30 October 2010

Piala Malaysia 2010; Kelantan cipta sejarah.


Juara Piala Malaysia 2010 telah dinobatkan kepada pasukan bola sepak Negeri Kelantan setelah menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Kelantan melakar sejarah negeri apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia dengan menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Pada separuh masa pertama Kelantan dikejutkan dengan jaringan pasukan Negeri Sembilan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah. Pada separuh masa kedua pasukan 'The Red Warriors' tidak menghampakan sekurang-kurangya 60,000 penyokong meghadiahkan gol penyamaan pada minit ke-65 hasil tandukkan cantik dari Hairuldin Omar dan mengejutkan Negeri Sembilan dengan jaringan kemenangan yang dijaringkan oleh Mohd Badhri Radzi pada minit ke-75.

Lihat anak bulan Aidiladha 6 November


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, iaitu:

1. Pontian Kecil, Johor.
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.
6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.
7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai,
Kelantan.
19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.
21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.
30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga.

--Bernama

Bas Pelancongan Terbabas: Tujuh Maut, 20 Cedera parah


KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands pada Khamis.

Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat sini pada 7.05 malam.

Mereka dikenali sebagai:-

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;

Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;

Mohamad Firdaus Rosedi, 16;

Mohammad Yussof A. Akhit, 16;

Mohd Ridzuan Husin, 17;

Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.

Seorang lagi mangsa terbunuh dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan identitinya belum dikenal pasti.


-- BERNAMA

Karnival Jualan Ori Sempena Kempen Membanteras Cetak Rompak'


Karnival Jualan Ori Sempena Kempen Membanteras Cetak Rompak

Tarikh : 12.11.2010 hingga 14.11.2010

Tempat : Mid Valley Megamall

29 October 2010

Portal berita dedah detik akhir wartawan


Pemberita ada di rumah jurukunci Merapi

JAKARTA: Portal berita Vivanews.com, yang wartawan kanannya mati terkena abu panas di kaki Gunung Merapi malam kelmarin, menceritakan saat-saat akhir perbualan di antara editor beritanya dengan mangsa.
Pada 5.30 petang Selasa lalu, editor portal itu, Encik Nezar Patria, segera menghubungi wartawan kanan mereka, Encik Yuniawan Wahyu Nugroho, yang berada di Yogyakarta semasa letupan gunung berapi itu berlaku.

Wartawan yang dikenali dengan panggilan 'Wawan' itu sudah mengatur janji untuk mewawancara Mbah Maridjan, yang lebih dikenali sebagai jurukunci Gunung Merapi.

Mbah Maridjan, 83 tahun, sebelum ini berkeras tidak mahu meninggalkan gunung itu walaupun pihak berkuasa mengarahkan penduduk sekitar 10 kilometer supaya berpindah.

'Hello, Wan, posisi anda di mana,' tanya Encik Nezar melalui telefon.

'Ini... di rumah Mbah Maridjan,' kata Wawan.

'Sudah ada letusan. Apa tidak berbahaya?' tanya Encik Nezar.

'Di sini masih ada banyak orang. Saya menunggu Mbah Maridjan yang lagi solat,' jawab Wawan.

Lantas, Encik Nezar menekankan: 'Kalau berbahaya dan jika kedengaran siren, segera turun. Jangan bertahan di situ untuk wawancara.'

Wawan menjawab: 'Iya'.

Namun, perbincangan terputus kerana isyarat telefon lemah.

Wawan kemudian mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 5.49 petang (waktu tempatan) dengan mesej yang sama iaitu beliau masih menunggu di rumah Mbah Maridjan.

Setelah itu tidak ada hubungan lagi dengan Wawan.

Sejam kemudian, bilik berita dikejutkan dengan panggilan telefon seorang ahli keluarga Wawan, Cik Rini Soegiharto, yang mengatakan Wawan dalam keadaan berbahaya.

Sidang pengarang Vivanews turut cemas dengan sejumlah rakan cuba mencari maklumat menerusi pelbagai pihak, termasuk membuat laporan kepada pihak polis akan kehilangannya.

Pada 6.29 petang, Cik Rini menerima panggilan daripada Wawan mengatakan beliau masih lagi di rumah Mbah Maridjan.

Namun, di hujung telefon, Cik Rini terdengar bunyi siren kecemasan dan orang menjerit: 'Ada api, ada api, panas, panas.'

Perbualan kemudian terputus.

Di kaca televisyen, beliau melihat awan panas sudah membumbung sedangkan Wawan masih di rumah Mbah Maridjan yang berjarak hanya empat kilometer dari puncak gunung tersebut.

Pada 10.42 malam, Vivanews mendapat panggilan daripada Encik Iman Surahman, seorang tenaga kerja Pusat Pengurusan Bencana yang melakukan pencarian mangsa letusan.

Pasukan penyelamat menemui 15 mayat di dalam dan luar rumah Mbah Maridjan, yang melecur akibat suhu tinggi awan panas dan debu.

Salah satu jenazah itu dikenalpasti sebagai Wawan berdasarkan dokumen pengenalan diri di mayat itu. -- Agensi.

28 October 2010

Ekspo Usahawan Groom Big peringkat Nasional 2010 di Putrajaya


Ekspo Usahawan Groom Big peringkat Nasional 2010 anjuran MITI diadakan pd 12 hingga 14 Nov dr 10pg - 10mlm di ruang tapak Pasar Tani Presint 2. Ianya inisiatif galakkan PKS. Terdapat jualan, pameran, seminar, demo produk/perkhidmatan dll. Untuk maklumat lanjut hubungi Mahanis Mahfob di 88805131 atau mahanis.mahfob@miti.gov.my
Tarikh : 12 hingga 14 Nov 2010
Tempat : Di ruang tapak Pasar Tani Presint 2, Putrajaya
Masa : 10pg - 10mlm

Pengumuman Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2010 pada 29 Okt.


Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kenpenggunaan, Dato' Sri Ismail Sabri akan membuat pengumuman Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2010, yang akan diadakan pada hari Jumaat 29 Oktober 2010 jam 5.30 petang di MITC Melaka.
MELAKA 29 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengumumkan penetapan harga maksimum borong dan runcit bagi 14 jenis barang di bawah Skim Harga Musim Perayaan sempena perayaan Deepavali 5 November ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama 10 hari bermula Ahad ini.

Senarai barang tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, telur ayam gred A, B dan C, cili merah, tomato, bawang merah kecil (dari India), ubi kentang import (dari China) dan kacang dhal (dari Australia).

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang akhbar sebelum merasmikan Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 peringkat negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Beliau berkata, sebanyak 146 kawasan dan daerah di seluruh negara akan terlibat dalam penetapan harga maksimum borong dan runcit itu, di mana pihak kementerian itu akan membuat hebahan memaklumkan mengenai harga maksimum itu kepada peniaga dan orang ramai. – Bernama

27 October 2010

Pelaksanaan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan Bagi Pejawat Awam



Bermula bulan Oktober Akautan Negara Malaysia akan melaksanakan sepenuhnya penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan bagi pejawat awam. Pelaksanaan sistem ini bagi mengantikkan penggunaan slip gaji yang diterima oleh pejawat awam setiap bulan. Surat Pekeliling Akautan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010 telah dikeluarkan dan boleh di memuat turun melalui laman web http://www.anm.gov.my
Surat Pekeliling Akautan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010 telah dikeluarkan dan boleh di memuat turun melalui laman web http://www.anm.gov.my. Bagi memudahkan pejawat awam,melalui ePenyata Gaji Pejawat bolehlah memuat turun dan mecetak slip gaji. Namun demikian setiap pejawat awam perlulah mendaftar atau Akses Sistem (http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/)

26 October 2010

Kementerian Kesihatan Malaysia ambil langkah kesan bakteria 'superbug'


Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengesan kes jangkitan yang melibatkan bakteria 'superbug', kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Berikutan itu, katanya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah diarah menjalankan ujian bagi mengenal pasti serta pengesahan kehadiran bakteria yang membawa gen NDM-1 di Malaysia.

"Sejak kejadian jangkitan bakteria 'superbug' mula dikesan pada tahun 2008, lebih banyak kes melibatkan 'superbug' mula direkodkan di seluruh dunia atau secara lebih spesifik di India, Pakistan dan United Kingdom," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah pengawasan telah dimulakan di mana semua hospital di seluruh negara diarah menghantar sampel bakteria yang menunjukkan corak kerintangan tinggi terhadap kebanyakan antibiotik yang diuji, kepada kepada IMR, untuk ujian lanjut.

"Sehingga ini, tidak ada pesakit yang dijangkiti oleh 'superbug' tersebut yang dirawat di negara ini.

"Pihak IMR telah menyaring 18 isolat bakteria yang menunjukkan corak kerintangan yang tinggi dan hanya satu isolat yang positif terhadap gen NDM-1 yang dikesan di Malaysia.

"Isolat yang positif tersebut hanyalah merupakan 'colonizer' iaitu ia tidak menyebabkan penyakit dalam seseorang pengidap penyakit barah tetapi hanyalah pembawa.

"Ujian susulan terhadap sampel dari pengidap barah tersebut adalah negatif," tambahnya.

Liow berkata, kementerian kesihatan akan terus menjalankan pemantauan bagi mengesan awal dan mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kejadian kes jangkitan bakteria ini, tidak merebak di Malaysia.

25 October 2010

Lari takut dicekup, budak berusia 12 tahun meninggal jatuh apartmen


DAMANSARA DAMAI – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun nekad bertindak turun dari kawasan tangki Tingkat 7 sebuah apartmen untuk menyelamatkan diri dari dicekup penduduk, maut terjatuh dipercayai tergelincir ketika menuruni bumbung balkoni untuk Tingkat 6 apartmen terbabit.

Mangsa yang cedera parah tidak sedarkan diri kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.

Dalam kejadian di Blok E, Apartmen Lestari di sini tengah hari semalam, mangsa dikatakan cuba melarikan diri apabila kegiatan sumbangnya bersama tiga remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dihidu penduduk.

Terdahulu mangsa dikatakan sanggup ponteng kelas tuisyen dan naik ke tangki air yang terletak di Tingkat 7 bersama tiga remaja lain.

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berjaya ditahan manakala dua yang lain sempat melarikan diri.

Menurut penduduk di situ, kumpulan remaja berkenaan sering menjadikan kawasan tangki air di blok berkenaan sebagai tempat melampiaskan nafsu dan menjadikan kawasan tangki air itu sememangnya lokasi popular melakukan maksiat.

24 October 2010

Pelawak diserang angin ahmar, sakit jantung dan lelah


NAMA pelawak Yahya Sulong begitu harum di Malaysia dan di Singapura tidak lama dulu. Namun, namanya kini semakin dilupakan, bahkan ketika beliau dimasukkan ke Hospital Ampang Kuala Lumpur, tiada siapa yang tahu, termasuk pihak media. Yahya atau nama sebenarnya ialah Yahya bin Long, 79 tahun yang bergelar Datuk, kini begitu uzur setelah diserang angin ahmar beserta sakit jantung dan lelah, terbaring lemah tidak berdaya.
Datuk Yahya Sulong banyak membintangi filem-filem dari Merdeka Film yang popular saperti filem Luncai. Kebanyakannya, beliau memegang watak sebagai pelakon komedi. Pelawak yang mempunyai 10 orang anak hasil perkongsian hidup dengan tiga orang isteri - dua bekas isteri.

