07 July 2017
14 July 2014
Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya 2014
YB Dato' Sri Menteri PDNKK telah membuat pengumuman bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya 2014 pada 26 Jun 2014 (Khamis) di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 18 jenis barangan harga terkawal .
Skim ini akan bermula dari 20 Julai hingga 5 Ogos 2014. Tempoh kuat kuasa adalah selama 17 hari (8 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 8 hari selepas perayaan) berbanding dengan amalan 15 hari pada sebelum ini. Pelaksanaan Skim dimulakan dengan lebih awal sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadhan dan menjelang perayaan Hari Raya Puasa 2014.
Antara barangan yang dimasukkan di bawah skim itu ialah ayam hidup, ayam standard, daging lembu tempatan, daging kerbau import, telur ayam, cili merah, kelapa dan bawang merah serta ikan kembung.
Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2014
Sebanyak 61 buah
syarikat akan mengambil bahagian yang melibatkan 176 buah booth.
Pelbagai kategori barangan keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri boleh
diperolehi. Antaranya pakaian-pakaian berjenama (Nike,
Adidas, Villa,
Rimba, BGM Polo,
Ventilo & Cheva), perabot/kelengkapan
rumah, aksesori lelaki dan wanita, kasut/beg tangan (Edwin, Dunrop,
Steeple Jack & Body Glove, Santa Babara, U.S
Polo, Brushsh Polo,Tracey
Star, Redwead Switch), langsir, kusyen,
berbagai jenis kuih raya, kosmetik dan pelbagai lagi. Jenama-jenama hebat lain
yang turut serta seperti Sorella, Piere Cardin,
Felancy,Youngheart,
Novelle, Jean Perry
& Niki Carms dan pelbagai
lagi.
Dapatkan yang terbaik
dengan harga intimewa sehingga 80%
Jom beramai-ramai kita ke
sana!!!
21 August 2013
Lesen 1.7j senarai hitam trafik mungkin batal
Seramai 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik mungkin dibatalkan lesen memandu jika mereka enggan membayar baki tertunggak saman lalu lintas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan cadangan terbaru itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan keseluruhan Ops Selamat sepanjang penguatkuasaan 15 hari semasa sambutan Aidilfitri.
Sepanjang tempoh itu, sebanyak 17,831 kemalangan dan 258 kematian direkodkan.
"Kita tidak akan tunggu sehingga musim raya akan datang, kita mahu ambil lebih tindakan agresif secepat mungkin," katanya dalam sidang media hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan cadangan terbaru itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan keseluruhan Ops Selamat sepanjang penguatkuasaan 15 hari semasa sambutan Aidilfitri.
Sepanjang tempoh itu, sebanyak 17,831 kemalangan dan 258 kematian direkodkan.
"Kita tidak akan tunggu sehingga musim raya akan datang, kita mahu ambil lebih tindakan agresif secepat mungkin," katanya dalam sidang media hari ini.
Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013
PUTRAJAYA - Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos, 13 hingga 15 September, dan 2 Oktober ini dijangka menarik tiga juta pengunjung.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sebanyak enam negara menyertai pertandingan kali ini iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia. Pertandingan ini berlainan daripada pertunjukan bunga api biasa kerana setiap pertunjukan diiringi muzik pilihan negara peserta, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, dianggarkan seramai 500,000 pengunjung akan datang ke Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya pada setiap tarikh pertandingan diadakan.
14 August 2013
Lelaki maut ditikam pisau
BACHOK - Seorang lelaki mati ditikam dengan sebilah pisau pemotong sayur di Kampung Daramain Perupok, Bachok di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu mangsa Mohd Nazami Mat Nawi, 29, dipercayai ditikam di bahagian dada oleh seorang lelaki kurang siuman yang disyaki jiran mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu mangsa Mohd Nazami Mat Nawi, 29, dipercayai ditikam di bahagian dada oleh seorang lelaki kurang siuman yang disyaki jiran mangsa.
Pemilik restoran Nasi Kukus ditemui mati ditembak
Dungun, 13 Ogos 2013-Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati ditembak di Kampung Cacar, di Dungun awal hari ini. Mayat Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.
"Siasatan awal mendapati dua kesan tembakan di bahagian atas dada dan di bahu kiri mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan kepada pemberita di Dungun hari ini.
"Siasatan awal mendapati dua kesan tembakan di bahagian atas dada dan di bahu kiri mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan kepada pemberita di Dungun hari ini.
13 August 2013
Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat
11 Ogos 2013-Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.
31 July 2013
Polis cari suspek kes bunuh pengasas AmBank
Polis hari ini mendedahkan gambar dari rakaman litar tertutup yang menunjukkan seorang suspek dalam kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi pada hari Isnin lalu.
Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, polis Kuala Lumpur menyatakan bahawa individu yang digelar 'Sen Ngan Chai' (Budak Mata Empat) atau 'Jian' itu merupakan suspek utama kejadian tersebut.
Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, polis Kuala Lumpur menyatakan bahawa individu yang digelar 'Sen Ngan Chai' (Budak Mata Empat) atau 'Jian' itu merupakan suspek utama kejadian tersebut.
Polis tahan jurulatih anjing isu video hari raya
Polis hari ini menahan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof, yang mencuri tumpuan ramai dengan video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing.
Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.
Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan," katanya.
Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.
Katanya, Maznah juga memaklumkan bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam. - Malaysiakini
Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.
Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan," katanya.
Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.
Katanya, Maznah juga memaklumkan bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam. - Malaysiakini
PEMBERITAHUAN PELANTIKAN SETIAUSAHA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
YBhg. Dato’ Abu Bakar bin Othman telah dilantik sebagai Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.
YBhg. Dato’ Abu Bakar boleh dihubungi melalui alamat dan talian komunikasi berikut :
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Aras 3, Blok B3
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62526 Putrajaya
No. Telefon : 03-8871 7333
No. Faks : 03-8871 7497
E-mel : abubakar.othman@spp.gov.my
My Integriti: Elakkan Memberi dan Menerima Hadiah
Makluman dan peringatan kepada semua kakitangan awam terutamanya ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 1998:Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam untuk penerangan lanjut. Adalah dimaklumkan kegagalan untuk mematuhi arahan pekeliling ini boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 kerana ingkar perintah.
30 July 2013
Pengasas Arab M'sian Bank maut, isteri cedera parah ditembak
Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham.
26 July 2013
Anggota tentera maut dipanah petir ketika latihan
Seorang anggota tentera maut manakala rakannya cedera akibat dipanah petir ketika menjalani latihan hutan di kawasan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru, dekat Kota Tinggi semalam. Mohd Razid Sadiran, 25, dari Markas 6 Renjer yang berpangkalan di Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Azwan Abdullah, 25, dari Markas 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan, dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT). Difahamkan ketika kejadian kedua-dua mangsa bersama 11 anggota lain merupakan pasukan pendahulu bagi membuat persiapan sebelum pasukan lain tiba untuk latihan hutan selama seminggu di situ.
Rayuan Sumbangan Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/ Miskin Taman Baiduri
Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/ Miskin Taman Baiduri ingin memohon sumbangan daripada orang ramai bagi merialisasikan visi dan misi Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/ Miskin (RAYM) Taman Baiduri. Sumbangan dari orang ramai diharapkan dapat membantu dalam pengurusan dan pendidikan anak-anak yatim/ miskin di RAYM Taman Baiduri tersebut.
Sehubungan dengan itu, sumbangan orang ramai amatlah dialu-alukan. Semoga bantuan yang bakal diberikan dapat dan melancarkan aktiviti pendidikan di Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/ Miskin (RAYM) Taman Baiduri.
Sumbangan derma berbentuk Cek/ Wang Pos/ Kiriman Wang hendaklah di atas nama TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM/ MISKIN TAMAN BAIDURI dan boleh juga menggunakan kemudahan seperti berikut :
MAYBANK ISLAMIC BERHAD
|
:
|
162834034545
| |||||||||
CIMB
|
:
|
12670005898524
|
(atas nama TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK
| ||||||||
YATIM/ MISKIN TAMAN BAIDURI
| |||||||||||
CIMB
|
:
|
12670000969055
|
(atas nama PUSAT JAGAAN RUMAH ANAK-ANAK
| ||||||||
YATIM/ MISKIN TAMAN BAIDURI
| |||||||||||
Jom Beli Barang Raya@Putrajaya 2013 di Festival Ramadhan Putrajaya
sempena Festival Ramadhan Putrajaya 2013, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya bermula 26 Julai hingga 4 Ogos 2013, Isnin – Jumaat (12.00 tengahari – 12.00 malam), Sabtu dan Ahad (10.00 pagi – 12.00 malam) bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Rebutlah peluang ini untuk membuat persediaan sempena menyambut Syawal yang bakal tiba. Terdapat pelbagai barangan keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan barangan berjenama yang dijual pada harga istimewa!!!. Selain berlokasi di Putrajaya, program Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya ini juga dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih seperti dalam bahan promosi yang dilampirkan. Jangan lepaskan peluang ini, datanglah beramai-ramai!!!
20 July 2013
70% Anak Tonton Hubungan Intim Ibu Bapa
Menurut Penolong Pengarah Sektor Sosiobudaya Institut Intergriti Malaysia (IIM) Puan Rohana Yaacob, 70 peratus ibu bapa terutama di luar bandar perlakuan seks mereka ditonton oleh anak-anak.
Penemuan fakta ini hasil kajian Sosiobudaya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.
"Sangat menyedihkan apabila anak kecil dapat melihat perlakuan seks ibu bapa kerana sesetengah rumah mereka terutama golonngan miskin tidak mempunyai bilik tidur"kata Rohana Yaacob seperti yang dilaporkan.
Tragedi letupan kuari di Johor
PASIR GUDANG - Seorang pekerja kilang maut manakala 10 yang lain cedera selepas terkena bongkah dan serpihan batu akibat kerja-kerja meletup batu dari kawasan berhampiran Jalan Bukit 2, kawasan Malaysia Industrial Ester Limited (MIEL) Bandar Seri Alam, di sini, semalam.
Mangsa merupakan warga Nepal berumur sekitar lewat 20-an yang mati di tempat kejadian.
Dalam kejadian kira- kira jam 12.50 tengah hari itu, 14 premis kilang dan 18 kenderaan turut mengalami kerosakan akibat letupan di kuari berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter daripada kawasan kilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)


















