31 January 2011

RON97 naik 10 sen lagi,


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Karnival Wow! Putrajaya 2011


PUTRAJAYA- Selepas kejayaan mencatat kehadiran penonton hampir 50,000 pada penganjuran kali pertama Karnival Wow! Putrajaya, ia sekali lagi dianjurkan tahun ini.
Karnival yang diadakan selama tiga hari berturut-turut itu akan bermula pada 11 Februari ini di Tapak Pasar Tani, Presint 2.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, karnival kali ini sangat bermakna kerana ia akan turut diadakan bersempena Sambutan 10 Tahun Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, ia juga bertujuan menjadikan Putrajaya sebuah bandar ceria.

"Karnival kali ini akan lebih menarik apabila pameran yang diadakan lebih menyeluruh bersempena dengan ulang tahun ke-10 Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

"Ia juga bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Putrajaya lebih ceria dan bertenaga terutama selepas waktu pejabat dan hujung minggu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan acara pra-pelancaran Karnival Wow! Putrajaya 2011 di sini malam tadi.

Tambah Samsudin, pelbagai acara menarik berkonsepkan sambutan yang meriah dan berwarna-warni akan dipertontonkan kepada pengunjung yang hadir.

"Pelbagai gerai jualan dan pameran yang menjanjikan pengalaman menyeronokkan bagi seisi keluarga akan diadakan," katanya.

Antara program menarik disediakan adalah persembahan Tatu Angkatan Tentera Malaysia, pertunjukan raja layang-layang, belon udara panas, pameran simulator F1 dan F1 Power Boat.

Majlis perasmian karnival itu pada 12 Februari ini akan turut menampilkan persembahan beberapa artis terkenal tanah air seperti Ella, Awie, Amy Search, Hujan, Mila dan Ito.

Turut mengambil bahagian dalam acara kali ini ialah ahli kelab penunggang Harley Davidson, pameran kereta Ferrari dan kereta vintaj serta pameran auto saloon.

Bumbung stadium runtuh: Jurutera perunding didakwa


31 Januari-Seorang jurutera perunding hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di Kuala Terengganu pada Jun 2009.
Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Januari 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Januari dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.

Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Hakim M Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

--Bernama

Video lucah: Ariel Peterpan dipenjara 3 tahun


31 Januari-Suspek kes video lucah Najriel Irham atau lebih dikenali Ariel Peterpan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah (ditolak masa tahanan) beserta denda Rp250 juta (RM85,000).
Hakim Gedung Pengadilan Negeri Bandung, Indonesia, Singgih Budi Prakoso menjatuhkan hukuman itu selepas penyanyi terkenal itu terbukti secara sah dan menyakinkan terlibat menyebarkan dan membuat pornografi.

Hukuman itu jauh lebih rendah daripada pihak pendakwaan yang mahukan Najriel dikenakan hukuman lima tahun dan tiga bulan penjara, lapor agensa berita Indonesia ANTARA.

Mahkamah membuat keputusan itu setelah menimbangkan bahawa tertuduh masih muda dan tidak pernah terlibat melanggar undang-undang sebelum ini.

Najriel diberikan tujuh hari untuk mengemukakan rayuannya.

400 Ratus Ribu Buku Teks KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 di Tarik Balik.


Akibat dari kesilapan mencetak, 400 ratus ribu buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 ditarik balik. Akhbar pada 28 Januari 2011 melaporkan, kementerian pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 sekolah kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan.
Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.

Hakim Syarie didakwa khalwat di kuaters kerajaan


31 Januari 2011-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di George Town hari ini terhadap tuduhan berkhalwat dengan Nurul Izani Md Isa di kuarters kerajaan dekat sini pada 5 Disember lepas.
Nurul Izani, 34, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur, juga mengaku tidak tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya, yang menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Adam dan Nurul Izani dituduh melakukan kesalahan itu pada 2.05 pagi di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri di George Town.