PEMBUNUH BERANTAI KEPINGIN ZURIAT


DI ambang menanti hukuman mati, Very Idham Henyansyah atau lebih dikenali sebagai Ryan, menimbulkan satu lagi kejutan.

Ryan, 32 tahun, yang dikenali dengan pelbagai julukan termasuk 'The Butcher of Jombang' (Pembunuh Kejam Jombang) dan 'The Smiling Serial Killer' (Pembunuh Berantai Kaki Senyum), mendedahkan dia akan bernikah.
Pilihannya ialah Ely Winarya, 27 tahun, pengedar dadah berketurunan Cina yang baru sahaja dibebaskan dari Rumah Tahanan Pondok Bambu, Jakarta Timur, bulan lalu.

Mereka bertemu apabila kededuanya ditahan di Pusat Tahanan Polis Narkotik Jakarta, tahun lalu.

Namun, selepas berita pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung di Lembaga Pemasyarakatan Kelas, Rumah Tahanan Kesambi, Cirebon (tempat Ryan dipenjara) pada 18 Oktober lalu, digembar-gemburkan, timbul pula berita ia dibatalkan di saat-saat akhir.

Ryan memberitahu wartawan Indonesia yang berpusu-pusu bertunggu tangga di luar penjara, pernikahan itu dibatalkan kerana Ely gerun melihat kelompok wartawan yang membanjiri pejabat penjara itu.

'Tadi, Ely sudah mahu jalan ke sini, tetapi tiba-tiba dia patah balik kerana banyak wartawan.

'Dia enggak mahu acara pernikahan kami diketahui wartawan. Mahu senyap-senyap sahaja,' ujar Ryan kepada akhbar Kompas.

Ini adalah kali kedua pernikahan mereka dibatalkan. Pasangan itu, kata Ryan, mulanya merancang untuk diijabkabulkan pada Disember tahun lalu.

'Tapi, kami berantakan... langsung tidak diteruskan.

'Sekarang ini pula, sudah baik-baik semula. Ely, malahan, temui ibu saya selepas dia dibebaskan dan meminang saya!' katanya dengan nada ceria.

SUDAH BERALIH ARAH?

Apa yang mengejutkan ialah Ryan, yang ditangkap pada 2008 dan kemudian didapati bersalah membunuh secara kejam 11 orang, sebelum ini terang-terangan mengaku dirinya seorang lelaki gay.

Apakah dia sudah berubah?

Katanya, yang sedang menanti kemaafan dari Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, selepas Mahkamah Agung menolak permohonannya untuk dibebaskan dari hukaman mati:

'Keadaan kesihatan saya sebenarnya agak memudaratkan. Saya ada masalah hati dan selalu muntah-muntah sahaja. Berat badan saya turun banyak... 20 kilogram. Tetapi, saya solat, minta kepada Allah agar dimaafkan dosa- dosa saya.

'Saya merancang untuk bernikah dengan Eny walaupun saya tahu masa saya tidak lama lagi di dunia ini, kerana saya yakin perkahwinan itu akan melahirkan zuriat. Cuma payah ya... saya masih di balik penjara.

'Saya tahu saya gay. Justeru, saya tidak tahu kalau saya bisa buat Eny bahagia. Tetapi, ibu saya benar-benar mahu lihat saya bernikah dengan seorang wanita.

'Eny pula kata, dia cintakan saya.'

Dalam satu wawancara berasingan dengan akhbar Sinar Indonesia Baru pula, Ryan sempat berseloroh apabila ditanyakan cantik atau tidak Eny, anak usahawan yang terpikat kepadanya.

Ryan yang dikenali dengan sikap ramahnya dengan wartawan, selamba menjawab:

'Saya enggak bisa bezakan kecantikan perempuan. Kalau disuruh bezakan cowok ganteng dengan yang tidak, saya bisa!

'Cukup sekadar saya katakan, gadis ini keturunan Cina. Orang tuanya di Singapura, tetapi mereka enggak setuju Eny kahwin sama dengan saya.

'Ya... mana ada orang tua yang mahu anak gadisnya kahwin sama saya? Cuma Eny ni nekad. Kerana sering bertemu, dia langsung suka sama saya. Tidak dipedulikan, saya bakal dihukum mati. Katanya, dia yakin saya bisa berubah.'

PERMINTAAN TERAKHIR: DERMA ORGAN

Nada suaranya kemudian bertukar pilu apabila meluahkan harapan terakhirnya sebelum menutup mata, ditembak mati.

'Saya kepingin... kalau mati nanti, mahu sumbangkan organ tubuh saya. Biar saya sekurang- kurangnya merasa berguna,' jelasnya.

Dia telah merujukkan niatnya itu kepada pembimbing rohaninya, Ustaz Arifin.

Bagaimanapun, ustaz berkenaan belum mengizinkannya.

Ditanya apa yang mendorongnya berbuat demikian, Ryan berkata derma itu diharap akan memberi manfaat kepada orang lain.

'Saya menyesal banget dengan semua yang saya sudah perlakukan, bukan dengan orang lain, tetapi dengan ibu saya.

