24 August 2011

Sejuta kerja kosong ditawarkan.


PUTRAJAYA- Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan angensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang tanpa izin (PATI)menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Kekosongan jawatan itu membabitkan lima sektor utama yang dikenal pasti menggunakan khidmat pekerja asing iaitu pembuatan, perladangan, pertanian dan pembinaan. Semua jawatan tersebut akan diiklankan dalam akhbar-akhbar secara berperingkat-peringkat bermula Khamis ini. -Akbar KOSMO

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN KEMENTERIAN KERJA RAYA - OGOS 2011


Kementerian Kerja Raya akan mengadakan Program Online Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Kerja Raya seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Ogos 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Portal Rasmi : http ://www.kkr.gov.my

Sebarang pertanyaan ataupun aduan boleh dikemukakan terus melalui kaunter-kaunter online yang disediakan dan maklumbalas akan diberikan kepada pengadu secara online pada masa tersebut.

PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA (MOT) PERINGKAT KEBANGSAAN


Kementerian Pengangkutan akan mengadakan "Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2011" yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 25 Ogos 2011 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Stesen Semasa Sentral, Kuala Lumpur (KL Sentral)

18 August 2011

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011


KUALA LUMPUR 17 Ogos – Kerajaan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 20 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk dua barangan baru iaitu bawang besar import dan bawang putih import yang mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.

"Tahun lepas hanya 18 jenis barangan yang kita kawal harganya, tapi tahun ini semua jenis bawang kita kawal harga kerana sebelum ini barangan ini menghadapi kenaikan harga.

"Kita takut peniaga akan menaikkan harga bawang kerana permintaan tinggi pada musim perayaan ini, jadi kita tetapkan harga maksimum bawang bagi bawang besar import adalah RM3 sekilogram dan bawang putih import (China) RM6 setiap kilo,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beberapa barangan runcit lain yang sebelum ini telah disenaraikan di bawah skim itu seperti ayam hidup, ayam standard, ayam super dan daging lembu tempatan masih ditetapkan harga maksimum yang sama seperti tahun lepas. – Bernama

17 August 2011

Karnival Usahawan Desa 2011 di Putrajaya


Kementerian Kemanjuan Luar Bandar dan Wilayah bakal menganjurkan Karnival Usahawan Desa 2011 pada 21 September ini yang akan diadakan di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya.

Seramai 500 usahawan akan menyertai pameran melalui empat kategori utama iaitu produk makanan, perkhidmatan, kraftangan dan herba
Pengajuran kali ini memberi keutamaan kepada kualiti produk bagi memenuhi piawaian pemasaran tempatan dan antarabangsa khususnya melibatkan pelabelan, pembungkusan, kandungan nutrisi termasuk persijilan halal.

15 August 2011

Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

- Bernama

Bonus Setengah Bulan Gaji Penjawat Awam.


Hari ini para penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minumum RM500, diharap para penjawat awam dapatlah berbelanja dengan bijak & tidak terlalu boros dalam berbelanja, ditambah dengan tawaran promosi-promosi seperti "Jualan Murah", "Jualan Merdeka Raya" dan pelbagai-bagai promosi yang terdapat di media cetak dan media elektronik.

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

13 August 2011

Denda RM1,000 jika tidak asingkan sampah.


Berkuatkuasa 1 September depan, orang ramai perlu mengasingkan sampah sebelum membuangnya ke dalam tong sampah di hadapan rumah masing-masing untuk mengelakkan didenda RM1,000.
Ini berikutan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara 2007 (Akta 672) yang akan dikuatkuasakan pada tarikh tersebut yang mewajibkan sampah seperti botol, plastik, kertas dan sisa makanan.
Dalam kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung bahawa pelaksanaan hukuman denda itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi.

05 August 2011

Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2010


Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (ASIA 2010) telah berlangsung pada 28 Julai 2011 (Khamis) bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara. Tahniah kepada Jabatan/kementerian yang berjaya.

02 August 2011

PROMOSI JUALAN HARI RAYA SEPANJANG BULAN RAMADAN



Bahagian Pembangunan Keusahawanan (BPU), MITI akan mengadakan promosi jualan hari raya sepanjang bulan Ramadan ini (Isnin-Jumaat) di Galeri Usahawan MITI, Putrajaya.

