Macam-macam Hal

Ikan Besar
Seorang wanita di Marblehead, Ohio, Amerika Syarikat terkejut beruk apabila seekor ikan besar tiba-tiba terjatuh ke atas cermin keretanya dan meretakkan cermin itu. Ketika itu dia memandu di sebatang lebuhraya di barat daya Ohio. Dari mana ikan itu datang?... "pemandu-pemandu di belakang saya memberitahusaya yang ikan itu dijatuhkan oleh seekor burung helang dari ketinggian kira-kira 40 kaki" ujar wanita itu. Hmm, kalau dah malang, macam-macam boleh terjadi!

------------------------------------------------------------------

Terlepas Penerbangan.

       Dia ingat dia bijak dan kerana itu untuk mengelak daripada terlepas penerbangan, seorang ahli perniagaan India membuat panggilan palsu, mendakwa ada bom di Lapangan Terbang Delhi. Ketika itu ahli perniagaan berusia 35 tahun itu terperangkap dalam kesesakan jalan raya menghala ke lapangan terbang berkenaan.
      Disebabkan panggilannya itu, penerbangan ditangguhkan dan gerakan mengesan bom segera dilancarkan. Pada masa yang sama pihak berkuasa berjaya mengesan nombor telefon bimbit ahli perniagaan itu dan apabila panggilannya disahkan palsu, dia ditangkap. Akibatnya dia terpaksa 'diterbangkan' ke dalam lokap.


-------------------------------------------------------------------

Gangguan bunyi bising
     
    Seorang wanita di Missouri, Amerika Syarikat meradang kerana sering diganggu bunyi bising oleh kapal terbang yang terbang rendah di kawasan rumahnya, yang tidak jauh dari lapangan terbang.

    Suatu hari wanita itu, Judy Davis mencapai senapang dan kemudian pergi ke lapangan terbang berkenaan. Di situ dia menuju ke kawasan landasan dan melepaskan tembakan rambang yang memaksa sebuah kapal terbang terpaksa membatalkan pendaratan. Untuk makluman, Judy bukan lagi muda, tetapi telah berusia 69 tahun!
   

Nuffnag ads