'Saya mahu menebus kesalahan saya kepada ibu. Rasanya, sepanjang hidup ini, saya enggak bisa membahagiakannya,' tambahnya, mengesat air mata yang bergenangan di kelopak matanya.

Pilihanraya Dun Galas: Kelantan isytihar 4 Nov cuti peristiwa


Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 4 November sebagai hari cuti peristiwa sempena pilihan raya kecil DUN Galas.Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Aiseri Alias menerusi surat pekeliling arahan pentadbiran SUK kepada Bernama hari ini.Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini.PAS telah menamakan calonnya - Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil berkenaan.
Manakala Setiausaha Umno bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini. Muhyiddin mengumumkan nama calon BN itu di Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati.

23 October 2010

Piala Malaysia: Kelantan & Negeri Sembilan Layak kepusingan Akhir


Kelantan layak kepusingan Akhir setelah mengalahkan Negeri Kedah dengan jaringan 1- Kelantan 0-Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV. Norshahrul Idian menjadi wira Kelantan setelah menjaringkan gol pada minit ke-78. Di Stadium Pasir Gudang pula Johor FC dikecewakan oleh pasukan Negeri Sembilan dengan dengan agregat 1-2, setelah pasukan Negeri Sembilan menjaringkan 2 gol.

Bakal pengatin dilaporkan hilang selepas keluar ke tempat kerjanya


POKOK SENA (Kedah): Seorang lagi gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan - pada 20 November ini - dilaporkan hilang selepas keluar ke tempat kerjanya di Jalan Pegawai, Alor Setar, pagi Sabtu lalu.
Cik Siti Sakinah Ismail, 25 tahun, seorang kerani di sebuah syarikat kuari, keluar dari rumahnya di Kampung Kolam, di sini, kira-kira 7 pagi untuk bekerja tetapi beliau tidak datang ke pejabatnya.

Ibunya, Cik Zaiton Abdul Halim, 58 tahun, berkata Cik Siti Sakinah, yang memakai baju kurung biru dan tudung merah, memandu kereta jenis Perodua Viva miliknya, dengan nombor pendaftaran KCB 7249.

Menurutnya, anak bongsu daripada empat beradik itu bertunang dengan seorang pemuda berusia 24 tahun dari Kuala Sanglang, Perlis, seminggu sebelum Ramadan lalu atas pilihan keluarga.

'Kedua-dua pihak sudah pun menyediakan pelbagai persiapan termasuk bunga telur, pakaian pengantin dan kad jemputan.

'Keluarga kami juga sudah menerima wang hantaran daripada pihak lelaki sebanyak RM8,284 tetapi ketika tarikh berkenaan semakin hampir dia pula menghilangkan diri tanpa khabar berita,' katanya.

Cik Zaiton berkata beliau menyedari kehilangan anaknya apabila pengurus tempat anaknya bekerja menelefon pada jam 9.30 pagi Sabtu lalu bertanyakan mengapa dia tidak hadir ke pejabat.

Beliau kemudian menghubungi telefon bimbit anaknya tetapi tidak berjawab dan, pada sebelah petang hari yang sama, mereka cuba menghubunginya sekali lagi tetapi gagal juga kerana telefon bimbit itu dimatikan.

'Tiada perselisihan antara kami sekeluarga dengannya, malah kami gembira kerana dia bakal berkahwin. Dia juga tidak membantah calon pilihan keluarga itu. Kami bimbang keadaannya kerana dia memakai barangan kemas,' katanya lagi.

Keluarga Cik Zaiton, yang mengesyaki anaknya itu dilarikan pihak tertentu, sudah membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena.

138 mati dan 1,520 sakit disyaki akibat kolera di Haiti


PORT-AU-PRINCE (Haiti): Hampir 140 orang mati di Haiti akibat wabak disyaki kolera, kata pegawai kesihatan kelmarin.

Pegawai Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) berkata pihak berkuasa kesihatan Haiti memberitahu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai 138 kematian dan 1,526 kes sejauh ini di wilayah Hilir Artibonite, ke utara ibu kota Port-au- Prince.

Beberapa kes turut dilaporkan di kawasan Dataran Tinggi Tengah.

Hospital St. Nicholas di bandar Saint-Marc penuh sesak dengan pesakit mengalami cirit-birit dan mayat mereka yang mati akibat dehidrasi, kata pegawai Haiti.

Pasukan perubatan daripada operasi bantuan antarabangsa yang membantu mangsa gempa bumi Haiti sejak 12 Januari lalu turut dihantar ke kawasan yang dilanda wabak di bandar itu.

Namun WHO dan PBB belum dapat mengesahkan kolera punca penyakit itu kerana masih menunggu ujian makmal ke atas sampel yang diambil daripada mereka yang sakit atau mati, kata jurucakap bantuan kemanusiaan PBB di Haiti, Encik Imogen Wall.

Awal dari itu, ketua pengarah Jabatan Kesihatan Haiti, Dr Gabriel Thimote, dan Menteri Kesihatan, Encik Alex Larsen, berkata ujian awal menunjukkan ia kolera.

'Daripada 15 contoh yang diuji, 13 membuat kami percaya ia kolera,' kata Dr Thimote.

Menurutnya, pesakit datang daripada pelbagai peringkat umur, tetapi paling ramai ialah kanak-kanak dan orang tua.

Sejauh ini tiada wabak dilaporkan di Port-au-Prince. Kawasan terjejas teruk ialah Douin, Marchand Dessalines dan Saint-Marc, kata Dr Thimote.

Kolera sejenis penyakit yang disebar menerusi air dan makanan tercemar. Ia menyebabkan cirit-birit dan boleh membawa maut dalam masa beberapa jam jika tidak dirawat segera.