31 July 2011

01 Ramadhan 1432H


Sabda Baginda SAW bermaksud: Sesiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan kesungguhan akan mendapat keampunan dari segala kesalahan dilakukan. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ramadan adalah bukti Allah memuliakan hambanya dengan rahmat dan keampunan. Tanda keimanan jelas terpancar pada wajah mereka yang beriman menandakan kegirangan menyambut bulan mulia ini.Sabda Nabi SAW bermaksud: Sesiapa bergembira apabila datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka. (Al-Hadis).

SALAM 01 RAMADHAN 1432H dari Admin MyShopIklaNewsNetwork

30 July 2011

HEBAHAN : PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEMERDEKAAN 2011


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 mulai 1 Ogos 2011 sehingga 31 Ogos 2011.
PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

1. Maklumat Pertandingan

a) Terbuka kepada semua rakyat Malaysia sama ada secara individu mahupun organisasi.
b) Tempoh pertandingan adalah mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2011.

2. Kategori Yang Dipertandingkan

a) Bangunan Kerajaan
b) Bangunan Swasta
c) Kampung Tradisi/Kampung Baru Cina/Kawasan Estet/Felda
d) Sekolah (Menengah, Kebangsaan Dan Jenis Kebangsaan)
e) Taman Perumahan
f) Individu (Kediaman/Kenderaan)
g) Pintu Gerbang

3. Penilaian

a) Skuad Ceria Merdeka iaitu satu jawatankuasa panel penilai akan menjelajah seluruh negara untuk melihat dan menilai daya usaha dan kreativiti kawasan/premis untuk dicalonkan sebagai pemenang.

b) Kriteria penilaian ialah :

i. Aspek Kreativiti

- Keunikan kepelbagaian reka bentuk menggunakan bendera (termasuk bendera negeri), pembentukan mercu tanda seperti gerbang, arca dan sebagainya, kekemasan susun atur bendera atau menonjolkan suasana keceriaan dan kemeriahan sambutan kemerdekaan.

ii. Aspek Daya Tarikan

- Menonjolkan kelainan seperti membuat bendera menggunakan flora, penggunaan bahan-bahan yang menjimatkan atau bahan-bahan terpakai dan menyerlahkan sambutan kemerdekaan dengan mempamerkan bendera terbesar, terpanjang, terbanyak dan sebagainya.

iii. Aspek Nilai Tambah

- Menterjemahkan tema Hari Kemerdekaan dengan menyediakan pantun, slogan atau kata-kata patriotik dalam bentuk streamer, paparan, kain rentang, paparan, lukisan, grafiti dan sebagainya atau reka bentuk yang mencerminkan tema Hari Kemerdekaan.

4. Senarai Hadiah

KATEGORI WANG TUNAI
Bangunan Kerajaan RM 3,000.00
Bangunan Swasta RM 3,000.00
Kampung Tradisi/Kampung Baru Cina/Kawasan Estet/Felda RM 10,000.00
Sekolah (Menengah, Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan) RM 5,000.00
Taman Perumahan RM 10,000.00
Individu RM 2,000.00
Pintu Gerbang RM 5,000.00

5. Borang pertandingan boleh dimuat turun di Laman Web Jabatan Penerangan
www.penerangan.gov.my

6. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Urus Setia
Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan
Jabatan Penerangan Malaysia
Tingkat 11 Barat, Wisma Sime Darby
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

Tel : 03- 2173 4587 / 4555

atau di Pejabat Penerangan Daerah serta Pusat Maklumat Rakyat (PMR) seluruh negara.

29 July 2011

PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

Pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.

27 June 2011

Pertandingan Mencipta Logo Inovasi


Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan mengadakan Pertandingan Mencipta Logo Inovasi. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. Pemenang akan menerima Sijil dan ganjaran Wang Tunai RM 30,000.

17 May 2011

'Pihak dakwa Kelantan rampas tanah akan disaman'


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan pihak yang menuduh kerajaan PAS Kelantan merampas tanah rakyat bagi membangunkan projek Ladang Rakyat.
Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata hakikatnya kerajaan PAS Kelantan tidak pernah merampas tanah dan kerajaan hanya membangunkan projek ladang rakyat itu di atas tanah kerajaan negeri.

"Kami mana boleh ambil tanah rakyat. Tanah Rakyat adalah tanah yang ada geran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program hari himpunan anggota koperasi peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan Berhad, di Tumpat, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan ratusan anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Kelantan yang mengadakan perhimpunan bagi membantah berhubung dakwaan penyelewengan projek ladang rakyat di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim di Kota Bharu.

