09 August 2012

PESANAN ULAMAK – KULIAH AGAMA


PESANAN ULAMAK – KULIAH AGAMA


1. SELALU MEMBACA SURAH AL-MULKH

Surah Al-Mulkh akan menjadi peneman kita di dalam kubur nanti. Jadi selalulah membaca surah Al-Mulkh.

2. MENAHAN DIRI DARI KEINGINAN NAFSU (JAHAT)

Kita hendaklah berusaha untuk melawan nafsu (jahat) dan perlu mendidik diri kea rah kebaikan.

3. TINGGALKAN PERASAAN HASAD DENGKI

Kebanyakan manusia saling menghina/ merendahkan dan mengumpat yang mana mungkin berpunca daripada hasad dengki terhadap harta, pangkat dan ilmu. Jadi kita hendaklah tinggalkan hasad dengki dan redho dengan ketentuan Allah.

4. TIDAK BERMUSUHAN SELAIN DARIPADA SYAITAN LAKNATULLAH

Kebanyakan manusia suka bermusuh-musuhan sesame mereka dengan sebab dan tujuan tertentu. Sepatutnya kita tidak bermusuhan selain daripada syaitan laknatullah.

5. SIBUKKAN DIRI DENGAN TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH

Kebanyakan manusia sanggup menghina diri dengan melibatkan diri dengan perkara yang tidak halal (menerima rasuah). Sepatutnya kita kena redho dengan rezeki yang telah ditentukan ke atas kita. Jadi sibukkan lah dengan menunaikan tanggungjawab terhadap Allah dan biarkan apa-apa hak disisi Allah.

6. BERGANTUNG DAN BERTAWAKKAL HANYA KEPADA ALLAH

Kebanyakan manusia bergantung dengan makhluk, sebahagiannya bergantung dengan wang ringgit, harta , pangkat, perniagaan, perusahaan dan sebagainya. Sekiranya kita bergantung dan bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan untuknya.. Bergantunglah/ bertawakkallah kepada Allah kerana dialah sebaik-baik penolong dan pelindung.

-Ustaz Ibrahim @ Zulkifli bin Zakari

Nuffnag ads