Adam dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Izani dituduh mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam prosiding hari ini, Ketua Pendakwa Syariah, Zulhairi Aziz memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk perbicaraan kerana ia membabitkan pegawai kanan perundangan dan untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat.

"Akan timbul isu-isu perundangan yang luar biasa yang memerlukan penafsiran undang-undang yang lebih mendalam," katanya.

Bagaimanapun peguam bela Munawir Abdul Aziz memohon pihaknya diberi peluang mengemukakan hujahan balas berhubung isu memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana katanya Mahkamah Rendah Syariah juga perlu mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum memutuskan untuk memindahkan kes itu.

--Sumber Bernama

24 January 2011

Lumpuh Selepas kena 'Gigitan Cinta' di Leher


Auckland- Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher. Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen.

Doktor -doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian lehernya sekali gus meleraikan misteri serangan strok.
Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok. Seorang doktor, Teddy Wu dari Hospital Middlemore di Auckland berkata: "Disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat".

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat. Dia berkata, darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan- Berita Agensi.

Harga Maksimum Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2011


24 Januari 2011- YB. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguanaan (KPDNK), Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah mengumumkan harga maksimum borong dan runcit Skim Kawalan Harga Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina (SKHMP TBC) 2011 di Segamat Johor semalam 23 Januari 2011. Sebanyak 11 jenis barang diwartakan sebagai barang harga terkawal SKHMP TBC 2011. Tempoh kuat kuasa SKHMP TBC 2011 adalah 30 Januari 2011 hingga 10 Februari 2011 (12 hari). Penggunaan tanda harga khas berwarna merah jambu masih diteruskan bagi barang harga terkawal. Harga ayam kekal RM7.20/kg bagi ayam standard runcit di seluruh Semenanjung Malaysia.

Senarai harga maksimum tersebut boleh dicapai melalui laman web kementerian bermula hari ini.

BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL
SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN
TAHUN BARU CINA 2011
(30 Januari hingga 10 Februari 2011)



1. Ayam Hidup

2. Ayam Standard
(disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal)

3. Ayam Super
disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan
hempedal)

4. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9
gram sebiji)

5. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9
gram sebiji)

6. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9
gram sebiji)

7. Kubis Bulat Import (Indonesia dan China kecuali jenis
Beijing)

8. Ikan Bawal Putih
(Berat antara 200 gram dan 400 gram seekor)

9. Udang Putih Besar
(Berat antara 41 ekor dan 60 ekor sekilogram)

10. Daging babi (perut/belly)

11. Daging babi (daging dan lemak/lean and fat)

16 January 2011

PEMANSUHAN PELAKSANAAN KURSUS KENEGARAAN (SSM:PTK 1) ANJURAN BIRO TATANEGARA


Dimaklumkan bahawa Biro TataNegara (BTN) dalam Mesyuarat Panel Penilaian Kursus Kenegaraan Bil.49/2010 pada 23 Disember 2010 telah memutuskan untuk memberhentikan semua pelaksanaan Kursus Kenegaraan (SSM:PTK 1) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011 selaras dengan pemansuhan PTK melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2010.

Sehubungan itu, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011, pihak BTN tidak lagi melaksanakan Kursus Kenegaraan (SSM:PTK 1) kepada semua penjawat awam yang terlibat sehingga penilaian baru diperkenalkan. Pemansuhan Pelaksanaan Kursus Kenegaraan (SSM:PTK 1) ANJURAN BIRO TATANEGARA ini disokong dengan surat BTN:O/4/195/KK-908 bertarikh 10 Januari 2011.

Bekalan minyak masak pulih minggu depan


15 Januari-Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak masak di pasaran akan pulih sepenuhnya minggu depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengilang dan pembekal diarah meningkatkan bekalan kepada pemborong dan peniaga di seluruh negara terutama menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina nanti.
"Sebanyak 14,000 tan metrik tambahan minyak masak akan dibekalkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan dengan penambahan bekalan tersebut tiada sebab bekalan minyak masak tidak mencukupi kecuali peniaga menyorok bekalan minyak tersebut," katanya kepda pemberita selepas majlis mesra bersama peneroka Felda Tembangau, di Bera.