Sementara menunggu hasil ujian, para pegawai Pertubuhan Kesihatan Pan-Amerika (Paho) dan Pejabat Penyelaras Ehwal Kemanusiaan PBB (Ocha) mengaitkan punca kematian kepada 'cirit- birit teruk'.

Timbalan pengarah Ocha bagi Haiti, Cik Catherine Huck, berkata: 'Apa yang kami tahu ialah penduduk mengalami cirit-birit. Mereka muntah-muntah dan akan mati jika tidak dirawat segera.'

Presiden Persatuan Perubatan Haiti, Encik Claude Surena, berkata: 'Kami bimbang penyakit ini (kolera) boleh merebak dari tempat ke tempat. Ia boleh menjangkiti lebih ramai orang atau merebak dari satu kawasan ke kawasan lain.'

Di hospital, sesetengah pesakit berkata mereka jatuh sakit selepas minum air dari sebuah terusan awam. -- AP, Reuters.

TEKANAN DARAH TINGGI (HIPERTENSI)


Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah. Apabila tekanan darah diukur, terdapat 2 bacaan. Tekanan yang lebih tinggi, tekanan sistolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah. Tekanan yang lebih rendah, dipanggil diastolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan. Apabila tekanan darah yang tinggi dikesan, ia biasanya memerlukan rawatan sepanjang hayat.



Jenis-jenis Hipertensi

1. Hipertensi Primer – Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah :-
* Sejarah hipertensi dalam keluarga.
* Kegemukan.
* Pengambilan garam dan alkohol yang melampau.
* Merokok
* Tekanan yang melampau.

2. Hipertensi Sekunder – Bentuk ini, seperi yang digambarkan oleh namanya, adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/penyakit-penyakit yang lain seperti:-
* Penyakit-penyakit Ginjal.
* Penyakit-penyakit Endokrin.
* Disebabkan Ubat.
* Kecacatan kelahiran.
* Punca-punca lain.

Komplikasi-komplikasi

Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dimantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti :-
* Strok – yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah.
* Jantung – salur darah yang membekalkan otot-otot jantung disekat sepenuhnya.
* Kegagalan jantung – jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
* Kerosakan Ginjal.
* Kerosakan Mata.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala

Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut :-
* Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
* Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
* Tercungap-cungap.
* Pandangan yang kabur.
* Pendarahan di hidung yang sering berulang.
* Sakit kepala yang berterusan.
* Pening.

Rawatan

Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Gaya Hidup yang sihat
* Elak dari menjadi gemuk.
* Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
* Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-
sayuran dan bijirin – bijirin.
* Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari.
* Senam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau.
* Belajar untuk beristirehat.
* Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukannya
setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telahpun dikesan.

Tabiat-tabiat Untuk Diikuti
* Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor
anda.
* Baca label-label pada makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam.
* Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup
yang sihat.

Elakkan

* Makanan yang tinggi lemak dan garamnya.
* Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium (sila tanya pegawai
farmasi anda)
* Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda (sila tanya pegawai farmasi
anda)
* Merokok.
* Minuman beralkohol.
* Kekurangan senaman.
* Kerisauan.
* Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau
masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan.

Ingat

Untuk selalu berunding dengan doktor anda
* Sebelum memulakan perubatan untuk tekanan darah tinggi anda.
* Mengurangkan atau meningkatkan sukatan-sukatan ubat.
* Menukar perubatan anda.
* Memberhentikan perubatan tekanan darah anda.

Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling tindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda.

Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna.

22 October 2010

Pasaraya Giant buka cawangan ke-140 di Seri Kembangan






Giant Hypermarket Seri Kembangan
Jalan Putra Permai Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan Selangor
Tel: 03-89424908
Fax: 03-89424909
Opening Time : 9.30am
Closing TIme : 11.00pm

Dr Zulkefli calon PAS di Galas


Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.
Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

DUN galas mempunyai 10,330 pengundi yang terdiri daripada 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina dan 1.8 peratus India

Bakinya 10.5 peratus terdiri daripada pengundi dari kalangan Orang Asli yang seramai kira-kira 2,000 orang.

Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap sebagai kubu kuat BN.

Kerusi tersebut jatuh ke tangan PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.

Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.

Tengku Razaleigh bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tetapi menolak dilantik sebagai calon.

21 October 2010

Iklan: TV3 didenda RM50,000


Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.
Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebran”.

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.

“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

“Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara,” katanya.

19 October 2010

Bekas timbalan KP Imigresen diarah bela diri


Kuala Lumpur, 19 Oktober-Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bekas Timbalan Pengarah 1 Jabatan Imigresen berusia 56 tahun, membela diri terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Mahkamah kemudian menetap 23 November ini untuk tertuduh membela diri.

Pada 14 Okt 2008, tertuduh didakwa menerima rasuah berjumlah antara RM500 dan RM18,500 pada setiap transaksi daripada seorang pengurus jualan antara 21 Mac dan 25 Jun 2008.

Semua pertuduhan itu mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 Akta yang sama.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pada 14 Nov 2008, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Klang terhadap empat pertuduhan yang sama dan satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melibatkan pertuduhan yang sama.

Semua kes itu telah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang bermula pada 22 Feb lalu untuk perbicaraan.

Seramai 15 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang kes itu.