Perhimpunan yang berlangsung selama sejam itu bermula pada pukul 9.30 pagi disertai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri Kelantan, Belia 4B dan Pemuda Umno Kelantan dan penduduk Orang Asli di Gua Musang yang mendakwa kehilangan tanah mereka akibat projek itu.

Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak menghalang jika ada pihak mengadakan demonstrasi tetapi kesal dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang berdemonstrasi kononnya kerajaan merampas tanah rakyat.

Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob menjelaskan sehingga kini 50,000 hektar tanah di negeri Kelantan telah dibangunkan untuk projek ladang rakyat.

"Projek itu melibatkan 4,500 peserta dengan 10 buah syarikat dilantik untuk membangunkan kawasan projek itu dan hasil keluaran ladang rakyat sejak 2006 sehingga sekarang adalah RM49 juta," katanya.

- Bernama

04 May 2011

Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama


Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".

"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.

Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Amerika juga pengganas

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.

Nik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.

"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya. -Berita Malaysiakini

28 April 2011

Polis keluar notis saman bergambar - 1 Mei ini


Mulai 1 Mei ini, Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.

"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman beserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.

Kaedah itu digunakan sebagai "bahan bukti" bagi menunjukkan seseorang itu melanggar undang-undang jalan raya, katanya.

Khalid berkata, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana anggota dan pegawai polis yang enggan menerima sesuatu laporan polis.

Katanya, isu terbabit antara yang dibangkitkan dalam mesyuarat "Delivery Task Force" bagi mengurangkan kes jenayah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Khalid berkata, pengurusan tertinggi PDRM menerima banyak aduan mengenai isu itu dan masyarakat perlu tampil melaporkan mana-mana anggota yang enggan menerima sesuatu laporan polis.

"Tulis nombor mereka dan catat di mana kes itu berlaku. Kita tidak akan berdolak-dalik dalam hal ini dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang enggan mengikut arahan ini," katanya.

Beliau berkata, sepatutnya, laporan boleh dilakukan di mana-mana balai dan siasatan akan dilakukan segera dan memanggil individu yang memuat laporan itu bagi membantu siasatan.

Katanya, mesyuarat itu turut membincangkan strategi dan kaedah bagi mengurangkan rasa takut masyarakat ketika berhadapan dengan sesuatu kes jenayah.

Bagi tujuan itu, Khalid berkata, lebih banyak program kemasyarakatan akan diadakan bagi membolehkan polis dan orang ramai bertukar-tukar pendapat dalam menghadapi sesuatu kes jenayah.

- Bernama

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.4/2004 - PERUNTUKAN KHAS KERAJAAN UNTUK AKTIVITI SOSIAL, KEBAJIKAN DAN SUKAN


27 April 2011

Taktik menipu melalui SMS; "tahniah, anda telah menang hadiah percuma. Dapatkannya dengan menghantar sms kepada nombor...".


Masihkah anda ingat pada peraduan 'gores dan menang' yang pernah digunakan sesetengah pihak bagi menipu orang ramai untuk membeli produk yang mereka tidak perlukan?

Kini taktik yang sama telah timbul semula, tetapi kali ini ia melalui 'sms' (khidmat pesanan ringkas).
Baru-baru ini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, pengamal perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Krishnan telah menerima satu sms yang menyatakan "tahniah, anda telah menang hadiah percuma. Dapatkannya dengan menghantar sms kepada nombor...".

Tidak sabar untuk mengetahui apa hadiah tersebut, Dr Krishnan terus menjawab sms tersebut dan menghantarnya kepada nombor lima digit yang disertakan dan beberapa saat kemudian beliau menerima satu mesej yang menyatakan beliau telah melanggani satu perkhidmatan.

"Saya terkejut dengan mesej yang saya terima, selepas memberi respon menyebabkan saya kehilangan kredit prabayar sebanyak RM4. Jika saya terima beberapa sms sedemikian, berapa bayaran kredit saya yang akan hilang? Saya memang tidak perlukan khidmat yang ditawarkan.

"Apa yang buat saya naik angin lagi, saya perlu menjawab jika saya mahu khidmat tersebut dihentikan dan sebanyak RM1 lagi kredit saya dipotong.

