08 July 2013

Festival Ramadhan PUTRAJAYA 2013

PUTRAJAYA- Perbadanan Putrajaya (PPj) buat julung kalinya akan menganjurkan Festival Ramadan Putrajaya bermula 10 Julai hingga 7 Ogos ini melibatkan kawasan Kiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Kompleks PPj di Presint 3 di sini.
penganjuran festival menggabungkan aktiviti keagamaan, perniagaan, pameran dan juga hiburan bercirikan Islam tersebut merupakan konsep yang direncanakan bagi mengimarah serta memeriahkan suasana Ramadan di Putrajaya. Penganjuran festival itu juga bertujuan menyediakan lokasi alternatif kepada penduduk untuk membeli juadah berbuka puasa dan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Setiap hari PPj akan mengedarkan kurma dan air zam zam secara percuma, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula akan diadakan majlis berbuka puasa dan moreh juga secara percuma kepada 1,500 pengunjung setiap hari selain solat tarawih yang akan dipimpin oleh imam terkenal Mesir iaitu Samy Ahmed Abd. Rahman El-Feky. Bagi menghayati Ramadan sebagai bulan memperbanyakkan ibadah, PPj juga merancang mengadakan program-program seperti tadarus al-Quran, qiamullail dan juga tazkirah oleh ustaz dan ustazah popular seperti Haslin Baharim, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Rohidzir Rais dan Fatimah Syarha

http://www.ppj.gov.my/ramadhan/

Nuffnag ads