18 October 2010

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM "PUTRAJAYA GLOBAL DIABETES WALK" SEMPENA SAMBUTAN "WORLD DIABETES DAY 2010"


NOVO NORDISK PHARMA (MALAYSIA) SDN. BHD. dengan kerjasama Hopital Putrajaya akan mengadakan Program "PUTRAJAYA GLOBAL DIABETES WALK" sempena Sambutan Hari Diabetes sedunia 2010. Maklumat program adalah seperti berikut :

Tarikh : 13 November 2010 (Sabtu)

Masa : 6.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : Dataran Putrajaya, Precinct 3 (Besebelahan Istana Kehakiman)

Sehubungan dengan itu, bagi memeriahkan program ini, orang ramai dijemput hadir dan dialu-alukan untuk turut serta dalam program ini. Untuk makluman, penyertaan adalah percuma. Borang penyertaan program ini bolehlah diambil dengan menghubungi Hospital Putrajaya, KK Putrajaya dan Novo Nordisk office.

Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn. Bhd.
A-9-2 Level 9, Tower A
Menara UOA Bangsar
No.5 Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur
Malaysia
+60 32297 7200 (phone)
+60 322977 277 (fax) .

Tarikh tutup penyerahan borang pada 31 Oktober 2010. Setiap penyertaan akan dibekalkan sehelai t-shirt yang boleh diambil pada hari program tersebut dan cabutan bertuah.

15 October 2010

Intipati Bajet 2011


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan - RM49.2 bilion
Berikut petikan penting ucapannya:

* Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh

* Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

* Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

* Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

* Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

* Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

* Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah

* Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus

* Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

* RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

* RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia

* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam


SIARAN SECARA LANGSUNG UCAPAN BAJET 2011


Pembentangan Bajet 2011 oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 15 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Parlimen Malaysia

Untuk makluman, selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2011 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Perbendaharaan Pembentangan Bajet 2011. Ini adalah bagi memudahkan pengguna-pengguna internet mengikuti siaran langsung Ucapan Bajet 2011 berkenaan. Siaran Langsung ini boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my. Teks Ucapan Bajet 2011 dan Laporan Ekonomi 2010/2011 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejurus selepas Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet 2011. Selain daripada itu, Bajet 2011 juga boleh diakses melalui :

# Mobile Web - www.treasury.gov.my/bajetmobile
# Pautan RSS - www.treasury.gov.my/bajet2011-rss.xml
# Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti:
- Kastam Di Raja Malaysia - http://www.customs.gov.my
- Bank Negara Malaysia - http://www.bnm.gov.my
- Suruhanjaya Sekuriti - http://www.sc.com.my
- Lembaga Hasil Dalam Negeri - http://www.hasil.gov.my

Laman Web 'PSHISING' Mybank2U


SILA AMBIL PERHATIAN. Laman web ini http://www.m2uline-setup.com/M2ULogin.htm dilaporkan sebagai 'phising'. Ia adalah 'replika' laman web online Maybank iaitu Maybank2u.

MODUS OPERANDI
Ia direplika dengan tujuan untuk memperdayakan pengguna terutamanya pelanggan Maybank2u bagi mencuri maklumat Maybank2u iaitu password dan userid. MO yang sama digunakan di dalam kes yang sama beberapa tahun lepas.

TINDAKAN
Abaikan laman web ini dan jangan patuhi arahan yang disampaikan melalui emel.

Jangan terpedaya, nanti merana.

14 October 2010

Perkhidmatan 'Shutlle' di Hospital Putrajaya


Hospital Putrajaya menjadi hopital pakar yang pertama di Malaysia dalam melaksanakan perkhidmatan 'Shuttle' secara percuma bagi memudahkan orang ramai berulak alik dari Putrajaya Sentral-Hospital Putrajaya-Putrajaya Sentral. Perkhidmatan ini dilaksanakan pada pertenggahan tahun ini, berikutan masalah tempat letak kereta yang sentiasa penuh di Hospital Putrajaya.

SAMBUTAN PELANCARAN HARI JANTUNG SEDUNIA 2010 PERINGKAT JKWPKL & Putrajaya


Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya akan menganjurkan Pelancaran Hari Jantung Sedunia 2010 peringkat JKWPKL & P seperti berikut:

Tarikh : 23 Oktober 2010 (Sabtu)

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dataran Persiaran Perdana
( Berhadapan Perbadanan Putrajaya)

13 October 2010

Akta baru akan digubal bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947.


Kuala Lumpur 13 Oktober- Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam berkata langkah berkenaan akan dibuat memandangkan penetapan gaji minimum melalui akta tersebut akan mengambil masa lama dan melalui proses yang rumit. Dalam hal ini, KSM dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara akan menggubal satu akta baru mengenai gaji minimum.
Terdahulu, dalam ucapannya Subramaniam berkata penetapan kadar gaji yang lebih tinggi daripada kadar gaji pasaran mungkin akan melibatkan pekerja kehilangan pekerjaan mereka. Berikutan peningkatan kos buruh, kos menjalankan perniagaan juga akan turut meningkat.

"Seandainya majikan gagal menyerap peningkatan kos buruh, ia akhirnya akan menjejaskan daya saing negara secara keseluruhannya," katanya.

Tambahnya, kadar itu juga perlu mematuhi undang-undang antarabangsa dan mengambil kira kebajikan golongan kurang upaya.

"Dari segi perundangan antarabangsa kita tidak boleh mempunyai diskriminasi gaji di antara pekerja tempatan dan luar.

"Oleh itu apa juga keputusan kita buat akan libatkan semua pekerja tidak kira pekerja asing atau tempatan," katanya.

Presiden 'PERKASA' dan Bekas SUK di Lucutkan Gelaran 'Datuk'


Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali dan bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud.

Presiden PERKASA yang juga ahli parlimen Pasir Mas dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan. Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra. Ibrahim, masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

12 October 2010

Gubal Akta Jenayah Sihir


11 Oktober, Kuantan- Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam melalui mekanisme perundangan.

Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa Ikip Dr Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.


