21 August 2013

Lesen 1.7j senarai hitam trafik mungkin batal

Seramai 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik mungkin dibatalkan lesen memandu jika mereka enggan membayar baki tertunggak saman lalu lintas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan cadangan terbaru itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan keseluruhan Ops Selamat sepanjang penguatkuasaan 15 hari semasa sambutan Aidilfitri.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 17,831 kemalangan dan 258 kematian direkodkan.

"Kita tidak akan tunggu sehingga musim raya akan datang, kita mahu ambil lebih tindakan agresif secepat mungkin," katanya dalam sidang media hari ini.

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013

PUTRAJAYA - Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos, 13 hingga 15 September, dan 2 Oktober ini dijangka menarik tiga juta pengunjung.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sebanyak enam negara menyertai pertandingan kali ini iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia. Pertandingan ini berlainan daripada pertunjukan bunga api biasa kerana setiap pertunjukan diiringi muzik pilihan negara peserta, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, dianggarkan seramai 500,000 pengunjung akan datang ke Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya pada setiap tarikh pertandingan diadakan.

14 August 2013

Lelaki maut ditikam pisau

BACHOK - Seorang lelaki mati ditikam dengan sebilah pisau pemotong sayur di Kampung Daramain Perupok, Bachok di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu mangsa Mohd Nazami Mat Nawi, 29, dipercayai ditikam di bahagian dada oleh seorang lelaki kurang siuman yang disyaki jiran mangsa.

Pemilik restoran Nasi Kukus ditemui mati ditembak

Dungun, 13 Ogos 2013-Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati ditembak di Kampung Cacar, di Dungun awal hari ini. Mayat Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.
"Siasatan awal mendapati dua kesan tembakan di bahagian atas dada dan di bahu kiri mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan kepada pemberita di Dungun hari ini.

13 August 2013

Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat




11 Ogos 2013-Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam  kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Nuffnag ads