14 August 2013

Lelaki maut ditikam pisau

BACHOK - Seorang lelaki mati ditikam dengan sebilah pisau pemotong sayur di Kampung Daramain Perupok, Bachok di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu mangsa Mohd Nazami Mat Nawi, 29, dipercayai ditikam di bahagian dada oleh seorang lelaki kurang siuman yang disyaki jiran mangsa.

Saksi kejadian, Ismail Mat Min, 67, berkata sebelum ditikam, mangsa dipercayai sedang tidur di beranda rumahnya.

“Saya tiada di rumah ketika itu, hanya selepas pulang menyelesaikan urusan di Beris Kubur Besar, saya lihat mangsa berlumuran darah di beranda rumahnya. Terkejut melihat keadaannya itu, saya bergegas memberitahu jiran lain dan melaporkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Abdul Rahim Che Ghani berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah, disahkan meninggal di tempat kejadian.

“Setakat ini, suspek sudah dikenal pasti dan ditahan untuk tindakan lanjut. Dia dikatakan kurang siuman sudah lama mengenali mangsa memandangkan mereka tinggal berjiran,” katanya kepada pemberita. -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Nuffnag ads