"Bukan hanya di Malaysia, tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang. Sebenarnya, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil," katanya ketika membentangkan kertas kerja Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Sihir pada seminar Undang-Undang Jenayah Sihir di Kuantan hari ini.

Seminar itu dirasmikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Rahman Md Yunus.

Dr Mahyuddin berkata akta tersebut juga perlu mengandungi peruntukan bagi penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir di bawah Polis Diraja Malaysia, yang berkuasa menyiasat dan menjalankan segala prosedur berkaitan untuk membanteras kegiatan jenayah membabitkan ilmu sihir.

Beliau juga mencadangkan jabatan itu dibantu lembaga penasihat khas daripada golongan berpengalaman luas dalam bidang berkaitan sihir kerana mereka perlu menyiasat suatu jenayah yang sukar dikesan dengan mata kasar.

Dengan penubuhan jabatan berkenaan, maka proses undang-undang iaitu aduan, siasatan, tangkapan, penggeledahan, pendakwaan dan perbicaraan akan dapat dilaksanakan, katanya.

Pada sidang akhbar selepas itu, Rahman berkata perlaksanaan undang-undang jenayah sihir tidak mustahil untuk direalisasikan, namun memerlukan kajian menyeluruh.

Beliau berkata cabaran utama pelaksanaan akta itu ialah pendakwaan di mahkamah kerana memerlukan bukti zahir dan kukuh.

Justeru, katanya, seminar anjuran bersama Kolej Antarabangsa Ikip dan Yayasan Pahang itu diharap dapat membincangkan isu berkenaan dengan lebih mendalam, selain menjadi perintis kepada pihak lain bagi merealisasikan perlaksanaan undang-undang jenayah sihir.

--Bernama

"rokok perlu dinaikkan kepada RM30 sekotak"- Presiden CAP


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat, bagi mengawal tabiat merokok, harganya perlu dinaikkan kepada RM30 sekotak.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata, harga produk tembakau itu harus dinaikkan lebih tinggi untuk mencegah orang ramai membelinya.

"Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30.

"Rakyat Singapura membayar RM35.40 sekotak dan rakyat Norway RM22," kata SM Mohamed (kiri).

Pada 5 Oktober lalu, kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober.

Dengan kenaikan itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan.

Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang.

Lesen kepada peruncit

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kenaikan hampir 70 sen sekarang tidak menjadi sebarang perbezaan kepada poket perokok.

"Jadi apakah langkah yang dilakukan ini sejak ia dilaksanakan dua minggu yang lalu?

"Adakah ia telah menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan tabiat buruk, tidak sihat dan boleh membunuh ini? Atau menambahkan lagi pendapatan kerajaan?" soalnya.

SM Mohamad berkata, rokok tidak seharusnya dibenarkan untuk dijual di tempat awam seperti restoran, kedai kopi, pasar raya atau kedai runcit atau di tempat tumpuan remaja.

Beliau turut mencadangkan kedai runcit diberikan lesen khusus yang tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun.

"Hanya dengan cara ini maka ia (usaha membanteras rokok) akan dipandang serius," kata SM Mohamad sambil menyenaraikan pelbagai kesan negatif akibat merokok.

Mengambil contoh negara lain, beliau juga memberitahu terdapat, Australia telah menetapkan rokok mestilah dijual dalam kotak biasa yang kosong dan tidak menarik menjelang 1 Julai 2012.

07 October 2010

Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Salah Satu Destinasi Tarikan Pelancong.


Wakaf Che Yeh pada masa dulu adalah salah satu tempat yang terpecil di Kelantan dan tidak dikenali ramai, namun kini ia menjadi salah satu tarikan pelancongan yang menarik malah menjadi satu pusat membeli belah 24 jam dengan pelbagai jenis barang yang dijual serta harganya sungguh menarik di samping peniaganya yang "comel lonten" (cantik sangat)
Satu ketika dulu Wakaf Che Yeh ini terkenal dikalangan penduduk Kelantan kerana terdapat kilang getah (sebelum terbakar kira beberapa tahun dulu) yang mengeluarkan "haruman" yang menyegarkan. Namun bagi penduduk disekitar tersebut sudah lali dengan haruman tersebut. Kini bagi penduduk di Wakaf Che Yeh amat berbangga dengan keadaan sekarang kerana Wakaf Che Yeh amat dikenali dikalangan pelancong dalam dan luar negeri.

Pengambilan Ubat melaluai "SMS Take N Go" di Hopital Putrajaya & Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9,



Berita baik buat orang ramai yang menetap dan berkerja di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Hospital Putrajaya dan Klinik Kesihatan Presint 9 telah melaksanakan pengambilan ubat melaluai khidmat pesanan ringkas yang bermula pada 12 Julai lalu.

Pada 27 Julai lalu berita melaporkan, Kerajaan mungkin akan memperluaskan kemudahan pengambilan ubat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu 'SMS Take N Go' di kesemua hospital dan klinik kerajaan seluruh negara tidak lama lagi.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, ini berikutan sambutan menggalakkan terhadap kemudahan itu di Hospital Putrajaya, 14 buah klinik kesihatan di Wilayah Persekutuan dan 62 Klinik Kesihatan di Kedah.

"Jika sambutan orang ramai terus meningkat, inisiatif 'SMS Take N Go' itu akan diperluaskan ke hospital dan klinik kesihatan yang lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Sektor Awam di sini.

