16 January 2011

Bekalan minyak masak pulih minggu depan


15 Januari-Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak masak di pasaran akan pulih sepenuhnya minggu depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengilang dan pembekal diarah meningkatkan bekalan kepada pemborong dan peniaga di seluruh negara terutama menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina nanti.
"Sebanyak 14,000 tan metrik tambahan minyak masak akan dibekalkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan dengan penambahan bekalan tersebut tiada sebab bekalan minyak masak tidak mencukupi kecuali peniaga menyorok bekalan minyak tersebut," katanya kepda pemberita selepas majlis mesra bersama peneroka Felda Tembangau, di Bera.

Beliau berkata, sebanyak 73,000 tan metrik minyak masak diperlukan di seluruh negara untuk setiap bulan dan dengan penambahan 14,000 tan itu, tidak sepatutnya timbul lagi isu kekurangan minyak masak di pasaran.

Ismail Sabri turut berharap orang ramai agar tidak membuat pembelian panik atau membeli terlalu banyak barang keperluan di musim perayaan itu nanti.


- Bernama

No comments:

Post a Comment

Nuffnag ads