Info Kesihatan

KESIHATAN MENTAL












Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.

Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:

*Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.

*Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.

*Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif

Terhadap diri sendiri

* Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
* Berupaya mengawal perasaan.
* Sanggup menerima kegagalan.
* Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
* Menghargai diri sendiri.

Terhadap orang lain

* Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
* Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
* Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
* Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.

Terhadap cabaran

* Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
* Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
* Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
* Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.

10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif

* Menerima kenyataan diri secara realistik.
* Mengendali masa dengan baik (time management)
* Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
* Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
* Menjaga kesihatan fizikal.
* Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
* Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
* Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
* Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
* Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.

Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:

* Perasaan rendah diri.
* Tekanan dalam hidup.
* Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
* Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah,   sumbang muhrim dan perzinaan)
* Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
* Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
* Peningkatan risiko penyakit mental.

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia







PENYAKIT JANTUNG







Faktor yang menjadi risiko untuk penyakit arteri koronari

* Darah Tinggi.
* Merokok
* Kegemukan (indeks jisim badan≥30 kg/m2).
* Kurang aktif.
* Tahap Kolesterol yang tinggi
* Kencing manis.
* Mikroalbuminuria atau dianggarkan GFR < 60 mL/min.
* Sejarah keluarga mengidap penyakit arteri koronari

Pencegahan Penyakit Jantung

Penyakit jantung adalah punca utama kematian dan kecacatan.

Risiko penyakit jantung meningkat dengan peningkatan umur.

Terdapat banyak cara untuk mengurangkan peluang-peluang anda mendapatkan penyakit jantung:-

* Mengawal tekanan darah.
* Selalu bersenam.
* Berhenti merokok.
* Jalankan pemeriksaan kencing manis dan jika anda dijangkiti, ia mesti dibawah kawalan.
* Periksa tahap kolesterol dan trigliserida anda dan ia mesti dibawah kawalan.
* Makan makanan yang berserat (sayur dan buah-buahan).
* Kekalkan berat badan yang sihat.

Pemeriksaan kesihatan yang teratur adalah dinasihatkan untuk pengesanan awal dan pengcegahan penyakit arteri koronari.

* Darah Tinggi
* Dislipidemia
* Diabetis

Pencegahan Strok

* Tekanan darah - menjalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali, sekiranya ia meningkat, anda mesti mengikuti nasihat doktor supaya ia dapat terkawal. • Periksa samada anda mempunyai artril fibrilasi, dimana ia mengalakkan pembekuan darah yang dapat menyebabkan penyakit strok.
* Berhenti merokok.
* Jika anda minum alkohol, minum dalam kuantiti yang sederhana.
* Periksa samada anda mempunyai kolesterol yang tinggi.
* Kencing Manis - ikuti nasihat doktor supaya ia dapat terkawal.
* Selalu bersenam.
* Makan makanan yang kurang garam and lemak.
* Tanya doktor anda samada anda mempunyai masalah pengedaran yang boleh meningkatkan risiko strok.
* Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda strok seperti merasa lemah di bahagian muka atau anggota badan, pandangan yang kabur, pening atau sakit kepala yang teruk.




SIHAT CARA ORANG KOREA


PADA usia 76 tahun. Dr. Muhammad Kim masih aktif melakukan rutin senaman pagi dengan berjoging sekurang-kurangnya dua kilometer setiap hari. Selesai beriadah, Muhammad bersiap-siap untuk ke pusat perawatan tradisional miliknya yang terletak di Kelab Golf Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk memenuhi temu janji dengan pesakit-pesakitnya. Sebelah malam pula, adakalanya bekas pegawai tentera berpangkat kolonel dari Seoul, Korea Selatan ini perlu menghadiri majlis rasmi melibatkan ekspatriat Korea. Padat dengan jadual seharian, lelaki bertubuh kecil tetapi bertenaga ini tidak lokek berkongsi tiga rahsia untuk memiliki kesihatan yang sejahtera.

“Saya bersenam, mengambil herba ginseng dan makan kimchi hampir setiap hari, itu rahsia kecergasan saya,” ujarnya ketika ditemui Jurnal di pusat rawatannya baru-baru ini. Muhammad menjelaskan beliau sangat sukakan aktiviti yang mengeluarkan peluh terutama joging.