"Hanya dengan sekelip mata sahaja kerana tertipu dengan sms pertama, saya telah hilang RM5. Semuanya kerana saya ingin tahu apa hadiah yang saya menang (dapat). Sekiranya 100 pengguna prabayar yang terkena taktik ini, pihak itu dapat RM500 hanya dalam beberapa minit sahaja dan di negara ini terdapat ratusan ribu pengguna prabayar", katanya dengan nada yang geram.

Ahli perniagaan S Muthu juga terkena helah yang sama.

"Tanpa disangka saya terima satu sms mengucapkan tahniah menyatakan saya telah menang hadiah percuma. Sudah tentu saya mahu tahu apa yang saya telah menang. Jadi saya jawablah sms itu.

"Tetapi datang pula balasan mesej menyatakan saya telah melanggan satu perkhidmatan yang saya tidak perlu langsung. Kalaulah dari awal lagi saya tahu tentang taktik ini, saya tidak akan sekali-kali memberi respon dan mengabaikan sahaja mesej yang terdahulu," kata beliau.

Menurut aktivis sosial dan pengguna Gurmukh Singh, hanya pengguna telefon prabayar sahaja yang menerima sms sebegini.

"Setiap orang yang menerima sms sebegini akan memberi respon tanpa usul-periksa".


Katanya tidak salah dari segi undang-undang jika pihak yang terlibat menawarkan khidmat kepada pengguna talian prabayar kerana mereka punya pilihan untuk kata ya atau tidak terhadap perkhidmatan tersebut.

"Tetapi dengan menyatakan ada hadiah percuma merupakan satu umpan yang cukup efektif. Hampir semua penerima mesej itu mahu tahu apa hadiah yang mereka dapat", kata Gurmukh.

Kerana tidak sabar untuk mengetahui apa hadiahnya, si penerima mesej tersebut tidak akan membuang masa untuk memberikan respon tetapi kemudian diberitahu mereka telah melanggani satu perkhidmatan yang mereka sebenarnya tidak perlukan.

"Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah produk yang ada dalam pasaran atau lawatan melancong. Tetapi semuanya bukan percuma. Sebenarnya pengguna tidak perlu khidmat seperti ini kerana mereka boleh mendapatkan maklumat melalui cara lain dengan percuma.

"Memburukkan lagi keadaan, pengguna prabayar terpaksa membayar dengan harga yang tinggi bagi khidmat sms sebegini, kata beliau.

Pengguna talian akan mengalami pengurangan kredit prabayar mereka dengan banyak bila menjadi mangsa 'helah' untuk melanggani perkhidmatan tertentu.

Kata Gurmukh hanya mereka yang menggunakan talian prabayar akan menjadi mangsa kepada taktik sebegini.

"Pihak yang tidak bertanggungjawab biasanya mencari pengguna talian prabayar, mungkin kerana mereka dengan mudahnya dapat memotong jumlah kredit secara terus. Mereka biasanya menjauhi pengguna talian posbayar".

"Mereka yang terkena sepatutnya melaporkan kepada pihak berkuasa. Tetapi dalam kebanyakan kes, mangsa hanya mendiamkan diri sahaja.

"Mereka ini akan menganggap yang mereka hilang RM5 sahaja (RM4 ketika menerima mesej yang mereka telah melanggani perkhidmatan dan RM1 lagi untuk menghentikan perkhidmatan).

"Biasanya mangsa akan ditipu sekali sahaja. Mereka akan menamatkan perkhidmatan bila sedar mereka telah terpedaya. Maka tamatlah cerita dan mereka tidak akan terpedaya lagi".

Gurmukh punya satu nasihat bagi pengguna.

"Pengguna perlu mengabaikan saja apa-apa sms yang mereka terima tentang kononnya mereka dapat hadiah. Ini semua strategi untuk menperdayakan pengguna.

"Tidak ada sesiapa yang mahu memberi hadiah melainkan ada tujuan atau niat lain di sebaliknya".

- Bernama

24 April 2011

Aktiviti Hari Belia Negara 2011, di Putrajaya.




Memancing Sejuta Belia
Tawaran istimewa kepada pemancing – pemancing di seluruh negara sempena Sambutan Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya bagi menghimpunkan Sejuta Belia pada 27 – 29 Mei 2011.