Beliau berkata, sebanyak 73,000 tan metrik minyak masak diperlukan di seluruh negara untuk setiap bulan dan dengan penambahan 14,000 tan itu, tidak sepatutnya timbul lagi isu kekurangan minyak masak di pasaran.

Ismail Sabri turut berharap orang ramai agar tidak membuat pembelian panik atau membeli terlalu banyak barang keperluan di musim perayaan itu nanti.


- Bernama

12 January 2011

Pertukaran no. telefon dan no. faks terbaru Pusat Sains Negara


JEMPUTAN MENYERTAI ACARA AMAL BERBASIKAL “RIDE 4 GAZA”


Maklumat acara:
Tarikh : 16 Januari 2010 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi
Pelepasan : Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
Jarak : 17 km pusingan mula/akhir

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI ACARA AMAL BERBASIKAL “RIDE 4 GAZA”

AMAN Malaysia adalah badan bukan kerajaan yang tidak bermotifkan keuntungan dan berusaha untuk mencapai keamanan serta keadilan menyeluruh di seluruh dunia.

Kami sedang aktif mengumpulkan dana untuk Gaza sebagai sebahagian dari misi kami untuk menghulurkan bantuan berterusan ke Negara Palestin yang dilanda peperangan. Kami telah mengadakan beberapa aktiviti mengumpul dana termasuklah kempen “SMS Untuk Gaza” dan kempen “Pelayaran Kemanusia ke Gaza” dianjur bersama dengan Lifeline For Gaza (LL4G), satu gabungan 16 NGO yang berdedikasi membantu Palestin. Pada waktu ini kami sedang berusaha melaksanakan acara amal “Ride 4 Gaza”.

Sebagai Pengerusi AMAN Malaysia, saya dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan dan persatuan/organisasi tuan/puan mengambil bahagian dalam acara berbasikal amal “Ride 4 Gaza” – bertujuan menggalakkan persekitaran yang sihat sambil membantu usaha yang murni. “Ride 4 Gaza” yang dianjurkan bersama oleh AMAN Malaysia dan Perbadanan Putrajaya, khsususnya menumpukan fokus kepada usaha mengumpul dana untuk Gaza, Palestin dan meningkatkan kesedaran terhadap perjuangan mereka.
Acara amal berbasikal 17km ini dijangka dilepaskan oleh YB Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Dengan sokongan badan korporat, NGO dan individu, acara ini pasti akan memberikan pengalaman bermakna kepada peserta. Acara akan dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah untuk peserta dengan banyak hadiah menarik disediakan.
Maklumat acara:
Tarikh : 16 Januari 2010 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi
Pelepasan : Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
Jarak : 17 km pusingan mula/akhir

Kami amat berharap anda akan dapat meluangkan masa untuk acara amal ini dan membantu usaha kami.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan anda dan berharap dapat menemui anda di acara ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di 012-3717925 atau zakizahid@gmail.com atau Tutie Masliani 017-2031140 atau (tutie.ismail@gmail.com).

Sila jawab sebelum 10 Januari 2011 melalui emel kepada (naserwahab@gmail.com, atau latiff44@hotmail.com, atau fundcycle@yahoo.com.my) atau faks kepada 03-56111972 dengan maklumat berikut:

Untuk Persatuan:

Nama : ____________________________________
Badan/Persatuan : ____________________________________
Emel : ____________________________________
Telefon Bimbit : ____________________________________
Hadir/Tidak Hadir : ____________________________________
Jumlah Peserta : ____________________________________

Untuk individu, sila gunakan borang masuk yang disediakan

Terima kasih.



Yang benar,


Datuk Ahmad Zaki Zahid
Pengerusi
AMAN MALAYSIA


Nuffnag ads