Mohd Sidek berkata inisiatif 'SMS Take N Go' itu adalah gabungan sistem beratur dan SMS bagi pengambilan ubat yang mulanya dilaksanakan oleh Hospital Putrajaya.

"Kemudahan itu hanya untuk mengambil ubat ulangan dan pesakit juga boleh membuat tempahan melalui SMS. Selain itu, ia melibatkan panggilan telefon atau e-mel serta boleh datang ke hospital atau klinik kerajaan pada kemudian hari untuk mengambil ubat," katanya.

06 October 2010

Pegawai Tentera Istana Mahkota Terima SMS -Komplot larikan Sultan Ismail Petra


Istana Mahkota hari ini membuat satu laporan polis berhubung penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke negara Thailand.

Laporan itu dibuat Pegawai Tentera Istana Mahkota Zahari Bakri di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata beliau menerima satu sms daripada individu yang tidak dikenali pada 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.

Katanya sms itu berbunyi: "salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand, minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semoga Sultan
Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat."

Selain sms itu katanya beliau turut membaca satu laporan di sebuah laman blog 'The Kelantan Insider' pada 4 Oktober lalu yang bertajuk 'Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand?'

"Dalam laporan di blog itu juga menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi Sultan Ismail Petra untuk bersemayam di Thailand.

"Selain itu turut ditulis kebimbangan pihak blog berkenaan sekiranya benar kejadian itu berlaku selain menyeru pihak berkuasa menjalankan tindakan agar perkara berkenaan tidak terlaksana," katanya.

Justeru katanya beliau membuat laporan polis agar pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut kerana ianya dikhuatiri boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menjejaskan nama baik Institusi Diraja Kelantan.

Zahari berkata penulis blog Kelantan Insider juga perlu disiasat agar dapat mengetahui dari sumber mana yang diperolehi mereka ketika menulis laporan mengenai komplot membawa lari bekas Sultan itu.

--Bernama

Pilihan raya Dun Galas: 4 Nov undi, 26 Okt penamaan calon


Putrajaya 06 Oktober- Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.
Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lalu.

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak menentukan ADUN di Galas.

SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini bakal berlangsung di Bilik Gerakan Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 buah saluran.

Wan Ahmad juga berkata seramai 323 petugas pilihan raya telah dilantik oleh SPR bagi melincinkan perjalanan pilihan raya itu.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

05 October 2010

Sultan: Golongan pertikai hak Melayu cetek akal


Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengingatkan badan kehakiman dan mahkamah supaya berhati-hati dalam mengadili kes-kes sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat termasuk melibatkan kuasa raja.

Sultan Ibrahim bertitah kes sensitif yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak kerana dikhuatiri ia boleh mendatangkan rasa tidak puas hati kepada sesuatu pihak.

"Kes-kes mahkamah yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak kerana jika mahkamah mendengar kes tersebut dan membuat keputusan, sudah pasti ada pihak yang tidak berpuas hati.

“Oleh itu, adalah lebih baik jangan dilayan kes-kes sensitif terutama yang melibatkan kuasa raja-raja," titah baginda pada perasmian seminar Perlembagaan Malaysia peringkat negeri Johor di Johor Baharu hari ini.

Baginda bertitah, sebarang bentuk perbahasan dan pertelingkahan mengenai isu sensitif juga hendaklah dielakkan oleh semua pihak kerana ia hanya akan menambahkan lagi jurang perselisihan terutama antara agama dan bangsa.

Menurut Sultan Ibrahim segala kekeliruan yang timbul perlu diperjelaskan dengan teliti supaya rakyat dapat hidup dengan harmoni, aman damai dan saling menghormati.

Baginda turut membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub sekian lama dalam Perlembagaan negara.

Menyifatkan golongan tersebut sebagai cetek akal, Sultan Ibrahim bertitah tindakan yang hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan persekutuan itu akan merosakkan keharmonian kaum di negara ini.

"Kita perlu ingat, keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu tidak menghalang hak kaum lain, malah kaum lain juga diberi hak dan jaminan dalam Perlembagaan. Ini semua terbentuk hasil dari sikap toleransi yang tinggi pemimpin-pemimpin kita dahulu.

"Belajarlah daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang mana kedamaian negara tergadai akibat hilangnya sikap toleransi dan wujudnya golongan pelampau atau ekstremis.

“Golongan inilah yang menjadi dalang merosakkan kedamaian sesebuah bangsa," titah baginda.

- Bernama

02 October 2010

Pengacara TV ditangkap khalwat dengan Isteri orang


KUALA LUMPUR: Seorang pengacara berusia 27 tahun sebuah rancangan televisyen ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah apartmen di Ampang, dekat sini, Rabu lalu.
Jurucakap Jais yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kedua-dua mereka dipanggil untuk diambil keterangan sebelum dihadapkan ke mahkamah syariah.

Menurutnya suaminya, dia sudah lama mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain menerusi facebook.

Tawar Bayar Ikat Jamin di Mahkamah, "ah long" Melampau


KUALA LUMPUR - Mahkamah Kuala Lumpur, mengesahkan bahawa satu notis awam mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran peminjam wang tidak berlesen bagi tujuan bayaran ikat jamin ditampal di setiap lokasi mahkamah.

Menurut pengarahnya, Azizah berkata, penampalan notis berkenaan bertujuan memberi kesedaran dan maklumat kepada pihak-pihak terlibat dalam kes jenayah bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa peminjam wang tidak berlesen seperti ah long.

Notis itu mula ditampal di semua lokasi mahkamah sejak minggu lalu dan notis sama turut diarahkan ditampal di seluruh mahkamah di Malaysia.

Nuffnag ads