Karnival Sukan Air

Karnival Sukan Air Hari Belia 2011 ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kanu Malaysia dan Perbadanan Putrajaya
sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 bagi tujuan menghimpunkan satu juta
belia dalam 200 aktiviti yang disediakan. Bagi aktiviti berpusat di air, Karnival ini dianjurkan untuk menggalakkan aktiviti rekreasi dan sukan air di Presint 6, Kompleks Sukan Air, Tasik Putrajaya selari dengan hasrat Perbadanan Putrajaya untuk menjadikannya sebagai pusat sukan air terunggul di Malaysia dan antarabangsa.

Karnival Jom Makan 1 Malaysia



6th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2011


untuk mandapatkan borang pendaftaran / penyertaan sila kunjungi laman web http://www.haribelianegara.org.my/.

Festival Pengantin 2011 di PICC, Putrajayan


19 April 2011

Khalwat: Timbalan KSU mengaku tidak bersalah


Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di George Town hari ini, atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lepas.
Nur Diayana Norslan, 29, bekas pembantu peribadi kepada Salim, juga mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya, yang menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Feringghi, 16 April lepas, pada kira-kira pukul 5 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu itu, dalam prosiding itu, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM1,000 daripada RM3,000, seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

"Jumlah RM3,000 dicadangkan pihak pendakwaan adalah terlalu tinggi dan seolah-olah menghukum mereka sebelum perbicaraan selesai kerana jumlah itu sama dengan denda maksimum dalam pertuduhan itu.

"Sudah menjadi kebiasaan dan amalan mahkamah syariah menetapkan jaminan antara RM1,000 dan RM1,500 bagi kes khalwat," katanya.

Wan Faridulhadi turut memberitahu mahkamah bahawa isteri Salim yang turut hadir pada prosiding hari ini bersedia untuk menjadi penjamin kepada kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz memohon supaya jaminan dibayar oleh pemastautin di negeri itu.

Nik Bukhari Hashimy menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin bermastautin di Pulau Pinang bagi setiap tertuduh.

Salim tiba di mahkamah bersama isterinya pada kira-kira pukul 8 pagi manakala Nur Diayana tiba berasingan pada kira-kira pukul 9.10 pagi.

Sementara itu, di luar mahkamah, Wan Faridulhadi berkata Salim dan Nur Diayana telah berkahwin di luar negara dan dalam proses mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.

- Bernama

P'raya umum ke-11: Singapura bubar parlimen


Kerajaan Singapura hari ini mengumumkan pembubaran Parlimennya, sekaligus membuka jalan untuk Pilihan Raya Umum ke-11 republik itu diadakan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Presiden Singapura SR Nathan membubarkan Parlimen selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Pilihan raya umum itu akan menjadi ujian pertama kepimpinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Lee, anak sulung Perdana Menteri pertama Singapura dan Menteri Mentor Lee Kuan Yew, dilantik ke jawatan itu pada Ogos 2004.

Sebelum ini, beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri sejak 1990.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah, telah mendominasi Parlimen sejak lima dekad dan diuar-uarkan akan mengadakan pilihan raya lebih awal, walaupun tarikh akhir ialah Februari 2012, bagi mengambil kesempatan dengan keadaan ekonomi negara yang kukuh ketika ini.

Ahad lepas, PAP mengumumkan manifestonya pada pilihan raya umum akan datang yang dinamakan "Securing Our Future Together."

Menerusi manifesto itu, PAP berkata rakyat Singapura boleh bergantung kepada parti itu untuk memberikan yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat, serta menyatupadukan mereka ketika senang dan susah.

- Bernama

23 March 2011

Pilihanraya Sarawak: Undi 16 April, penamaan calon 6 April


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April.
Ini bermakna tempoh berkempen selama 10 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching.

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

Tamparan kepada Anwar, tiga barangan diterima


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa tiga barangan yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden meminta dua saksi pendakwaan - ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.

Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan jyang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

Permohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh

Yusof pula telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim),” hujahnya minggu lalu.

Hakim Zabidin sebelum ini telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.

Keputusan hari ini dikatakan sebagai satu tamparan kepada Anwar.

Ketua pembangkang itu berkata terdapat tekanan politik yang hebat bagi memaksa hakim menukar keputusannya sebelum ini. -Malaysiakini Bm

13 February 2011

Wakil Rakyat Yang Meninggal Dunia Selepas PRU 12.


Sejak pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru.
Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di Penanti dan Bukit Selambau.

Pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara.

ADUN Kerdau meninggal dunia


ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang semalam. Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.

Dikebumikan Hari ini.

Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor.

Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. -AL-FATIHAH-

12 February 2011

Hosni Mubarak letak jawatan Presiden


KAHERAH - CAIRO (AP) - Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.

Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.
"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.

Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.

Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.

Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.

Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.

Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.

Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.

Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.

"Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.

Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana.

Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan.

- Agensi

11 February 2011

Pusat Darah Negara perlukan darah 'A' dan 'O'


Pusat Darah Negara (PDN) memerlukan antara 400 hingga 500 unit darah terutama jenis ”A” dan ”O” untuk menampung keperluan darah di hospital-hospital sekitar Lembah Klang.

PDN dalam kenyataannya hari ini, berkata, simpanan darah itu bagi menampung bekalan selepas musim perayaan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah pada Mac ini.
"Simpanan darah ini amat diperlukan bagi rawatan kes seperti pemindahan organ, pesakit Thalasemia, Haemofolia, denggi berdarah dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

PDN juga akan beroperasi pada hari Maulidur Rasul yang jatuh pada Selasa ini, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Operasi pada hari-hari bekerja pula dilanjutkan sehingga pukul 8 malam dari pukul 7.30 pagi, dan hari Sabtu dari 7.30 pagi hingga 4 petang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi PDN di talian 03-2695 5557 atau 03-2695 5558.

08 February 2011

500 penumpang bas tambahan kecewa


PASIR PUTEH – Kecewa dan geram! Itulah gambaran perasaan sebahagian 500 penumpang bas tambahan di negeri ini yang terkandas apabila tidak dapat menaiki bas persiaran yang disediakan untuk perjalanan ke Kuala Lumpur, malam semalam.
Difahamkan, bas persiaran itu tidak mendapat permit pengangkutan dari Lembaga Pengangkutan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Tinjauan Sinar Harian di kawasan perhentian bas di Pasir Puteh di sini, mendapati semua penumpang yang menaiki bas tambahan terkandas hampir dua jam dan sebahagian mereka diberikan kembali wang tiket berjumlah RM43.

Kebanyakan mereka kakitangan kerajaan, swasta dan penuntut institusi pengajian tinggi dan swasta yang akan memulakan pengajian hari ini.

Seorang pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Mohd Rizwan Abdullah, 20, berkata, walaupun mendapat kembali wang tambang tetapi ia tidak banyak membantu beliau dan rakan-rakannya yang lain.

“Sekarang ini kami terpaksalah mencari jalan lain untuk ke Kuala Lumpur, lagipun semua tiket bas dan pengangkutan lain sudah habis dijual, terpaksalah kami bersabar,” katanya yang berasal dari Kampung Jeram, di sini,.

Menurutnya, masalah tersebut tidak berlaku jika bas ekspres disediakan dalam bilangan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini.

Sementara itu, penuntut jurusan Animasi Multi Media, Universiti Utara Malaysia (UUM), Azlan Mohamad, 26, berkata, beliau terpaksa membatalkan perjalanannya ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan diri sebagai pelatih amali di Syarikat Digital Durian kerana masalah yang sama, walau pun tiket perjalanan dibelinya sejak sebulan lalu.

“Saya kecewa dengan kejadian ini kerana ia menunjukkan perkhidmatan yang kurang cekap di mana keperluan bas sebagai pengangkutan awam di negara ini masih belum mencukupi.

”Tidak perlu saling menyalahkan di antara satu sama lain sama ada penjual tiket, syarikat bas dan pihak LPKP berkaitan permit kerana yang menjadi mangsa pengurusan pihak terbabit ialah penumpang,’’ katanya.

Menurutnya yang berasal dari Kampung Bukit Yong berkata, mereka hanya dimaklumkan pihak tertentu pada jam 9 malam semalam, selepas lebih setengah jam menunggu di sini.

Dalam pada itu, seorang pemandu bas yang enggan dikenali berkata, pada malam tersebut sebanyak 15 bas persiaran disediakan bagi mengangkut penumpang yang melibatkan lapan bas di Kota Bharu, Tanah Merah (5) dan masing-masing sebuah di Pasir Puteh serta Jerteh.

Beliau berkata, sebelum ini mereka tidak dimaklumkan mengenai larangan menggunakan bas persiaran sebagai bas tambahan pada musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

CUEPACS mahu kerajaan wujudkan gaji minimum


CUEPACS hari ini meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.
"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.

"Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum)," katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan.