“Setiap pagi saya akan berjoging selama sejam. Sekiranya hujan, saya tidak menolak untuk keluar bersenam. “Saya akan berjalan kaki dengan memegang sekaki payung,” katanya.

GINSENG

Ramuan wajib Mengagumi khasiat ginseng yang dianggap sebagai penyumbang kesihatan dan awet mudanya, Muhammad bagaimanapun mengamalkan rutin mengambil serbuk ginseng secara tidak berlebihan. “Saya ambil sedikit demi sedikit selang beberapa hari untuk membantu peredaran darah yang lebih baik,” akuinya. Di Korea, ginseng lebih terkenal sebagai ubat untuk menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Terdapat lima negara yang memiliki ginseng iaitu Korea, China, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat namun penghasilan ginseng secara komersial di Korea menjadikan ginseng dari negara tersebut sebagai yang terbaik. Bahkan, para pengkaji menyifatkan ginseng Korea adalah lebih berkhasiat kerana ia tidak pernah dipalsukan seperti ginseng China. “Sejak dahulu lagi, budaya masyarakat Korea dan ginseng sangat rapat malah setiap hari rakyat Korea akan mengambil ginseng.

 Tidak hairanlah, Korea mendapat jolokan ‘Negara Ginseng.’ “Tradisi ini turut diamalkan sehingga hari ini. Bahkan bagi sesetengah orang, ginseng adalah ramuan wajib dalam masakan Korea supaya makanan lebih berkhasiat, contohnya sup ginseng dan telur goreng,” kata Muhammad. Tambahnya, belum ada kajian yang menyatakan khasiat ginseng sebagai penambahan ghairah seks lelaki. Sebaliknya amalan mengambil ginseng sama ada dalam bentuk pati, serbuk, teh dan lain-lain bertujuan untuk menjaga kesihatan.

Ajaib “Dalam satu kajian oleh para doktor antarabangsa, pengambilan ginseng secara konsisten mampu mengurangkan risiko Alzheimer, menangani kencing manis, mengatasi masalah tekanan darah tinggi dan menguatkan sistem imunisasi badan. “Malah, ginseng juga banyak digunakan untuk meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental, memberi tenaga, menstabilkan fisiologi badan, merendahkan paras kolesterol dan mencegah penyakit kanser,” jelasnya yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman menggunakan ginseng. Ginseng yang berusia enam tahun sudah boleh dituai dan diproses untuk dijadikan makanan .

 Mendapat jolokan ‘Herba Ajaib Dari Timur’, pengkaji Rusia berpendapat tumbuhan yang dianggap sempurna ini boleh menormalkan tekanan di saluran arteri dan berkesan dalam mengubati tekanan darah tinggi mahupun darah rendah.

“Ginseng adalah alternatif terbaik untuk melancarkan peredaran darah sekali gus meneutralkan asid dalam darah,” ujar Muhammad yang merupakan pakar akupuntur dan gingseng bertauliah. Tidak hanya diambil sebagai makanan kesihatan, pemilik nama saintifik Panax yang bermaksud tubuh manusia itu turut dijadikan sumber kajian di Institut Kajian Universiti Nasional Seoul dan berfungsi sebagai agen penyembuh kanser serta diabetes di Hospital Pusat Kanser Korea.

KIMCHI

Selain mengambil herba ginseng, Muhammad turut mengamalkan memakan makanan tradisional Korea iaitu kimchi yang disifatkan makanan terbaik di dunia. “Saya selalu percaya pada prinsip makan sedikit dan berjoging sejam setiap hari. “Saya juga memastikan makanan yang diambil perlu memiliki lima elemen penting iaitu manis, masam, masin, pahit dan pedas. “Sebab itu, rakyat Korea amat menggemari kimchi dan memakannya setiap hari dalam saiz sederhana,” ujarnya yang mengelak untuk mengambil nasi lemak dan roti canai.

Nuffnag ads