama ada dia terbabit atau tidak dalam skim cepat kaya itu.


“Keterangannya sudah direkodkan bagi memudahkan kita (polis) mengesan suspek lain yang mendalangi skim ini. Amalina diminta memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Rohaimi berkata, selain itu, seramai 16 suspek skim cepat kaya yang ditahan baru-baru ini sudah ikat jamin oleh seorang peguam kira-kira jam 8.30 malam semalam di Balai Polis Petaling Jaya. Jumaat lalu, akhbar ini melaporkan polis sedang mengesan Amalina bagi membantu siasatan terhadap satu skim cepat kaya yang berselindung di sebalik pelaburan produk kesihatan.

Mayat Lelaki Dengan Tangan Bergari Ditemui Di Puchong

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang lelaki dalam lingkungan 30an ditemui dengan kedua belah tangannya digari di Batu 12, Sungai Klang, Puchong, dekat sini malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata mayat lelaki yang dipercayai warga tempatan itu ditemui terdampar di tepi sungai berkenaan oleh seorang pemancing kira-kira pukul 7.30 malam.

"Mayat itu ditemui dalam keadaan kedua-dua tangannya digari ke bahagian belakang.

"Pemeriksaan mendapati mayat itu yang dijumpai berbaju t-shirt dan berseluar jeans cedera di bahagian kepala serta belakang leher dan tangan kiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan mereka yang kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk membantu mengenal pasti identiti lelaki tersebut.

-- BERNAMA

01 August 2010

myMetro | TM, Annuar jadi pilihan




















GANDINGAN BARU...Annuar (kiri) bersalaman dengan Tengku Abdullah selepas sidang Pemilihan Kongres FAM ke-47, semalam.

TIADA kejutan berlaku pada sidang Pemilihan Kongres ke-47 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam apabila ‘gandingan impian’ yang dicanang-canang sejak awal untuk mengisi posisi nombor dua badan induk tanah air itu akhirnya sah menjadi milik Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Annuar Musa.


Namun Annuar yang memimpin Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terpaksa bersaing hebat dengan wakil dari Selangor, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad yang terus menghilangkan diri sebaik keputusan diumumkan dengan majoriti enam undi selepas mendapat 23 undi.


Bagaimanapun tsunami perubahan yang diharapkan berlaku dalam FAM bagi mengorak langkah baru dalam tempoh empat tahun akan datang menyebabkan penyandang, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad tidak mendapat sokongan perwakilan manakala percubaan ‘orang kuat’ bola sepak negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh merebut jawatan Timbalan Presiden juga tidak kesampaian.


Tengku Abdullah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali berkecimpung dalam bola sepak yang cukup dekat di hatinya.


Malah beliau yakin gandingannya bersama Annuar dapat memberikan gelombang baru dalam bola sepak tanah air.


“Saya tidak ada masalah untuk bekerja dengannya, Annuar memiliki pengalaman luas, beliau bekas Menteri Belia dan Sukan dan beliau juga cukup arif dengan bola sepak.


“Saya juga tidak ada masalah untuk menjaga hoki dan bola sepak, saya boleh bahagikan masa. Saya tidak boleh tinggalkan bola sepak kerana sukan ini terlalu dekat di hati saya. Hoki kini sudah berada di landasan yang baik dan saya harap untuk melakukan perkara yang sama dalam bola sepak tanah air,” katanya.


Tengku Mahkota Pahang sebelum ini pernah memegang jawatan itu pada Februari 1992, namun melepaskannya pada Mac tahun berikutnya. Beliau bagaimanapun dipilih memegang jawatan itu semula pada Februari 1994, sebelum melepaskannya kembali pada Julai 2007.


Ketika ditanya mengenai wawasan yang akan dibawa dalam membangkitkan semula prestasi dan kemeriahan bola sepak tempatan, Tengku Abdullah lebih tenang dengan mengambil pendekatan berbincang terlebih dulu dengan ahli majlis yang baru dibentuk.


“Masih terlalu awal, saya perlu berbincang dengan ahli jawatankuasa terlebih dulu, kalau saya nyatakan misi saya sendiri itu tidak adil, soalan itu akan saya jawab selepas kami bersidang,” jelasnya.


Sementara itu, Annuar mengakui tanggungjawab yang diamanahkan itu amat berat dan berharap dapat melaksanakannya dengan baik dengan beberapa perubahan yang akan cuba dilakukannya.


“Saya selepas ini akan bersama Tengku Mahkota membawa beberapa pandangan untuk perbincangan bersama ahli majlis, kami perlu melakukan pembaharuan kerana rakyat negara ini meletakkan harapan tinggi untuk melihat bola sepak kembali berjaya,” katanya.


Kongres kali ini turut melakar sejarah baru FAM dengan wujudnya Jawatankuasa Eksekutif FAM, sejajar dengan undang-undang badan induk dunia, Fifa, yang menetapkan semua anggota gabungannya memansuhkan Majlis dan sebaliknya membentuk sebuah Jawatankuasa Eksekutif dalam mengurus tadbir persatuan.

Nuffnag ads