Justeru, Omar berkata kerajaan perlu menyemak semula gaji minimum bagi penjawat awam dan menyelaraskannya dengan sektor swasta untuk mengelakkan perkara melibatkan disiplin pekerja itu berlarutan.

Kali terakhir kerajaan membuat semakan gaji ialah pada Mei 2007.

Omar juga berharap Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok dapat mencari rumusan terbaik masalah gaji yang rendah di kalangan penjawat awam.

Makmal tiga hari itu yang akan berlangsung pada 8, 11 dan 14 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.

Mengenai isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan dimansuhkan Jun depan, Omar berkata bahagian kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi mencari bentuk penilaian baru yang sesuai berbanding konsep peperiksaan dalam PTK.

- Bernama

07 February 2011

Karnival Wow! Putrajaya 2011


PUTRAJAYA- Selepas kejayaan mencatat kehadiran penonton hampir 50,000 pada penganjuran kali pertama Karnival Wow! Putrajaya, ia sekali lagi dianjurkan tahun ini.

Karnival yang diadakan selama tiga hari berturut-turut itu akan bermula pada 11 Februari ini di Tapak Pasar Tani, Presint 2.

04 February 2011

"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi"


kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.

Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.
Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.

"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.

"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya.

Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.

"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.

Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Januari lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.

"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu.

"Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya.

Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam.

"Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.

Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir.

"Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya.

- Sumber berita Bernama

31 January 2011

RON97 naik 10 sen lagi,


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Karnival Wow! Putrajaya 2011


PUTRAJAYA- Selepas kejayaan mencatat kehadiran penonton hampir 50,000 pada penganjuran kali pertama Karnival Wow! Putrajaya, ia sekali lagi dianjurkan tahun ini.
Karnival yang diadakan selama tiga hari berturut-turut itu akan bermula pada 11 Februari ini di Tapak Pasar Tani, Presint 2.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, karnival kali ini sangat bermakna kerana ia akan turut diadakan bersempena Sambutan 10 Tahun Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, ia juga bertujuan menjadikan Putrajaya sebuah bandar ceria.

"Karnival kali ini akan lebih menarik apabila pameran yang diadakan lebih menyeluruh bersempena dengan ulang tahun ke-10 Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

"Ia juga bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Putrajaya lebih ceria dan bertenaga terutama selepas waktu pejabat dan hujung minggu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan acara pra-pelancaran Karnival Wow! Putrajaya 2011 di sini malam tadi.

Tambah Samsudin, pelbagai acara menarik berkonsepkan sambutan yang meriah dan berwarna-warni akan dipertontonkan kepada pengunjung yang hadir.

"Pelbagai gerai jualan dan pameran yang menjanjikan pengalaman menyeronokkan bagi seisi keluarga akan diadakan," katanya.

Antara program menarik disediakan adalah persembahan Tatu Angkatan Tentera Malaysia, pertunjukan raja layang-layang, belon udara panas, pameran simulator F1 dan F1 Power Boat.

Majlis perasmian karnival itu pada 12 Februari ini akan turut menampilkan persembahan beberapa artis terkenal tanah air seperti Ella, Awie, Amy Search, Hujan, Mila dan Ito.

Turut mengambil bahagian dalam acara kali ini ialah ahli kelab penunggang Harley Davidson, pameran kereta Ferrari dan kereta vintaj serta pameran auto saloon.

Bumbung stadium runtuh: Jurutera perunding didakwa


31 Januari-Seorang jurutera perunding hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di Kuala Terengganu pada Jun 2009.
Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Januari 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Januari dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.

Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Hakim M Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

--Bernama

Video lucah: Ariel Peterpan dipenjara 3 tahun


31 Januari-Suspek kes video lucah Najriel Irham atau lebih dikenali Ariel Peterpan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah (ditolak masa tahanan) beserta denda Rp250 juta (RM85,000).
Hakim Gedung Pengadilan Negeri Bandung, Indonesia, Singgih Budi Prakoso menjatuhkan hukuman itu selepas penyanyi terkenal itu terbukti secara sah dan menyakinkan terlibat menyebarkan dan membuat pornografi.

Hukuman itu jauh lebih rendah daripada pihak pendakwaan yang mahukan Najriel dikenakan hukuman lima tahun dan tiga bulan penjara, lapor agensa berita Indonesia ANTARA.

Mahkamah membuat keputusan itu setelah menimbangkan bahawa tertuduh masih muda dan tidak pernah terlibat melanggar undang-undang sebelum ini.

Najriel diberikan tujuh hari untuk mengemukakan rayuannya.

400 Ratus Ribu Buku Teks KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 di Tarik Balik.


Akibat dari kesilapan mencetak, 400 ratus ribu buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 ditarik balik. Akhbar pada 28 Januari 2011 melaporkan, kementerian pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 sekolah kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan.
Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.

Hakim Syarie didakwa khalwat di kuaters kerajaan


31 Januari 2011-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di George Town hari ini terhadap tuduhan berkhalwat dengan Nurul Izani Md Isa di kuarters kerajaan dekat sini pada 5 Disember lepas.
Nurul Izani, 34, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur, juga mengaku tidak tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya, yang menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Adam dan Nurul Izani dituduh melakukan kesalahan itu pada 2.05 pagi di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri di George Town.

Adam dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Izani dituduh mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam prosiding hari ini, Ketua Pendakwa Syariah, Zulhairi Aziz memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk perbicaraan kerana ia membabitkan pegawai kanan perundangan dan untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat.

"Akan timbul isu-isu perundangan yang luar biasa yang memerlukan penafsiran undang-undang yang lebih mendalam," katanya.

Bagaimanapun peguam bela Munawir Abdul Aziz memohon pihaknya diberi peluang mengemukakan hujahan balas berhubung isu memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana katanya Mahkamah Rendah Syariah juga perlu mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum memutuskan untuk memindahkan kes itu.

--Sumber Bernama

24 January 2011

Lumpuh Selepas kena 'Gigitan Cinta' di Leher


Auckland- Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher. Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen.

Doktor -doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian lehernya sekali gus meleraikan misteri serangan strok.
Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok. Seorang doktor, Teddy Wu dari Hospital Middlemore di Auckland berkata: "Disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat".

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat. Dia berkata, darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan- Berita Agensi.

Harga Maksimum Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2011


24 Januari 2011- YB. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguanaan (KPDNK), Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah mengumumkan harga maksimum borong dan runcit Skim Kawalan Harga Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina (SKHMP TBC) 2011 di Segamat Johor semalam 23 Januari 2011. Sebanyak 11 jenis barang diwartakan sebagai barang harga terkawal SKHMP TBC 2011. Tempoh kuat kuasa SKHMP TBC 2011 adalah 30 Januari 2011 hingga 10 Februari 2011 (12 hari). Penggunaan tanda harga khas berwarna merah jambu masih diteruskan bagi barang harga terkawal. Harga ayam kekal RM7.20/kg bagi ayam standard runcit di seluruh Semenanjung Malaysia.

Senarai harga maksimum tersebut boleh dicapai melalui laman web kementerian bermula hari ini.

BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL
SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN
TAHUN BARU CINA 2011
(30 Januari hingga 10 Februari 2011)



1. Ayam Hidup

2. Ayam Standard
(disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal)

3. Ayam Super
disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan
hempedal)

4. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9
gram sebiji)

5. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9
gram sebiji)

6. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9
gram sebiji)

7. Kubis Bulat Import (Indonesia dan China kecuali jenis
Beijing)

8. Ikan Bawal Putih
(Berat antara 200 gram dan 400 gram seekor)

9. Udang Putih Besar
(Berat antara 41 ekor dan 60 ekor sekilogram)

10. Daging babi (perut/belly)

11. Daging babi (daging dan lemak/lean and fat)

16 January 2011

PEMANSUHAN PELAKSANAAN KURSUS KENEGARAAN (SSM:PTK 1) ANJURAN BIRO TATANEGARA


Dimaklumkan bahawa Biro TataNegara (BTN) dalam Mesyuarat Panel Penilaian Kursus Kenegaraan Bil.49/2010 pada 23 Disember 2010 telah memutuskan untuk memberhentikan semua pelaksanaan Kursus Kenegaraan (SSM:PTK 1) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011 selaras dengan pemansuhan PTK melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2010.

Sehubungan itu, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011, pihak BTN tidak lagi melaksanakan Kursus Kenegaraan (SSM:PTK 1) kepada semua penjawat awam yang terlibat sehingga penilaian baru diperkenalkan. Pemansuhan Pelaksanaan Kursus Kenegaraan (SSM:PTK 1) ANJURAN BIRO TATANEGARA ini disokong dengan surat BTN:O/4/195/KK-908 bertarikh 10 Januari 2011.

Nuffnag ads